Laman Utama

  
   EDISI :
.
 
 

 

Arkib Berita Mei

 


 

Zaiza Sudah Sedia Untuk Ikuti Jejak Langkah Kehebatan Bapanya

Ketua pasukan bola sepak Selangor Mohd Zaiza Zainal Abidin belum pernah mengepalai pasukannya untuk menduduki takhta saingan Liga Super, namun anak bekas ketua pasukan bola sepak kebangsaan Zainal Abidin Hassan ini pastinya menjadi tumpuan ramai peminat bola sepak Selangor pada saingan Sukan Malaysia ke-12 (Sukma) yang akan bermula Ahad ini. seterusnya

 

 

 

 

Selangor, Kedah Dan Johor Ke Suku Akhir

Selangor dan Kedah menjadi dua pasukan pertama layak ke suku akhir acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) selepas masing-masing mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut dalam Kumpulan B hari ini.

Turut layak adalah Johor dalam Kumpulan C selepas menundukkan Sarawak 2-1 pada perlawanan di Padang B Kompleks Sukan Gong Badak, juga kemenangan kedua selepas menundukkan Brunei 1-0 Rabu lepas.
seterusnya

 

Wilayah Persekutuan Buru 54 Pingat Emas Di Sukma

Kontinjen Wilayah Persekutuan mensasarkan sekurang-kurangnya 54 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-12 yang akan berlangsung secara rasminya di Terengganu Sabtu ini.

Ketua Kontinjen Sukma Wilayah Persekutuan Datuk Bakaruddin Othman berkata pada sukma kali ini pasukan itu lebih bersedia berbanding dengan Sukma ke-11 di Kedah dua tahun lepas.
seterusnya

 

Keputusan Sukma Dalam Laman Web Tiga Minit Selepas Tamat Pertandingan

Semua keputusan pertandingan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-12 di Terengganu akan dimasukkan ke dalam laman web rasmi temasya sukan itu, www.sukma-2008.com.my dalam masa tiga minit selepas tamatnya sesuatu pertandingan.

Ketua Pengawai Eksekutif SUKMA Ke-12 Arpin Draman berkata ini bertujuan menggunakan sepenuhnya kelebihan internet untuk memudahkan semua pihak mengetahui keputusan-keputusan dengan cepat dan tepat.
seterusnya

 

Tan Fook/Wan Wah, Kien Keat/Boon Heong Sah Ke Beijing

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengesahkan cabaran Malaysia dalam acara beregu lelaki di Sukan Olimpik Beijing akan digalas oleh pasangan veteran, Choong Tan Fook/Lee Wan Wah dan gandingan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong.

Pemilihan kedua-dua beregu terbaik negara itu sekaligus memusnahkan harapan pasangan ketiga negara, Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fairuzizuan Tazari untuk beraksi di Beijing.
seterusnya

 

Tuan Rumah SUKMA Terengganu Bermula Garang

Tuan rumah SUKMA, Terengganu memulakan saingan mempertahankan kejuaraannya dengan menundukkan Perak 3-2 dalam perlawanan bola sepak pembukaan Kumpulan A di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada SUKMA ke-12 Terengganu, malam ini.

Terengganu bermula garang dengan jaringan Mohd Ashari Samsudin pada minit ke-11 dan diikuti Ismail Faruqi Ashaari (minit ke-31) pada separuh masa pertama.
seterusnya

 

Iran Tuan Rumah Sukan Perpaduan Islam Kedua Pada 2009

Selepas berjaya menganjurkan Sukan Perpaduan Islam yang pertama di Arab Saudi pada 2005, Persekutuan Sukan Perpaduan Islam (ISSF) akan menganjurkan edisi kedua di Iran, dari 15 hingga 29 Okt, tahun depan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong berkata keputusan itu dibuat semasa mesyuarat ISSF yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi awal bulan ini.
seterusnya

 

Kejohanan Sukan MASUM Fasa Kedua Menutup Tirai

Kejohanan  Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) fasa kedua yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) selama seminggu berakhir hari ini.

