|
Keputusan
Sukma Dalam
Laman Web
Tiga Minit
Selepas
Tamat
Pertandingan
|
Dikemaskini :
30 May 2008 02:45 PM
Semua keputusan
pertandingan pada
temasya Sukan
Malaysia (SUKMA)
Ke-12 di Terengganu
akan dimasukkan ke
dalam laman web
rasmi temasya sukan
itu,
www.sukma-2008.com.my
dalam masa tiga
minit selepas
tamatnya sesuatu
pertandingan.
Ketua Pengawai
Eksekutif SUKMA
Ke-12 Arpin Draman
berkata ini
bertujuan
menggunakan
sepenuhnya kelebihan
internet untuk
memudahkan semua
pihak mengetahui
keputusan-keputusan
dengan cepat dan
tepat.
"Pihak kita
mensasarkan untuk
menyebarkan
keputusan-keputusan
semua pertandingan
untuk dimuat turun
dalam masa tiga
minit selepas
tamatnya sesuatu
pertandingan itu,"
katanya pada
taklimat kepada
media di Stadium
Mizan Zainal Abidin
di Kompleks Sukan
Negeri Gong Badak,
di sini, Khamis.
Arpin juga
mengumumkan bahawa
satu kod pakaian
yang bersesuaian
dikuatkuasakan ke
atas semua atlet
wanita yang beraksi
dalam acara bola
tampar pantai yang
akan diadakan di
Pantai Teluk Mak Nik,
Kemamam.
"Peraturan ini
dibuat bersesuaian
dengan tatasusila
dan agama masyarakat
Malaysia. Kita tidak
mahu atlet-atlet
wanita bola tampar
pantai memakai
pakaian yang
menjolok mata atau
seksi. Ini tidak
baik kerana penonton
terdiri daripada
masyarakat tempatan,"
katanya.
Dalam pada itu,
Arpin juga berkata
untuk tujuan mengira
pungutan pingat
keseluruhan setiap
kontinjen, sebanyak
31 sukan terdiri
daripada 19 sukan
wajib dan 12 sukan
pilihan, akan
diambil kira.
"Ini tidak termasuk
sukan demonstrasi
iaitu kabaddi,
formula future dan
silambam (seni
mempertahankan diri
masyarakat India),"
tambahnya.
Sementara itu,
Pengerusi
Jawatankuasa Belia
dan Sukan Terengganu
Datuk Abdul Rahin
Mohd Said pada
majlis yang sama
berkata secara
keseluruhan beliau
berpuas hati dengan
persediaan yang
dilakukan pihak
penganjur sebelum
majlis perasmian
pada Sabtu ini.
"Tidak dapat
dinafikan terdapat
masalah timbul dalam
penganjuran sebesar.
Terdapat dua sahaja
venue dijalankan
kerja-kerja akhir
iaitu di Stadium
Mizan Zainal Abidin
dan Kompleks Renang
Majlis Bandaraya
Kuala Terengganu di
Pantai Batu Buruk.
Ia hanya memerlukan
kerja-kerja akhir
sahaja sebelum
majlis perasmian
Sabtu ini," katanya.
Beliau memberi
jaminan bahawa semua
venue pertandingan
bersedia untuk
menganjurkan sukan
dwitahunan itu.
SUKMA Ke-12
Terengganu akan
diadakan di tujuh
daerah iaitu Kuala
Terengganu, Marang,
Besut, Hulu
Terengganu, Dungun,
Setiu dan Kemaman
sehingga 9 Jun.
Kompleks Sukan
Negeri Gong Badak
merupakan venue
utama pertandingan.
Dipetik Dari Bernama