|
Nigeria
Juara Piala
Antara Benua |
Dikemaskini :
26 May 2008 06:30 PM

Pemain pasukan
Nigeria menjulang
Piala Antara Benua
setelah berjaya
menewaskan Australia
2-0 pada perlawanan
akhir Piala Antara
Benua.
Pasukan Nigeria
muncul juara
kejohanan bola sepak
Piala Antara Benua
selepas menewaskan
Australia 2-0 pada
perlawanan akhir di
Stadium Bolasepak
Kuala Lumpur, Cheras
malam tadi.
Skuad bimbingan
Samson Siasia itu
membuka jaringan
seawal minit ke-7
menerusi percubaan
Bernard Okorowanta
dari dalam kotak
penalti, yang
menewaskan penjaga
gol Australia, Tando
Velaphi.
Pasukan Australia
yang diketuai
penjaring terbanyak
kejohanan setakat
ini, Matthew Simon
terus memperkemaskan
corak permainan bagi
memburu gol
penyamaan.
Namun Nigeria yang
bakal bertanding di
sukan Olimpik
Beijing telah
mempamerkan
keupayaan mereka
yang sebenar apabila
menguasai permainan
dan banyak membuat
serangan ke kubu
Australia.
Australia yang
kehilangan empat
pemain utama yang
pulang untuk tugasan
skuad senior sejak
separuh akhir ketika
menentang Ireland,
ternyata tidak
terdaya untuk
mengekang asakan
Nigeria.
Pada separuh masa
kedua, Australia
hampir menyamakan
kedudukkan namun
sepakan leret Simon
sedikit tersasar ke
kiri pintu gol
Nigeria.
Emmanuel Sarki
akhirnya mengesahkan
kemenangan Nigeria
apabila menjaringkan
gol kedua skuad dari
Afrika itu melalui
sepakan percuma yang
melencong terus ke
dalam pintu gol
Australia pada minit
ke-86.
"Kami menghadapi
perlawanan yang
sukar dalam
pertemuan dengan
Australia malam ini
kerana tubuh pemain
mereka lebih besar
dari kami, tapi para
pemain kami berjaya
juga mengatasinya,"
kata ketua jurulatih
Nigeria Samson
Siasia kepada
pemberita pada
persidangan berita
selepas perlawanan.