|
Indonesia
Bertemu
China Dalam
Perlawanan
Akhir Piala
Uber |
Dikemaskini :
15 May 2008 11:24 PM
Juara bertahan,
China akan bertemu
Indonesia dalam
perlawanan akhir
kejohanan badminton
Piala Uber, yang
akan diadakan di
Stadium Tertutup
Istora Senayan,
Sabtu ini.
Dalam pertemuan
separuh akhir hari
ini, China
menewaskan Korea
Selatan 3-1 manakala
tuan rumah Indonesia
pula menumpaskan
Jerman 3-1 untuk
mengesahkan tempat
masing-masing pada
perlawanan akhir.
China yang memburu
kejuaraan ke-11
sejak piala itu
diperkenalkan pada
1957, memulakan
kemenangan mereka
menerusi pemain
nombor satu dunia,
Xie Xingfang yang
mengalahkan Hwang
Hye Youn 21-9,
21-19.
Satu-satunya
kekalahan yang
dialami China ialah
apabila pemenang
pingat emas Sukan
Olimpik Athens 2004,
Yang Wei/Zhang
Jiewen, tunduk
kepada juara All
England 2008, Lee
Kyung Won/Lee Hyo
Jung 21-14, 17-21,
18-21.
Lu Lan kemudian
mengetepikan Jang
Soo Young 21-19,
21-12 sebelum Wei
Yili/Zhang Yawen
melengkapkan
kemenangan bagi
pasukan China dengan
menjinakkan Kim Min
Jung/Ha Jung Eun
21-19, 21-8.
China pertama kali
memenangi piala
berprestij dalam
acara berpasukan
wanita itu pada 1984
dan menyimpannya di
republik berkenaan
selama empat edisi
berturut-turut iaitu
pada 1986, 1988,
1990 dan 1992.
Indonesia kemudian
memenangi dua edisi
lain iaitu pada 1994
dan 1998 sebelum
China meneruskan
semula penguasaan
pada 1998, 2000,
2002, 2004 dan 2006.
Sementara itu,
Indonesia merangkul
tiga kejuaraan Piala
Uber pada 1957, kali
terakhir ialah dalam
edisi 1996 di Hong
Kong, dengan
mengalahkan China
4-1 pada perlawanan
akhir.
Tuan rumah mula
memenangi kejohanan
itu dalam edisi
1974-1975 dan 1994,
kedua-duanya di
Jakarta.
Dalam perlawanan
malam ini, Indonesia
hanya kalah
perlawanan pertama
perseorangan, Maria
Kristin yang
dijinakkan 20-22,
15-21 oleh Xu
Huaiwen.
Adriyanti Firdasari
kemudian menyamakan
kedudukan dengan
menyingkirkan
Julianne Schenk
21-6, 22-20 manakala
Jo Novita/Greysia
Polii kemudian
meletakkan Indonesia
di hadapan dengan
kedudukan 2-1,
setelah mengalahkan
Birgit Overzier/Kathrin
Piotrowski 21-9,
21-13.
Pia Zebadiah
kemudian
melengkapkan
kemenangan tuan
rumah dengan
menumpaskan Karin
Schnaase 21-7,
21-16.
Dipetik Dari
Bernama