|
Pertemuan
Dengan China
Tentukan
Hidup Mati
Malaysia -
Kim Hock |
Dikemaskini :
15 May 2008 03:24 AM
Pasukan Malaysia
menggalas misi hidup
matinya apabila
bertemu China pada
perlawanan separuh
akhir Piala Thomas
di Stadium Istora
Senayan Jumaat ini.
Ketua jurulatih
Malaysia Yap Kim
Hock berkata
walaupun di atas
kertas, pasukan
pilihan utama dan
juara bertahan China
terlalu kuat bagi
Malaysia, namun
beliau percaya
kedua-dua pasukan
mempunyai peluang
yang sama banyak
untuk menang.
"Kami akan bincang
strategi kami
kemudian. Semua
orang tahu betapa
sukarnya apabila
berdepan dengan
pasukan terbaik.
Tapi, dengan
strategi yang betul
serta sedikit
sebanyak nasib, kami
akan dapat
mengalahkan mereka,"
katanya kepada
pemberita di sini
hari Rabu.
Berdasarkan ranking
dunia, pemain
perseorangan pertama
Malaysia Lee Chong
Wei menduduki tangga
kedua, Wong Choong
Hann di tangga ke-14
dan Muhd Hafiz
Hashim di tangga
ke-22, manakala bagi
pasangan beregu
pula, Choong Tan
Fook/Lee Wan Wah di
tangga kelima, Koo
Kien Keat/Tan Boon
Heong di tangga
keempat dan Mohd
Zakry Abd Latif/Mohd
Fairuzizuan Mohd
Tazari di tangga
ke-15.
Pemain China Lin Dan
adalah pemain nombor
satu dunia, Chen Jin
(3), Bao Chunlai
(4), manakala
pasangan beregu
mereka, Cai Yun/Fu
Haifeng di tangga
kedua dan Guo
Zhendong/Xie Zhongbo
di tangga kesembilan.
Secara perbandingan,
pemain perseorangan
lelaki Malaysia
tidak mempunyai
banyak peluang untuk
mengalahkan pemain
China, tetapi pemain
beregunya mempunyai
lebih banyak peluang
untuk mencapai
kemenangan
berbanding pemain
China.
Chong Wei hanya
menang tiga daripada
lapan pertemuannya
dengan Lin Dan dan
pada perlawanan
terbaru mereka Mac
lepas di Terbuka
Switzerland, pemain
Malaysia itu kalah
di peringkat
perlawanan akhir.
Choong Hann pula
kalah tiga daripada
enam perlawanannya
dengan Bao Chunlai,
manakala Hafiz tidak
pernah menewaskan
Chen Jin dalam empat
pertemuan mereka.
Pasangan
berpengalaman Tan
Fook/Wan Wah menang
enam daripada 10
perlawanan mereka
dengan Cai Yun/Fu
Haifeng, manakala
Kien Keat/Boon Heong
hanya menang sekali
dalam perlawanan
dengan Xie Zhongbo/Guo
Zhengdong.
Berdasarkan rekod
itu, kata Kim Hock,
pemain beregu
Malaysian perlu
memastikan mereka
meraih dua mata,
manakala pemain
perseorangan lelaki
pula perlu
mendapatkan satu
mata. Sementara itu,
ketua jurulatih
China Li Yong Bo
berkata beliau
menganggap Malaysia
sebagai pencabar
utama seperti
pasukan lain juga.
"Sesiapa saja yang
bertemu dengan kami
pada peringkat
separuh akhir
merupakan pasukan
handal, tapi kami
akan tunjukkan
kepada mereka kenapa
kami dikatakan
pasukan terbaik,"
katanya.
Ditanya tentang
pemain yang akan
diturunkan oleh
China, Yong Bo
berkata beliau akan
mengekalkan barisan
pemain sebelum ini
dan tidak akan
mengubah gandingan
pemain.
Pada pertemuan
terakhir mereka
dalam kejohanan
Piala Thomas 2002 di
Guangzhou, China,
Malaysia mengalahkan
China 3-1 pada
peringkat separuh
akhir, sebelum kalah
2-3 kepada Indonesia
pada perlawanan
akhir.
Dipetik Dari Bernama