|
Atlet
Malaysia Ke
Olimpik
Beijing
Digesa
Perbaiki
Prestasi,
Elak
Kecederaan |
Dikemaskini :
27 May 2008 10:25 AM
Atlet Malaysia yang
terpilih menyertai
Sukan Olimpik
Beijing Ogos ini
dinasihati berusaha
meningkatkan
prestasi dan
mengelakkan diri
daripada kecederaan
semasa membuat
persiapan akhir.
Chef-de-mission
Malaysia Datuk Hoh
Kok Chye berkata ini
kerana mereka yang
cedera, menghadapi
risiko tidak akan
dihantar menyertai
sukan itu.
"Saya harap atlet
akan terus
memperbaiki prestasi
masing-masing dan
mengelakkan diri
daripada kecederaan,"
katanya ketika
ditemui di Bukit
Jalil di sini hari
ini.
Beliau berkata
setakat ini, 32
atlet telah
melayakkan diri
mewakili Malaysia ke
Olimpik Beijing bagi
acara akuatik,
badminton, lumba
basikal, memanah,
menembak, olahraga,
lumba perahu dan
taekwondo.
Katanya, antara
sukan yang disertai
Malaysia pada sukan
itu, badminton
memberi harapan
paling cerah untuk
meraih pingat emas.
"Selain badminton,
atlet Malaysia juga
mampu memberi
saingan hebat dalam
acara memanah serta
lumba basikal dan
oleh itu, saya harap
penyertaan mereka
pada sukan itu akan
membawa hasil,"
katanya.
Dalam acara
badminton, pasangan
adik-beradik Razif
dan Jalani Sidek
memperoleh pingat
pertama Olimpik bagi
Malaysia apabila
mereka memenangi
pingat gangsa bagi
acara beregu lelaki
pada Sukan Olimpik
Barcelona 1992.
Cheah Soon Kit dan
Yap Kim Hock
memperoleh pingat
Olimpik kedua bagi
Malaysia apabila
memenangi pingat
perak bagi acara
beregu lelaki pada
Sukan Olimpik
Atlanta 1996,
manakala Rashid
Sidek menang pingat
gangsa bagi acara
perseorangan lelaki.
Bagaimanapun, pada
sukan Olimpik di
Sydney 2000 dan
Athens, pemain
badminton Malaysia
tidak memenangi
sebarang pingat.
Acara renang dan
badminton mencatat
jumlah penyertaan
Malaysia paling
besar pada Sukan
Olimpik Beijing
iaitu sembilan,
manakala empat bagi
acara lumba basikal,
tiga olahraga, tiga
memanah, dua
taekwondo dan
masing-masing satu
bagi acara menembak
dan lumba perahu.
Bryan Nickson Lomas
(lelaki platform
10m) mengetuai
pasukan terjun,
bersama Leong Mun
Yee dan Elizabeth
Jimie (papan anjal
3m wanita) dan
Pandelela Rinong
(platform 10m wanita).
Pemain nombor dua
dunia Lee Chong Wei
mengetuai pasukan
badminton negara,
yang barisan
pemainnya akan
diumumkan Persatuan
Badminton Malaysia
(BAM) Jumaat ini.
Pemenang pingat emas
Sukan SEA Korat
Daniel Bego, Khoo
Cai Lin, Siow Yi
Ting, Lew Yih Wey
dan Leung Chii Lin
mengetuai senarai
skuad renang
Malaysia, manakala
barisan pemanah pula
dianggotai Cheng Chu
Sian, Wan Mohd
Khalmizam Wan Abdul
Aziz dan Mohd
Marbawi Sulaiman.
Pasukan lumba
basikal akan
diketuai Azizul
Hazni Awang (pemenang
pingat emas bagi
acara keirin dan
pecut 200m), Rizal
Tisin, (pemenang
pingat emas acara
ujian masa 1km) dan
Fatihah Mustapa (pemenang
pingat perak acara
ujian masa 500m), di
samping pakar keirin
Josiah Ng dan
Junaidi Nasir.
Atlet taekwondo
Elaine Teo dan Che
Chew Chan, Roslinda
Samsu (lompat
bergalah) Yuan
Yufang (olahraga),
Lee Hup Wei (lompat
tinggi), Hazli Izwan
Amir Hasan
(menembak) dan Kevin
Lim (lumba perahu)
turut terpilih
mewakili Malaysia ke
sukan
itu.
Dipetik Dari Bernama