|
Malaysia
Layak Ke
Separuh
Akhir
Bertemu
China |
Dikemaskini :
15 May 2008 03:12 AM

Malaysia memerlukan
hanya 100 minit
untuk menewaskan
Jepun 3-0 bagi
melangkah ke separuh
akhir Piala Thomas
di Stadium Tertutup
Istora Senayan di
sini hari Rabu.
Dalam separuh akhir
Jumaat ini, Malaysia
selaku pilihan
ketiga, akan
berdepan juara
bertahan dan pilihan
pertama China, yang
menundukkan Thailand
3-0.
Jaguh perseorangan
negara Lee Chong Wei
membuka tirai dengan
mengetepikan cabaran
Sato Shoji 21-10,
21-6 dalam masa 31
minit.
Dalam regu pertama,
Koo Kien Keat yang
bermain dengan
pasangan barunya
Choong Tan Fook,
terbukti hebat
dengan mengalahkan
Shintaro
Ikeda/Shuichi
Sakamoto 21-13,
21-11 dalam masa 30
minit manakala
pemain berpengalaman
Wong Choong Hann
mengutip mata
kemenangan apabila
menumpaskan Kenichi
Tago 21-13, 21-18
dalam masa 39 minit.
Jurulatih regu
Malaysia, Rexy
Mainaky, berakta
strategi
menggandingkan Kien
Keat dan Tan Fook
terbukti berhasil
kerana mereka
menunjukkan satu
permainan yang
mantap. "Kami tahu
kedua-dua regu Jepun
adalah handal dan
boleh menggugat
sasaran kita ke
separuh akhir.
"Pemain-pemain kita
hanya diberitahu
pagi tadi dan mereka
terkejut. Dan
sekarang ini,
selepas perlawanan
tadi, kita boleh
kata ianya berjaya,"
kata Rexy.
Pasangan biasa Kien
Keat, Tan Boon Heong
pula digandingkan
dengan Mohd Zakry
Abdul Latif.
Dua tahun lepas di
Jepun, Malaysia
turut mara ke
separuh akhir tetapi
dikalahkan oleh
Denmark.