|
Zaiza
Sudah Sedia
Untuk Ikuti
Jejak
Langkah
Kehebatan
Bapanya |
Dikemaskini :
31 May 2008 01:27 PM

Ketua pasukan bola
sepak Selangor Mohd
Zaiza Zainal Abidin
belum pernah
mengepalai
pasukannya untuk
menduduki takhta
saingan Liga Super,
namun anak bekas
ketua pasukan bola
sepak kebangsaan
Zainal Abidin Hassan
ini pastinya menjadi
tumpuan ramai
peminat bola sepak
Selangor pada
saingan Sukan
Malaysia ke-12 (Sukma)
yang akan bermula
Ahad ini.
Striker berumur 22
tahun yang
kemudiannya berubah
kedudukan ke
bahagian pertahanan
itu adalah jentera
penting yang
mengetuai pasukan
bola sepak Selangor
ke peringkat suku
akhir Sukma, dengan
menumpaskan Kelantan
3-0 dan Sabah 2-0,
dalam perlawanan
Kumpulan B.
Di atas kertas,
Selangor pasti
kelihatan memiliki
peluang yang cerah
untuk menamatkan
kemarau 10 tahun
tanpa gelaran juara
kejohanan itu, yang
kali terakhir
berjaya dimenangi
mereka pada tahun
1998, semasa
Selangor menjadi
tuan rumah Sukma.
Zainal yang
merupakan antara
pemain berkaliber
yang dihasilkan pada
zaman kegemilangan
arena bola sepak
Malaysia, mewarnai
skuad bola sepak
kebangsaan pada
tahun 80-an dan awal
90-an, bermula di
posisi pertahanan
sebelum bertukar
menjadi striker.
Zaiza pula pada awal
penampilannya dalam
arena bola sepak
bermula sebagai
pemain penyerang
sebelum bertukar ke
posisi pertahanan
semasa belajar di
tingkatan empat di
Sekolah Sukan Bukit
Jalil.
Orang yang
bertanggungjawab
mengubah kedudukan
beliau adalah bekas
jurulatih pasukan
Selangor dan pasukan
kebangsaan Ken
Worden, yang
menyaksikan Zaiza
beraksi cukup
cemerlang, terus
membolehkan beliau
menyarung jersi
Selangor untuk
saingan bawah 19
tahun dan Piala
Presiden.
"Worden percaya saya
boleh beraksi lebih
baik di bahagian
penyerang. Saya
tidak ada masalah
dalam membuat
pertukaran itu dan
saya masih berusaha
mempelajari beberapa
taktik pada
kedudukan itu. Saya
benar-benar berminat
untuk beraksi dalam
pasukan Selangor
untuk meragkul
sebarang piala,
harapnya Piala
Malaysia tidak lama
lagi," katanya
ketika ditemui di
sini petang Jumaat.
Kejuaraan Piala
Malaysia bermula
pada 11 Jun ini, dua
hari selepas Sukma
berakhir, dan Zaiza
berharap beliau akan
terus diberi peranan
penting untuk
beraksi dengan
pasukan Selangor.
"Seperti bapa saya,
saya juga ingin
menjadi pemain bola
sepak professional.
Bapa saya adalah
idola saya, dan saya
ingin meneruskan
karier saya dalam
arena bola sepak
kerananya," kata
pelajar tahun
pertama Komunikasi
Massa Universiti
Putra Malaysia itu.
"Sudah tentu saya
juga gembira
Selangor berjaya
memenangi
perlawanan-perlawanan
sebelum ini. Sebagai
ketua pasukan, saya
amat gembira kerana
berjaya menyekat
setiap percubaan ke
pintu gol, tiada
satu gol pun yang
bolos dalam dua
perlawanan terakhir
kami. Perlawanan
dalam kumpulan kami
yang terakhir adalah
bertemu dengan
pasukan Kedah,
diharapkan rekod itu
akan kekal,"
tambahnya.
Zaiza berkata
kemenangan itu
merupakan pencetus
semangat kepada
pasukan dan akan
membuka peluang ke
arah memenangi
pingat emas Sukma
selepas 10 tahun
gagal merangkulnya.
"Banyak harapan
disandarkan kepada
pasukan ini, dan
kami tidak boleh
merasa selesa
semata-mata kerana
memperolehi
kemenangan di
peringkat awal
saingan," katanya.
"Saingan baru
bermula, walaupun
beroleh dua
kemenangan, masih
banyak yang perlu
diusahakan. Secara
peribadi saya
gembira dengan
keseluruhan
persembahan, kerja
berpasukan kami
cukup mantap setakat
ini.