|
Malaysia
Layak Ke
Suku Akhir |
Dikemaskini :
13 May 2008 01:05 PM
Malaysia
menempah tempat ke
suku akhir selepas
menewaskan Korea
Selatan 4-1 malam
ini untuk
mengungguli Kumpulan
B kejohanan Piala
Thomas di Stadium
Tertutup Istora
Senayan di sini.
Mereka perlu
menewaskan Jepun dan
Jerman pada
peringkat suku akhir
Rabu ini untuk
meneruskan laluan ke
separuh akhir pada
Jumaat untuk bertemu
juara bertahan
China.
Malaysia tidak akan
bermain esok
sementara Jepun akan
menentang Jerman
dalam pusingan kedua.
Pada perlawanan
malam ini, pemain
nombor 2 dunia, Lee
Chong Wei mudah
menewaskan Shon
Seung Mo 21-14,
21-14, sementara
pemain veteran Wong
Choong Han
menewaskan Hong Ji
Hoon 21-14, 21-10.
Namun pasangan
veteran Choong Tan
Fook/Lee Wan Wah
tewas 22-20, 10- 21,
16-21 kepada Jung
Jae Sung/Lee Jae
Jin.
Muhd Hafiz Hashim
pula menewaskan
Hwang Ji Man 5-21,
11-21.
Pasangan Koo Kien
Keat/Tan Boon Heong
memberi mata keempat
negara apabila
menewaskan Lee Yong
Dae/Hong Ji Hoon
23-21, 21-19.
Dipetik Dari Bernama