Laman Utama

  
   EDISI :
.
 
 

 

PERSONALITI MEDIASUKAN JANUARI 2008

 

Nama Khoo Cai Lin
Umur 19 Tahun
Tarikh Lahir 25 Disember 1988
Asal Selangor
Adik Beradik Bongsu daripada tiga beradik
Acara Renang 400m dan 800m
  Pencapaian Terbaik - 2007 Emas ( 800m ), Emas ( 400m ) Sukan Sea Thailand

- 2005 dua emas, satu perak - Terbuka Malaysia

- 2005 satu emas Kejohanan Renang Kebangsaan Singapura

- 2003 satu gangsa (800m gaya bebas) Sukan Sea Vietnam

CAI LIN PERMATA BARU SUKAN RENANG NEGARA

 

JIKA tidak kerana ibunya mahu menyembuhkan penyakit asma yang dihidapi kakak sulongnya kira-kira 14 tahun lalu, tentu Khoo Cai Lin tidak bergelar perenang kebangsaan.

Cai Lin yang ketika itu baru berusia tiga tahun turut diberi pendedahan belajar renang bersama dua orang kakaknya dan usaha ibunya membuahkan hasil apabila dia dan dua kakaknya dapat menguasai acara itu dan penyakit asma yang dihidapi kakak sulongnya itu turut sembuh.

Apapun ketika kedua kakaknya sekadar beraksi sehingga peringkat sekolah, Cai Lin pula meneruskan penguasaan dan kemudiannya diserap dalam skuad remaja dan menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 2003.


Cai Lin memulakan penglibatan dalam renang menerusi renang berirama tetapi kemudian beralih kepada pertandingan renang jarak jauh. Dia dilatih oleh Gavin Urquhart dari Australia.
 

“Saya mula belajar renang ketika berusia tiga tahun dengan menyertai Kelab Syabas di Petaling Jaya dan seterusnya di Pusat Akuatik Darul Ehsan di Shah Alam.

 

Pada sukan SEA Korat lalu, perenang berusia 19 tahun itu mencipta rekod baru dalam acara 400m dan 800m gaya bebas wanita dengan catatan 4:18.20 dan 8:47:80, mengatasi catatan lama 4:19.13 dan 8:58.88.

 

Catatannya dalam 800m gaya bebas telah memadamkan rekod kebangsaan 8:47.98 yang dilakukan legenda renang wanita negara, Nurul Huda Abdullah dalam pertandingan di China pada 1988.

 

Sukan SEA Korat adalah yang ketiga buat Cai Lin. Dia membuat penampilan pertama pada Sukan SEA 2003 di Hanoi dengan hanya menang satu pingat gangsa (800m gaya bebas) tetapi gagal memenangi sebarang pingat pada Sukan SEA Manila dua tahun lepas kerana demam panas dan selesema.

 

Selepas berakhirnya acara renang Sukan SEA Korat, perenang kelahiran Selangor itu berkata dia akan ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya dan bertanding dalam pertandingan pra-Olimpik pada Januari depan.

 

“Saya berharap untuk layak dalam lebih banyak acara dan menang pingat pada Sukan Olimpik tahun depan,” katanya.

Dia sudah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Beijing dalam acara kegemarannya, 400m dan 800m gaya bebas.

 

E-mail artikel ini kepada rakan  

Cetak laman ini