|
Wilayah
Persekutuan
Buru 54
Pingat Emas
Di Sukma
|
Dikemaskini :
30 May 2008 02:40 PM
Kontinjen Wilayah
Persekutuan
mensasarkan
sekurang-kurangnya
54 pingat emas pada
temasya Sukan
Malaysia (SUKMA)
ke-12 yang akan
berlangsung secara
rasminya di
Terengganu Sabtu ini.
Ketua Kontinjen
Sukma Wilayah
Persekutuan Datuk
Bakaruddin Othman
berkata pada sukma
kali ini pasukan itu
lebih bersedia
berbanding dengan
Sukma ke-11 di Kedah
dua tahun lepas.
"Tahun ini saya
yakin bahawa pasukan
Wilayah Persekutuan
mampu memperbaiki
kedudukan
sekurang-kurangnya
pada kedudukan
tangga keempat,"
katanya di Majlis
pelepasan perarakan
bendera Wilayah
Persekutuan sempena
Sukma ke-12 di
Stadium Badminton
Kuala Lumpur, hari
ini.
Sebagai rekod pada
Sukma ke-11 di Kedah,
Pasukan Wilayah
Persekutuan berada
di kedudukan ketujuh
dengan pungutan 25
pingat emas, 31
perak dan 35 gangsa.
Turut hadir sama
pada majlis itu
Timbalan Menteri
Wilayah Persekutuan
Datuk M. Saravanan
yang melepaskan
perarakan tersebut.
Saravanan berkata
program ini bukan
sahaja untuk
mempromosikan
bendera Wilayah
Persekutuan tetapi
yang paling penting
adalah untuk memupuk
semangat jati diri
di kalangan atlit
kontinjen Wilayah
Persekutuan di Sukma.
"Sebagai menghargai
kejayaan atlit di
Sukma nanti
Kementerian Wilayah
Persekutuan akan
memberi saguhati
RM2,500 bagi setiap
atlit yang membawa
pulang pingat emas
dan saya berjanji
akan menambah RM300
lagi sebagai
sumbangan peribadi,"
katanya semasa
merasmikan majlis
itu.
Program Konvoi
Perarakan Bendera
Wilayah Persekutuan
sempena Sukma ke-12
buat julung kalinya
diadakan bagi
mengiringi 400 atlit
yang mengambil
bahagian di
Terengganu nanti.
Lebih 100 kenderaan
anggota Persatuan
Pemilik Kenderaan
Kuala Lumpur dan
Selangor (PROPERD)
terlibat mengiringi
atlit dari Stadium
Badminton Kuala
Lumpur ke Kuala
Terengganu yang
mengambil masa
kira-kira lima jam
20 minit.
Dipetik Dari Bernama