 

Secara tradisi satu majlis penutup dan penyampain hadiah diadakan setelah semua acara sukan yang dipertandingkan selesai. seterusnya

 

 

 

Atlet Malaysia Ke Olimpik Beijing Digesa Perbaiki Prestasi, Elak Kecederaan

Atlet Malaysia yang terpilih menyertai Sukan Olimpik Beijing Ogos ini dinasihati berusaha meningkatkan prestasi dan mengelakkan diri daripada kecederaan semasa membuat persiapan akhir.

Chef-de-mission Malaysia Datuk Hoh Kok Chye berkata ini kerana mereka yang cedera, menghadapi risiko tidak akan dihantar menyertai sukan itu.
seterusnya

 

Nigeria Juara Piala Antara Benua

asukan Nigeria muncul juara kejohanan bola sepak Piala Antara Benua selepas menewaskan Australia 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Skuad bimbingan Samson Siasia itu membuka jaringan seawal minit ke-7 menerusi percubaan Bernard Okorowanta dari dalam kotak penalti, yang menewaskan penjaga gol Australia,

Tando Velaphi. seterusnya

 

 

Perlawanan Persahabatan Veteran RTM dan Muzium Negara

Satu perlawanan bola sepak persahabatan di antara pasukan Muzium Negara dengan pasukan Veteran RTM telah di adakan pada hari Sabtu lalu di Bangi.

 

Pada perlawanan tersebut, pasukan Veteran RTM telah berjaya menewaskan pasukan Muzium Negara dengan 3 gol tidak berbalas. seterusnya

 

Hup Wei Layak Ke Olimpik Selepas Catat Rekod Baru Kebangsaan Di China

Atlet lompat tinggi Lee Hup Wei memenangi pingat emas dalam kejohanan olahraga Terbuka China di Stadium Olimpik baru di Beijing hari ini dengan mencatatkan rekod kebangsaan baru 2.27m, sekaligus melayakkan beliau ke Sukan Olimpik Beijing.

Hup Wei, yang melepasi lompatan yang menyamai rekod kebangsaan 2.24m oleh Loo Kum Zee sejak 1995 dalam laluannya memenangi pingat emas di Kejohanan Trek dan Padang Asia di Amman, Jordan tahun lepas, menumpaskan atlet China hari ini untuk melayakkan beliau ke Sukan Olimpik menerusi Kategori B.
seterusnya

 

Insentif Tunai Untuk Naikkan Semangat Atlet Wilayah Persekutuan Ke SUKMA

Wilayah Persekutuan menawarkan insentif RM2,500 bagi setiap atletnya yang berjaya merangkul pingat emas dalam acara individu pada Sukan Malaysia ke-12 (SUKMA) di Terengganu yang akan berlangsung dari 29 Mei hingga 9 Jun ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata insentif bagi atlet yang memenangi pingat emas dalam acara berpasukan pula akan diputuskan oleh majlis sukan Wilayah Persekutuan tidak lama lagi.
seterusnya

 

 

 

Tuanku Mizan Ketuai Cabaran Kejohanan Sirkit Kuda Lasak Malaysia

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini mengetuai cabaran pada Kejohanan Sirkit Kuda Lasak Malaysia edisi kedua di Taman Kuda Lasak Antarabangsa Terengganu di Lembah Bidong dekat sini.

Seri Paduka Baginda yang merupakan satu-satunya atlet negara yang telah berjaya mendapat dua sijil kelayakan penyertaan (COC) dan melayakkan diri untuk bertanding pada Kejohanan Kuda Lasak Dunia 2008 (WEC 2008) juga di sini November ini, akan beraksi dalam perlumbaan kategori 160km.
seterusnya

 

 

 

Kejohanan Sukan MASUM Fasa Kedua 

Kejohanan sukan MASUM fasa kedua Universiti Malaysia Sabah (UMS) masuk hari kedua hari ini.

