|
Iran Tuan
Rumah Sukan
Perpaduan
Islam Kedua
Pada 2009 |
Dikemaskini :
29 May 2008 07:44 AM
Selepas berjaya
menganjurkan Sukan
Perpaduan Islam yang
pertama di Arab
Saudi pada 2005,
Persekutuan Sukan
Perpaduan Islam (ISSF)
akan menganjurkan
edisi kedua di Iran,
dari 15 hingga 29
Okt, tahun depan.
Ketua Pengarah
Majlis Sukan Negara
(MSN) Datuk Zolkples
Embong berkata
keputusan itu dibuat
semasa mesyuarat
ISSF yang
berlangsung di
Riyadh, Arab Saudi
awal bulan ini.
Iran akan
menganjurkan temasya
tersebut di tiga
venue iaitu di
Tehran, Isfahan dan
Mashhad melibatkan
20 stadium dan dewan
bagi 20 acara yang
dipertandingkan,
katanya kepada
Bernama, di sini,
Rabu.
Antara acara
berkenaan ialah
olahraga, akuatik,
polo air, bola
tampar, bola jaring,
angkat berat,
ping-pong, menembak,
taekwondo, karate,
gusti, judo serta
lima acara bagi
atlet kurang upaya
iaitu bola sepak
lima-sebelah,
ping-pong, menembak
dan bola tampar
berkerusi roda.
Zolkples berkata
mesyuarat ISSF itu
juga memutuskan
edisi ketiga Sukan
Perpaduan Islam akan
diadakan di
Indonesia pada 2013
memandangkan hanya
negara tersebut yang
membida bagi temasya
empat tahun sekali
itu.
Indonesia katanya
difahamkan berminat
menganjurkan temasya
tersebut di Pekan
Baru, Sumatera.
Pada temasya sulung
di Arab Saudi yang
berlangsung selama
15 hari, pada April
2005, yang diadakan
di empat bandar
utamanya iaitu
Makkah, Madinah,
Jeddah dan Taif
berjaya mengumpulkan
kira-kira 7,000
atlet dari 57 negara
termasuk Malaysia.
Kesemua negara
tersebut adalah
negara Islam yang
menganggotai ISSF
tetapi atlet dari
negara tersebut yang
bukan beragama Islam
dibenarkan menyertai
temasya itu.
Malaysia menghantar
128 atlet dan
pegawai untuk
bertanding dalam
lapan daripada 16
acara dan mereka
pulang dengan lima
emas, lima perak dan
enam gangsa untuk
menduduki tempat
ketujuh.
Arab Saudi muncul
juara selepas
mengumpul 23 pingat
emas, 17 perak dan
19 gangsa,
meninggalkan Mesir
di tempat kedua yang
mengumpul 14 emas,
15 perak dan 13
gangsa.
Kazakhstan di tempat
ketiga dengan 13
emas, lapan perak
dan enam gangsa.
Idea penganjuran
sukan ini tercetus
semasa Sidang
Kemuncak Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC)
di Putrajaya pada
2003 yang
dipersetujui semua
negara anggota dan
dijadikan temasya
empat tahun sekali.
Dipetik Dari Bernama