Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob berasa terkilan dengan prestasi pasukan Piala Thomas di Jakarta berikutan kekalahan 2-3 mereka kepada China 2-3 dalam perlawanan separuh akhir hari ini.
Sebagaimana rakyat Malaysia yang lain, beliau juga berpendapat bahawa Malaysia seharusnya berjaya mara ke perlawanan akhir selepas bermula dengan baik apabila pemain perseorangan negara, Lee Chong Wei, yang juga pemain nombor dua dunia, mengutip mata pertama selepas mengalahkan seterunya pemain nombor satu dunia Lin Dan dengan permainan straight sets 21-12, 21-14.
Ismail Sabri berkata secara keseluruhan prestasi para pemain baik kerana mereka telah bekerja keras bagi menghadapi kejohanan tetapi China terlalu handal bagi Malaysia.
"Ia pastinya bukan hari Mohd Hafiz Hashim apabila beliau tewas mudah kepada Chen Jin dalam perlawanan penentuan," katanya kepada Bernama apabila dihubungi di sini Jumaat.
Beliau berkata walaupun pasukan itu berjaya mencapai sasaran mereka untuk memasuki ke perlawanan separuh akhir, tetapi masih banyak ruang untuk mereka perbaiki.
Pemain China berjaya mengatasi pemain Malaysia apabila mereka memenangi perlawanan menerusi beregu pertama mereka Fu Haifeng/Cai Yun dan dua pemain perseorangan Bao Chunlai dan Chen Jin.
Bagaimanapun, Ismail berkata beliau gembira dengan prestasi keseluruhan pasukan Piala Uber selepas mereka berjaya melangkah ke peringkat suku akhir.
"Terdapat ramai pemain muda bagi pasukan Piala Uber tetapi mereka belum sampai ke peringkat kalah mati dan ini satu keputusan yang sangat baik bagi kita.
"Walaupun pasukan itu gagal mencapai sasaran mereka sendiri untuk menempatkan diri dalam kelompok empat teratas, saya berasa bangga dengan mereka," katanya.
Pasukan wanita Malaysia tewas kepada Korea Selatan 1-3 dalam perlawanan suku akhir semalam. Hanya pemain perseorangan, Wong Mew Choo berjaya mengutip mata untuk Malaysia.
Dipetik Dari Bernama