|
Tuan Rumah
SUKMA
Terengganu
Bermula
Garang |
Dikemaskini :
29 May 2008 07:41 AM
Tuan rumah SUKMA,
Terengganu memulakan
saingan
mempertahankan
kejuaraannya dengan
menundukkan Perak
3-2 dalam perlawanan
bola sepak pembukaan
Kumpulan A di
Stadium Sultan
Ismail Nasiruddin
Shah pada SUKMA
ke-12 Terengganu,
malam ini.
Terengganu bermula
garang dengan
jaringan Mohd Ashari
Samsudin pada minit
ke-11 dan diikuti
Ismail Faruqi
Ashaari (minit
ke-31) pada separuh
masa pertama.
Namun, pada separuh
masa kedua, Perak
berjaya menjarakkan
kedudukan menerusi
jaringan sendiri
pemain Terengganu,
Mohd Ashari Samsudin
(minit ke-76) dan
Shahrizal Mohd Saad
(minit ke-81)
sebelum Terengganu
memperoleh gol
kemenangan menerusi
Mohd Aliff Hafifi
Mohammad pada
minit-minit terakhir.
Bagi Kumpulan B,
Kedah, naib juara
SUKMA Kedah 2006,
memulakan saingan
dengan baik
menewaskan Sabah 3-2
dan Selangor pula
membelasah Kelantan
3-0.
Dalam perlawanan
kumpulan C, Negeri
Sembilan menewaskan
Melaka 1-0 dan
Wilayah Persekutuan
menundukkan Perlis
1-0.
Perlawanan dalam
Kumpulan D pula
menyaksikan Pulau
Pinang menang 2-1 ke
atas Sarawak dan
Johor menang tipis
1-0 ke atas Brunei
Darussalam.
Esok merupakan hari
rehat sebelum
perlawanan kumpulan
diteruskan pada hari
Jumaat ini.
Dalam saingan sukan
bola sepak SUKMA
kali ini, 15 pasukan
mengambil bahagian
yang dibahagikan
kepada empat
kumpulan.
Semua perlawanan
diadakan di dua
stadium iaitu Padang
Bola Sepak, Kompleks
Sukan Negeri, Gong
Badak dan Stadium
Sultan Ismail
Nasiruddin Shah.
Bola sepak merupakan
sukan yang diadakan
lebih awal sebelum
perasmian SUKMA dan
perlawanan akhir
akan diadakan pada
Jun 8.
Dipetik Dari Bernama