|
Kejohanan
Sukan MASUM
Fasa Kedua
Menutup
Tirai |
Dikemaskini :
28 May 2008 11:23 PM

Kejohanan Majlis
Sukan Universiti
Malaysia (MASUM)
fasa kedua yang
berlangsung di
Universiti Malaysia
Sabah (UMS) selama
seminggu berakhir
hari ini.
Secara tradisi satu
majlis penutup dan
penyampain hadiah
diadakan setelah
semua acara sukan
yang dipertandingkan
selesai.
Berbanding upacara
pembukaan yang
gilang gemilang
tempohari upacara
penutup hari ini
diadakan dalam
suasana yang ringkas
sambil diserikan
oleh persembahan
mahasiswa UMS.
Timbalan Ketua
Pengarah Kementerian
Pengajian Tinggi
Malaysia yang juga
bekas kakitangan UMS
Prof. Datuk Muhammad
Yusof Kasim telah
menyempurnakan
upacara penutup yang
bertempat di Dewan
Naib Cancelor UMS.
Beliau turut
menyampaikan hadiah
kepada pemenang.
Sukan MASUM edisi
tahun ini
menyaksikan
Universiti Putra
Malaysia(UPM)
menduduki carta
teratas dengan
pungutan 15 pingat
emas sambil diekori
rapat oleh
Universiti Teknologi
Mara(UiTM) dengan 14
emas.
Manakala tuan rumah
UMS berkedudukan
ditangga kesembilan
daripada 19 IPTA
yang mengambil
bahagian dengan
hanya mampu mengutip
dua pingat emas
menerusi acara
taekwondo.
UPM dan UiTM yang
sering mengungguli
kejohanan sukan ini
ternyata hebat dan
sukar ditandingi
oleh IPTA lain
kerana mereka
membariskan ramai
atlit atlit yang
mewakili peringkat
negeri dan negara.
Bagi mereka
kejohanan kali ini
bukan sahaja menjadi
medan mempamerkan
kejaguhan malah ia
merupakan persedian
terbaik bagi
menghadapi Sukan
Malaysia yang akan
bermula hujung bulan
ini di Terengganu.
Enam acara
berpasukan yang
dipertandingkan UPM
telah menguasai
empat daripadanya
iaitu ragbi,
bolakeranjang lelaki
dan wanita serta
bolatampar wanita
disamping acara
memanah yang
menyumbangkan banyak
pingat emas.
Sukan memanah juga
banyak membutirkan
pingat emas kepada
UiTM disamping
mendominasi tenis
lelaki dan wanita
serta golf lelaki.