Laman Utama

  
   EDISI :
.
 
 

 

Nigeria Dan Ireland Layak Ke Separuh Akhir Piala Antara Benua

 


Dikemaskini : 22 May 2008 09:09 AM

 

Nigeria mengesahkan tempat ke separuh akhir selaku juara kumpulan A setelah menumpaskan Iraq 1-0 pada saingan Piala Antara Benua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini hari ini.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, John Owoeri muncul wira Nigeria apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-90 untuk menceriakan lebih 1,000 penyokong mereka.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan yang mencari tempat di separuh akhir mempamerkan aksi bertenaga sebaik wisel permulaan dibunyikan dengan mengasak ke kubu lawan.

Berbekalkan reputasi selaku pasukan yang layak ke Sukan Olimpik Beijing pada Ogos depan, Nigeria lebih banyak mengatur serangan ke kubu lraq melalui penyerangnya Owoeri namun gagal menghasilkan gol sehingga jaringan minit terakhir permainan itu.

Keputusan ini membolehkan Nigeria mengumpul tujuh mata hasil daripada dua kemenangan dan akan diiringi Ireland ke separuh akhir yang menduduki tempat kedua dengan empat mata.

Malaysia pula di tangga ketiga juga dengan empat mata, tetapi kurang perbezaan jaringan gol berbanding Ireland manakala Iraq di tangga tercorot dengan dua kekalahan dan satu keputusan seri.

Kumpulan B pula menyaksikan satu lagi pasukan yang layak ke Sukan Olimpik Beijing iaitu Australia muncul juara manakala Chile di tangga kedua.

 

Dipetik dari Bernama

 

 

Cetak laman ini