|
Kejohanan
Sukan Majlis
Sukan
Universiti
Malaysia (
MASUM ) Fasa
1 |
Dikemaskini :
15 May 2008 11:13 PM
Universiti Malaya
Kuala Lumpur telah
dipilih menjadi
tuanrumah sukan
MASUM fasa pertama
yang berlangsung
daripada 12 Mei
hingga 17 Mei 2008.
Sementara fasa kedua
akan diadakan di
universiti malaysia
sabah bermula
daripada 21 Mei
hingga 28 Mei 2008.
Sebanyak 20
institusi pengajian
awam (IPTA)
mengambil bahagian
yang melibatkan
sembilan acara
dipertandingkan .
Sembilan sukan yang
dipertandingkan
adalah seperti
berikut:
-
Futsal
-
Kriket
-
Hoki
-
Sukan air
-
Pencak silat
-
Boling padang
-
Bola baling
-
Sofbol
-
Tenpin boling
Kompleks sukan
universiti malaya
menjadi gelanggang
utama disamping
beberapa komplek
sukan di sekitar
Lembah Kelang dipilih
menjadi venue
pertandingan.
Setelah dua hari
pertandingan telah
dilangsungkan semua
sembilan acara telah
melepasi pusingan
awal.
Sofbol lelaki dan
wanita serta boling
padang wanita telah
memasuki peringkat
separuh akhir hari
ini manakala tujuh
acara lain masih
diperingkat suku
akhir.
Dalam acara sofbol
wanita yang
berlangsung di empat
gelanggang sofbol
universiti malaya
tuanrumah Universiti
Malaya (UM)
menumpaskan
Universiti Putra
Malaysia (UPM) 7-1
manakala Universiti
Teknologi Mara (UiTM)
menang besar ke atas
Univetsiti Teknologi
Malaysia (UTM) 16-0.
Nasib siapakah yang
akan muncul juara
akan terjawab esok.
Bagi kategori lelaki
pula UM juga turut
mara keakhir apabila
menang keatas UUM
9-7 dan akan
menentang UiTM yang
menyingkirkan UTM
15-0
Sementara itu acara
fours dan pairs
boling padang wanita
tuanrumah UM sekali
lagi berjaya
menempah tempat ke
peringkat akhir.
Pasukan fours
mengalahkan USM 15-5
dan akan bertemu
UiTM yang seri
dengan UTHM 11-11.
Manakala pasukan
pairs agak bernasib
baik apabila hanya
menang tipis 11-10
keatas USM juga akan
bertemu UiTM yang
menewaskan
Universiti Tun
Hussein (UTHM) 11-7.
Agak malang
perseorangan dan
triple gagal
mengikuti jejak
rakan mereka apabila
masing masing tumpas
kepada USM 15-9 dan
8-14 .
Dalam acara
perseorangan dan
triple USM akan
membuat perhitungan
dengan UiTM dan UTHM.