 

Semalam Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Ir. Hj. Idris Haron telah menyempurnakan satu upacara pembukaan yang gilang gemilang yang diadakan di Stadium UMS. seterusnya

 

Tekanan Makin Memuncak Bagi Pasangan Beregu Tempah Tiket Ke Olimpik Beijing

Tekanan semakin memuncak bagi gandingan utama negara Choong Tan Fook/Lee Wan Wah untuk menempah tempat mewakili negara ke Sukan Olimpik Beijing pada Ogos ini.

Kecederaan bahu yang dialami Wan Wah semasa berlangsung pusingan akhir Piala Thomas di Jakarta minggu lepas, boleh mengakibatkan pasangan veteran itu terkeluar daripada saingan untuk memilih dua pasangan beregu utama lelaki yang layak ke Beijing.
seterusnya

 

 

Nigeria Dan Australia Bertemu Di Perlawanan Akhir Piala Antara Benua

Dua pasukan yang beraksi di Olimpik Beijing iaitu Nigeria dan Australia mara ke perlawanan akhir pada saingan bola sepak Piala Antara Benua setelah melepasi peringkat separuh akhir di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini malam ini.

Nigeria terlebih dahulu mengesahkan tempat ke perlawanan akhir apabila menewaskan Chile 2-1 hasil dua jaringan Moses Okoro Osadabamwen.
seterusnya

 

 

 

KBS Tak Jangka Masalah CYC

Kementerian Belia dan Sukan tidak menjangka Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan membenarkan penganjuran Kejohanan Piala Juara-juara Belia (CYC) di negara ini tahun ini kerana kejohanan itu tahun lepas berjalan lancar.

Menterinya Datuk Ismail Sabri berkata sehubungan itu kementerian membuat andaian tidak akan mempunyai masalah untuk menganjurkannya lagi tahun ini.
seterusnya

 

FAM Tidak Iktiraf CYC

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mengiktiraf Kejohanan Piala Juara Juara Belia (CYC) Ogos ini dan menyifatkan peruntukan RM17 juta untuk penganjur kejohanan itu sebagai merugikan.

Presiden FAM Sultan Ahmad Shah berkata FAM tetap tidak setuju dengan tindakan penganjur, Gifted Group Limited (GGL), membelakangkan badan sukan induk itu walaupun telah menerima surat penjelasan rasmi dari GGL.
seterusnya

 

Terengganu Banking on Hot Ganda Pair For Pencak Silat Supremacy

They hail from the same Kampung Jeram Manir in Kuala Terengganu and studied in the same school – Sekolah Menengah Kebangsaan Belara - and know each other like the back of their palm.

 

And its is because of that familiarity that Terengganu’s pencak silat team is counting on their Puteri Ganda pair of Kamilah Sulong, 23 and Maslinda Zakaria, 22 to continue with their winning ways as they gun for a 4-4-6 tally in the 12th SUKMA which begin here on May 31. seterusnya

 

 

Saidatul Leads Perak Bowling Charge

It was heartbreak for Perak at the last SUKMA in Kedah two years despite a 4-1-2 tally as it was not good enough to become the overall tenpin bowling champions – beaten by Sabah who won five golds.

 

This time around in the 12th edition of the SUKMA, Perak have come well armed and well prepared to wrest the overall title. seterusnya

 

Intercontinental Cup Semifinals

If Nigeria leave their striking boots at home, Chile, packed with imaginative and tricky players, might grab the berth to the final.

 

Skipper Roberto Cereceda’s left peg is dangerous in dead-ball situations, while in Gerardo Cortez and Daud Gazale, Chile has two players capable of following in the footsteps of Marcelo Salas and Ivan Zamorano. seterusnya

 

Nigeria Dan Ireland Layak Ke Separuh Akhir Piala Antara Benua

Nigeria mengesahkan tempat ke separuh akhir selaku juara kumpulan A setelah menumpaskan Iraq 1-0 pada saingan Piala Antara Benua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini hari ini.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, John Owoeri muncul wira Nigeria apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-90 untuk menceriakan lebih 1,000 penyokong mereka.
seterusnya
 

Australia Dan Chile Ke Separuh Akhir Piala Antara Benua

Australia layak ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Antara Benua apabila menjuarai Kumpulan B selepas menewaskan Togo 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini malam ini.

