|
Kejohanan
MASUM Fasa 1
Melabuhkan
Tirainya |
Dikemaskini :
20 May 2008 12:09 PM

Kejohanan MASUM fasa
1 telah melabuhkan
tirainya hari ini
setelah lima hari
mengharungi cabaran.
Satu upacara ringkas
penutup diadakan di
Auditorium Kompleks
Perdanasiswa
Universiti Malaya
yang disempurnakan
oleh Naib Cancelor
UM Prof. Datuk
Rafiah Salim.
Dalam upacara
tersebut semua
pemenang yang
bertanding menerima
hadiah masing masing.
Universiti Teknologi
Mara (UiTM) menjadi
IPTA yang terunggul
kejohanan sukan
MASUM tahun ini
apabila membolot
lima kategori
kejuaraan iaitu bola
baling lelaki,
boling padang wanita,
kriket lelaki dan
sofbol lelaki dan
wanita.
Manakala tuanrumah
Universiti Malaya
(UM) berada ditempat
kedua dengan
memenangi empat
acara iaitu bola
baling wanita,
boling padang lelaki,
kayak wanita dan
mendayung wanita.
Hadiah hadiah
disampaikan oleh
Prof. Datuk Rafiah
Salim serta Timbalan
Naib Cancelor UM
Prof. Madya Dr.
Azerae Hj. Idris.
Selain daripada itu
selepas selesai
penyampaian hadiah
satu lagu upacara
penyerahan bendera
kejohanan diadakan
kepada wakil
Universiti Malaysia
Sabah(UNIMAS).
UNIMAS akan menjadi
tuanrumah pula dalam
kejohanan sukan
MASUM fasa kedua
yang akan bermula
daripada 21 Mei
hingga 28 Mei 2008.
Keputusan
keseluruhan acara
acara lain seperti
jadual berikut ;
|
ACARA |
JOHAN |
N/JOHAN |
KETIGA |
KEEMPAT |
|
BOLA BALING
LELAKI |
UiTM |
UPM |
UPSI |
UM |
|
BOLA BALING
WANITA |
UM |
UPSI |
UPM |
UiTM |
|
BOLING
PADANG
LELAKI |
UM |
UiTM |
UTM |
UKM |
|
BOLING
PADANG
WANITA |
UiTM |
UM |
UTHM |
USM |
|
HOKI WANITA
|
UPM |
UiTM |
UTM |
UIAM |
|
FUTSAL
WANITA |
UPM |
UTM |
UiTM |
USM |
|
KRIKET
LELAKI |
UiTM |
UTM |
UIAM |
USM |
|
SOFBOL
LELAKI |
UiTM |
UM |
UUM |
UTM |
|
SOFBOL
WANITA |
UiTM |
UM |
UPM |
UTM |
|
SILAT |
UKM |
UiTM |
UIAM |
UPSI |
kegaleri photo Sukan
MASUM