Laman Utama

  
   EDISI :
.
 
 

 

PERSONALITI MEDIASUKAN BULAN INI

 

Nama Esther Cheah

Umur 22 Tahun
Asal Selangor
Tarikh Lahir 31 Mac 1986
Acara Bowling
Pendidikan  

Tahun 2, Pengkhususan
Psikologi, Program Ijazah
Amerika, Kolej Damansara Utama

 

Pencapaian

2006

1 Emas - Individu Wanita Sukan Asia Doha

1 Emas - Berkumpulan Wanita Sukan Asia Doha

1 Perak - Berpasangan Wanita Sukan Asia Doha

1 Perak - Master Wanita Sukan Asia Doha

1 Perak - All Events Wanita Sukan Asia Doha

 

2005
Juara individu - Kejohanan Bowling Wanita Dunia

Juara - Terbuka Thailand
 

2004
Naib juara - Remaja All Star
 

2003
Dua Perak - Kejohanan Sekolah Asia


2002
Dua Gangsa - Sukma Juara - Sirkit Remaja Selangor

Gangsa - Sekolah Asia

 

SEMUANYA bermula ketika Malaysia menjadi tuan rumah pertama Kejohanan Piala Dunia Berpasukan pada 1994 di Kent Bowl, Petaling Jaya.

Esther seperti peminat bowling cilik yang lain tidak mahu terlepas mendapatkan tandatangan daripada pemain handalan yang beraksi dan sebagai balasan dia mendapat pin tanda kenangan daripada mereka.

Sejak itu Esther mula seronok dan setiap kali berlangsungnya kejohanan dia tidak akan melepaskan peluang mendapatkan pin yang kebiasaannya melambangkan sesuatu kejohanan. Pin diperoleh itu disimpan dalam kotak khas, manakala ada juga dilekatkan di beg sekolah.

“Ada kawan yang meminta pin daripada saya tetapi saya tidak bagi kerana saya ada satu pin untuk satu kejohanan saja dan sekiranya diberi susah hendak mendapatkan pin yang sama.

“Saya tidak pernah membeli pin ini sebaliknya semua adalah hasil pemberian orang dan kerana itu ia amat berharga buat saya.

"Memandangkan sudah lama saya mengumpul pin ini jadi saya pun tidak ingat berapa jumlahnya,” katanya sambil menyusun pin di atas meja.

Selain mengumpul pin, Esther yang mula mendapat peluang beraksi di luar negara tidak melepaskan peluang membeli kemeja-T Hard Rock Cafe dari negara yang dikunjungi.

Bagaimanapun kerana dia masih baru menyertai skuad kebangsaan bilangannya masih sedikit dan keseronokan itu dia berkata akan membelinya lagi sekiranya beraksi di luar negara.

Sementara itu, Esther juga gemar membaca komik dan ketika kunjungan epg ke rumahnya kelihatan beberapa jilid komik Pedang Setiawan tersusun di meja.

Menurut Esther dia gemar menghabiskan masa lapangnya dengan membaca komik yang menjadi kegemaran kebanyakan remaja itu.

“Minat membaca komik ini kerana terikut dengan kedua-dua abang saya. Mereka terlebih dulu membacanya dan kemudian saya tidak melepaskan peluang untuk mengikutinya.

“Bila dah baca mula terasa keseronokan dan sekiranya terlepas satu keluaran rasa macam ketinggalan dan saya akan berusaha mendapatkan jilid yang tertinggal itu.

“Koleksi komik ini memang banyak dalam simpanan dan saya serta abang sama-sama menyimpan dalam satu almari,” kata pemain berusia 19 tahun itu.

Dipetik dari EPG

E-mail artikel ini kepada rakan  

Cetak laman ini  
 

 

 
 
   
Khoo Cai Lin

JIKA tidak kerana ibunya mahu menyembuhkan penyakit asma yang dihidapi kakak sulongnya kira-kira 14 tahun lalu, tentu Khoo Cai Lin tidak bergelar perenang kebangsaan.lagi berkaitan Khoo Cai Lin

 
   
Lee Chong Wei

 

Anak muda kelahiran Bukit Mertajam ini tidak asing lagi bagi para peminat sukan badminton tanah air, setelah muncul pemain perseorangan negara paling cemerlang sejak limat tahun yang lalu. lagi berkaitan Lee Chong Wei

 
   
Mohd Safee Mohd Sali

Safee Sali, nama yang semakin hari semakin hangat diperkatakan di kalangan peminat bolasepak tempatan, kini tidak dinafikan permata baru bolasepak negara ekoran sentuhan penyudahnya yang cukup tajam di depan gawang lawan. lagi berkaitan Safee

 
 
Nicole Ann David

Nicol Ann David, anak kelahiran Pulau Mutiara mula bermain skuasy semasa berumur 5 tahun dan menyertai pertandingan semasa berumur 8 tahun, maka tidak hairanlah jika gadis yang menjangkau usia 25 tahun ini  amat sukar untuk ditundukkan lawan semasa digelanggang. lagi berkaitan Nicole