Bagaimanapun, perlawanan tersebut diberhentikan oleh pengadil China Liang Zhao pada minit ke-79 selepas pasukan Togo bermain dengan tujuh pemain selepas dua pemain mereka dilayangkan kad merah pada minit ke 61 dan 74.
seterusnya

 

Malaysia Seri Dengan Nigeria

Penyerang kebangsaan Mohd Safee Sali terus mempamerkan aksi konsisten apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 81 untuk menjadikan kedudukan seri 1-1 dengan Nigeria pada perlawanan kumpulan B, kejohanan Piala Antara Benua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini.

Safee yang menjaringkan dua gol ketika menentang Iraq dan Ireland sebelum ini menerima hantaran Norsharul Idlan Talaha yang mendada seterusnya merembat kencang di dalam kotak penalti untuk menjaringkan gol menewaskan penjaga gol lawan, Ikehukwli Eenwa.
seterusnya

 

Comprehensive Motorsports Development Programme Officially Launched

The most comprehensive grassroots motorsports development programme ever initiated in the country was officially launched by the Minister of Youth and Sports, Datuk Ismail Sabri Yaakob, here today.

 

The development programme, under the auspices of the Motorsports Association of Malaysia (MAM), involves six entry-level events that will create the ideal platform to encourage the participation of youngsters in various motorsports activities. seterusnya

 

Stunning Debut By Proton Axle

It usually takes a racing team months, if not years, to get their first win but Proton Axle showed that if determination and the will to succeed is overwhelming, anything is possible.


Formed less than two months ago, and managed by Malaysia's only Formula One driver Alex Yoong, the team scored a stunning success in the first two rounds of the ATCS 1500 Max at Sepang International Circuit by grabbing the top three positions in both rounds.
seterusnya

 

Bandar Penawar Sports School On A Hot Streak

Bandar Penawar Sports School remained unbeaten after five matches in the Ministry of Education Football League (MEFL) Under-14 competition with a convincing 2-0 win over Selangor in a Group B match on Saturday.

 

In the match played at Padang C in UiTM in Shah Alam, Bandar Penawar showed all-round strength to score both the goals in the first half. seterusnya

 

Bamber Races Away With Formula V6 Asia Title

Malaysian outfit, TPC Team Qi-Meritus, had a sensational day at the track today when Kiwi Earl Bamber secured a runaway victory in the Formula V6 Asia Championship at the Sepang Circuit today. Success was even sweeter for the team when defending champion James Grunwell took the third spot on the podium.

 

Bamber, from second spot on the grid, did not have the best of starts but managed to stay close to leader Armaan Ebrahim. "There was a chance of taking him at Turn 1 but I just could not get past him …  I continued to pressure him (Armaan)," said Bamber. seterusnya

 

 

Tuan Rumah Berbeza Bagi Piala Thomas Dan Uber 2010

Ketika Malaysia hampir pasti menjadi tuan rumah pusingan akhir Piala Thomas 2010, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) masih mengadakan perbincangan dengan dua negara bagi menjadi tuan rumah pusingan akhir Piala Uber.

Setiausaha Agung BWF Stuart Borrie berkata apabila mesyuarat agung tahunan (AGM) badan induk badminton dunia itu tahun lepas memutuskan untuk mengadakan Piala Thomas dan Piala Uber di tempat yang berlainan, Malaysia menjadi satu-satunya negara yang membida untuk acara lelaki (Piala Thomas).
seterusnya

 

Pemain Perlu Beri 100 Peratus, Kata B. Sathianathan

Jurulatih kebangsaan B. Sathianathan berharap para pemainnya dapat melakukan sesuatu dengan memberikan persembahan 100 peratus ketika menentang Nigeria pada perlawanan terakhir kumpulan A Piala Antara Benua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam esok.

