|
Insentif
Tunai Untuk
Naikkan
Semangat
Atlet
Wilayah
Persekutuan
Ke SUKMA |
Dikemaskini :
25 May 2008 09:53 PM
Wilayah Persekutuan
menawarkan insentif
RM2,500 bagi setiap
atletnya yang
berjaya merangkul
pingat emas dalam
acara individu pada
Sukan Malaysia ke-12
(SUKMA) di
Terengganu yang akan
berlangsung dari 29
Mei hingga 9 Jun ini.
Menteri Wilayah
Persekutuan Datuk
Seri Zulhasnan
Rafique berkata
insentif bagi atlet
yang memenangi
pingat emas dalam
acara berpasukan
pula akan diputuskan
oleh majlis sukan
Wilayah Persekutuan
tidak lama lagi.
"Jumlah itu pasti
akan dapat menjadi
pencetus semangat
juang kepada para
atlet untuk
merangkul pingat
emas selepas mereka
gagal mencapai
sasaran 50 pingat
emas dalam SUKMA di
Kedah dua tahun
lepas," katanya
selepas menyampaikan
bendera kepada chef
de mission Datuk
Bakaruddin Othman di
sini hari ini.
Pada SUKMA di Alor
Star dua tahu lepas,
Wilayah Persekutuan
mengumpulkan 25
pingat emas, 31
perak serta 35
gangsa, dan
menduduki tempat ke
tujuh dalam senarai
kontinjen yang
mengambil bahagian.
Zulhasnan berkata
tahun ini Wilayah
Persekutuan akan
menghantar 743 atlet
dan pegawai ke sukan
itu dan meletakkan
sasaran untuk
mengumpulkan 45
pingat emas.
"SUKMA lepas kami
gagal mencapai
sasaran, dan kali
ini saya ingin
pastikan kami
berjaya mencapainya,"
katanya.
Sementara itu
Bakaruddin berkata
semua atlet sudah
siap sedia serta
kelihatan cukup
bersemangat tinggi,
dan menurutnya
sasaran 45 pingat
emas adalah cukup
realistik.
Dipetik Dari Bernama