"Ia merupakan perlawanan yang paling sukar kerana lawan (Nigeria) merupakan pasukan yang kuat dan telah pun menempah tiket ke Sukan Olimpik di Beijing Ogos depan," katanya kepada pemberita di sini hari Ahad.
seterusnya

 

Piala Malaysia Diteruskan

SELEPAS ura-ura saingan Piala Malaysia mungkin ditangguhkan gara-gara gejala rasuah yang kembali menjelma musim ini, Mesyuarat Eksekutif Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), semalam memutuskan untuk meneruskan juga pertandingan berprestij itu.
 

" Saingan Piala Malaysia musim ini akan bermula pada 11 Jun dan perlawanan akhir pada 21 Jun. Bagi saingan separuh akhir Piala FA ia akan diadakan pada 14 dan 17 Jun dan perlawanan akhir Piala FA pada 21 Jun, " kata Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin selepas majlis undian Piala Malaysia, semalam. seterusnya

 

India Tumpaskan Malaysia Tempah Tempat Ke Perlawanan Akhir

India menundukkan Malaysia 2-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk menempah tempat ke perlawanan akhir kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah kali ke-17 di Stadium Azlan Shah di sini, Sabtu.

India, pasukan ranking kesembilan dunia, akan bertemu Argentina pada perlawanan akhir Ahad.
seterusnya

 

FAM Belum Capai Kata Putus Tentang Penganjuran CYC

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) belum memutuskan sama ada mahu mengiktiraf atau tidak kejohanan bola sepak Piala Juara-juara Belia (CYC) yang akan diadakan di negara ini dari 2 hingga 16 Ogos depan.

Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin berkata mesyuarat Exco FAM yang dipengerusikan Presiden, Sultan Ahmad Shah petang Sabtu memutuskan untuk tidak membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.
seterusnya

 

Kejohanan MASUM Fasa 1 Melabuhkan Tirainya

Kejohanan MASUM fasa 1 telah melabuhkan tirainya hari ini setelah lima hari mengharungi cabaran.

 

Satu upacara ringkas penutup diadakan di Auditorium Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya yang disempurnakan oleh Naib Cancelor UM Prof. Datuk Rafiah Salim. seterusnya

 

Menteri Belia Dan Sukan Terkilan Dengan Kegagalan Pasukan Piala Thomas

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob berasa terkilan dengan prestasi pasukan Piala Thomas di Jakarta berikutan kekalahan 2-3 mereka kepada China 2-3 dalam perlawanan separuh akhir hari ini.

Sebagaimana rakyat Malaysia yang lain, beliau juga berpendapat bahawa Malaysia seharusnya berjaya mara ke perlawanan akhir selepas bermula dengan baik apabila pemain perseorangan negara, Lee Chong Wei, yang juga pemain nombor dua dunia, mengutip mata pertama selepas mengalahkan seterunya pemain nombor satu dunia Lin Dan dengan permainan straight sets 21-12, 21-14.
seterusnya

 

Pelbagai Reaksi Mengenai Kekalahan Malaysia Kepada China

Berikut adalah reaksi pegawai, jurulatih dan pemain Malaysia selepas tewas 2-3 kepada China di peringkat separuh akhir, Pusingan Akhir Piala Thomas yang berlangsung di Stadium Tertutup Istora Senayan, di sini malam ini: seterusnya

 

Berakhir Sudah Perjuangan Malaysia

Malaysia gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Thomas setelah tewas 2-3 kepada penyandang juara China dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Tertutup Istora Senayan di sini Jumaat.

Malaysia, yang diletakkan sebagai pilihan ketiga, kini perlu menunggu dua tahun lagi untuk mengakhiri kemarau 16 tahun bagi memenangi piala, yang kali terakhir dibawa pulang ke Kuala Lumpur pada 1992.
seterusnya

 

Sanjeev's Inside Track

He is used to doing his talking in front of the camera but this weekend, Sanjeev Palar will fulfil every boy's dream when makes his racing debut for Proton Axle Racing Team in the Asian Touring Car Super 1500Max Challenge or 1500Max for short at the Sepang International Circuit.


The 1500Max is a new category in Asian Festival of Speed's (AFOS) and is a competition for normally aspirated cars below 1599cc, such as the Honda Jazz, Peugeot 206, Toyota Vios, Proton Gen 2 or Saga, Suzuki Swift, Chevrolet Aveo and the like.
seterusnya

 

Kejohanan MASUM Fasa 1 Bakal Melabuh Tirai

Kejohanan MASUM fasa 1 semakin menuju penghujung sebelum tirai dilabuhkan esok dalam satu upacara penutup yang akan diadakan di Universiti Malaya(UM).

 

Kemudian mereka akan terbang ke Universiti Malaysia Sabah(UNIMAS) untuk menyambung fasa kedua yang akan bermula daripada 21 Mei hingga 28 Mei 2008. seterusnya

 

Meritus In Strong Position To Defend Championship Lead

Team Meritus put themselves in a strong position to defend their lead in the Formula BMW Pacific Championship by securing two of the top three slots in final qualifying session during the Asian Festival of Speed at the Sepang Circuit here this evening.

 

Championship leader Simon Moss clocked the second fastest time of 2 minutes 12.542 seconds while newcomer to the team, Kazeem Manzur, stunned the field when he crossed the line with the third fastest time of the qualifying session. seterusnya

 

 

Indonesia Bertemu China Dalam Perlawanan Akhir Piala Uber

Juara bertahan, China akan bertemu Indonesia dalam perlawanan akhir kejohanan badminton Piala Uber, yang akan diadakan di Stadium Tertutup Istora Senayan, Sabtu ini.

Dalam pertemuan separuh akhir hari ini, China menewaskan Korea Selatan 3-1 manakala tuan rumah Indonesia pula menumpaskan Jerman 3-1 untuk mengesahkan tempat masing-masing pada perlawanan akhir.
seterusnya

 

Sukma Jadi Medan Pemilihan Bagi Menyertai Skuad Pelapis Negara

Sukan Malaysia ke-12 (Sukma) yang akan berlangsung di Terengganu mulai 30 Mei ini akan menjadi medan pemilihan bagi mengisi kekosongan dalam skuad pelapis tinju negara.

Setiausaha Agung Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM), Mejar (B) Maulud Othman berkata sekurang-kurangnya 10 peninju terbaik daripada temasya dwi-tahunan itu akan dipilih untuk menyertai skuad pelapis negara.
seterusnya

 

Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia ( MASUM ) Fasa 1

Universiti Malaya Kuala Lumpur telah dipilih menjadi tuanrumah sukan MASUM fasa pertama yang berlangsung daripada 12 Mei hingga 17 Mei 2008.

 

Sementara fasa kedua akan diadakan di universiti malaysia sabah bermula daripada 21 Mei hingga 28 Mei 2008.

 

Sebanyak 20 institusi pengajian awam (IPTA) mengambil bahagian yang melibatkan sembilan acara dipertandingkan. seterusnya

 

Pertemuan Dengan China Tentukan Hidup Mati Malaysia - Kim Hock

Pasukan Malaysia menggalas misi hidup matinya apabila bertemu China pada perlawanan separuh akhir Piala Thomas di Stadium Istora Senayan Jumaat ini.

Ketua jurulatih Malaysia Yap Kim Hock berkata walaupun di atas kertas, pasukan pilihan utama dan juara bertahan China terlalu kuat bagi Malaysia, namun beliau percaya kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang sama banyak untuk menang.
seterusnya

 

Malaysia Layak Ke Separuh Akhir Bertemu China

Malaysia memerlukan hanya 100 minit untuk menewaskan Jepun 3-0 bagi melangkah ke separuh akhir Piala Thomas di Stadium Tertutup Istora Senayan di sini hari Rabu.

Dalam separuh akhir Jumaat ini, Malaysia selaku pilihan ketiga, akan berdepan juara bertahan dan pilihan pertama China, yang menundukkan Thailand 3-0.
seterusnya

 

Piala Uber Terkubur

Hajat Malaysia untuk mencipta sejarah melangkah ke separuh akhir Piala Uber terkubur apabila tewas 1-3 kepada Korea Selatan dalam saingan suku akhir di Stadium Tertutup Istora Senayan, di sini, Rabu malam. Mata tunggal Malaysia disumbangkan oleh pemain perseorangan utama negara, Wong Mew Choo yang menewaskan Hwang Hye Youn 21-16, 21-5.

Gandingan Lim Pek Siah/Wong Pei Tty bagaimanapun gagal menyumbang mata kedua apabila kalah 13-21, 4-21 kepada pasangan Lee Hyo Jung/Kim Min Jung.
seterusnya

 

Meritus set to claim the spoils in bumper week or racing

There is going to be a bumper round of races this weekend and defending champions Team Meritus is determined to claim the lion's share of the spoils in the five scheduled Formula BMW Pacific Championship races which ends on Sunday.

 

Team Meritus, the most successful racing outfit in Asia with 27 titles, won the driver's and team championships last year and are determined to continue their winning ways again this season. And with five rounds of racing here on their home ground, Meritus knows this week offers the best chance to open up a comfortable lead in the championships. seterusnya

 

Muhd Syawal Ismail's Eyes National Team

Muhd Syawal Ismail hopes to use his exposure in the 100Plus National Badminton Junior Grand Prix Championships as a stepping stone to the national team.

 
The Selangor player today reached the final of the Boys' Under-18 final, where he will face Johor's Teo Kok Siang. seterusnya

 

Pasangan Kien Keat-Boon Heong Dan Nicol Dimahkota Olahragawan Dan Olahragawati 2007

Juara beregu Kejohanan badminton All England 2007 Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, dan pemain skuasy wanita nombor satu dunia Nicol David, hari Selasa dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2007 pada majlis penyampaian anugerah Sukan Negara di sini malam ini.

Kien Keat-Boon Heong mengenepikan 12 atlet lain bagi merangkul anugerah itu berdasarkan kepada persembahan mereka yang cukup memberangsangkan tahun lepas, yang menyaksikan mereka berjaya menduduki ranking teratas dunia selepas memenangi Malaysian Open, Korean Open, juara beregu lelaki All England yang menamatkan penantian 25 tahun, dan juga Swiss, Macau, Danish serta Philippines Open.
seterusnya

 

Helah Korea Selatan Untuk Mara Ke Separuh Akhir

Korea Selatan yang mahu mara ke separuh akhir sanggup menurunkan pemain lemah dan memecahkan pemainnya ketika menentang England dan Malaysia pada kejohanan Piala Thomas di Istora Senayan di sini hari Isnin.

Ia bertujuan agar mereka kalah kepada kedua-dua pasukan dan menduduki tangga tercorot dalam Kumpulan B dan akan bertemu satu lagi pasukan lemah Kanada di pusingan kedua esok tetapi masih menempah tempat ke separuh akhir untuk bertemu tuan rumah Indonesia.
seterusnya

 

Malaysia Layak Ke Suku Akhir

Malaysia menempah tempat ke suku akhir selepas menewaskan Korea Selatan 4-1 malam ini untuk mengungguli Kumpulan B kejohanan Piala Thomas di Stadium Tertutup Istora Senayan di sini.

Mereka perlu menewaskan Jepun dan Jerman pada peringkat suku akhir Rabu ini untuk meneruskan laluan ke separuh akhir pada Jumaat untuk bertemu juara bertahan China.
seterusnya

 

 

 

Argentina Terlalu Kuat Untuk Malaysia

Malaysia dibelasah 5-0 oleh Argentina dalam perlawanan ketiga mereka pada kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-17 di Stadium Azlan Shah di sini hari Isnin.

Argentina memperolehi gol pertama pada minit ke-18 menerusi flick penyerang Facundo Callioni yang menewaskan penjaga gol Malaysia, S. Kumar.
seterusnya

 

Nicol Kalahkan Natalie Untuk Ke Perlawanan Akhir Terbuka British

Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Nicol David dengan mudah menewaskan