Pencapaian Terbaik 2007 - Jan 2008
20 Jan 2008 - Juara Siri Super Terbuka Proton Malaysia, Kuala Lumpur
26 Nov 2007 - Naib Juara Siri Super Terbuka China, Guanzhou.
4 Nov 2007 - Juara Terbuka Perancis, Paris.
28 Okt 2007 - Separuh Akhir Terbuka Denmark, Odense
16 Sept 2007 - Juara Terbuka Jepun, Tokyo
22 Jul 2007 - Juara Terbuka Filipina
14 Jul 2007 - Separuh Akhir Terbuka China, Cheng Du
13 Mei 2007 - Juara Terbuka Indonesia, Jakarta
11 Feb 2007 - Juara Malaysian National Championship, Kuala Terengganu
Karier
Anak
muda
kelahiran
Bukit
Mertajam
ini
tidak
asing
lagi
bagi
para
peminat
sukan
badminton
tanah
air,
setelah
muncul
pemain
perseorangan
negara
paling
cemerlang
sejak
limat
tahun
yang
lalu.
Chong
Wei mula
mencipta
nama
setelah
kejayaannya
mengungguli
Terbuka
Malaysia
2004,
dan yang
menariknya
Chong
Wei
tidak
pernah
tewas
kepada
rakan
senegara
untuk
tempoh
tiga
tahun,
sebelum
tewas
kepada
Roslin
Hashim
pada
kejohanan
Terbuka
Korea
2006.
Chong
Wei
memenangi
gelaran
Terbuka
Malaysia
tiga
tahun
berturut-turut
(2004 –
2006),
di mana
pada
tahun
2006,
Chong
Wei
bangkit
dari
ketinggalan
13-20,
meraih
lapan
mata
berturut-turut
untuk
mengejutkan
juara
dunia
2006,
Lin Dan,
pada
aksi
yang
berkesudahan
23-21,
dengan
kejayaannya
disifatkan
sebagai
antara
kebangkitan
paling
menakjubkan
dalam
sejarah
badminton
dunia.
Sebelum
itu,
pada
tahun
2005,
Chong
Wei
menundukkan
juara
Olimpik,
Taufik
Hidayat.dan
jaguh
China,
Lin Dan
untuk
mempertahankan
gelaran
Terbuka
Malaysia.
Kecemerlangan
Chong
Wei
berterusan
apabila
dia
memenangi
pingat
emas
acara
perseorangan
dan
membantu
meraih
emas
acara
berpasukan
pada
temasya
Sukan
Komanwel
2006.
Pada
acara
perseorangan,
Chong
Wei
menundukkan
rakan
senegara,
Wong
Choon
Hann
dalam
aksi
straight
set, di
mana
Sukan
Komanwel
2006
merupakan
kejohanan
pertama
menggunakan
sistem
kiraan
21 mata.
Kejayaan
Chong
wei
tidak
terhenti
di situ,
sebaliknya
Chong
Wei
kemudiannya
mengungguli
Kejohanan
Badminton
Asia
yang
berlangsung
di
Malaysia,
sebelum
memenangi
anugerah
Atlit
Terbaik
bagi
tahun
2005.
Kekalahan
tiga set
kepada
Bao
Chunlai,
setelah
mendominasi
set
pertama
di suku
akhir
Kejohanan
Badminton
Dunia
2006
jelas
mengecewakan
peminat-peminat
badminton
tanha
air,
yang
menyaksikan
betapa
Chong
Wei
melakukan
kesilapan-kesilapan
mudah
yang
seharusnya
boleh
dielakkan
pada set
pertama.
Walaupun
menang
set
kedua
dengan
mudah,
Chong
Wei
gagal
mengenepikan
tekanan
pada set
ketiga
pada
ketika
kedudukan
terikat
18-18
sebelum
tewas
perlawanan
tersebut.
Sesuatu
yang
menarik,
walaupun
tewas
kepada
Chunlai,
rekod
pertemuan
antara
kedua-dua
pemain
ini
sebenarnya
memihak
kepada
Chong
Wei 8-0
sebelum
bermula
kejohanan,
dan dia
sebenarnya
beraksi
di
kejohanan
ini
selaku
pilihan
pertama
kejohanan,
serta
pemain
nombor
satu
dunia.
Prestasi
buruk
Chong
Wei
kemudiannya
disusuli
aksi
kurang
bertenaga
pada
saingan
Terbuka
Jepun
2006, di
mana dia
dijinakkan
jaguh
Indonesia,
Taufik
Hidayat,
yang
sekaligus
menyaksikan
gelaran
nombor
satu
dunia
terlepas
dari
genggamannya.
Chong
Wei
berjaya
mengembalikan
semua
keyakinan
peminat
terhadapnya
setelah
menewaskan
Bao
Chunlai
pada
perlawanan
akhir
Terbuka
Djarum
Indonesia,
yang
mana
kekalahannya
kepada
Chunlai
pada
Kejohanan
Badminton
Dunia di
Madrid
disifatkan
sebagai
permulaan
kemerosotan
prestasinya.
Chong
Wei
kemudiannya
terus
cemerlang
di
Kejohanan
Piala
Sudirman
2007,
menewaskan
semua
lawannya
dalam
aksi
straight
set,
termasuk
Lin Dan,
sebelum
mendominasi
perlawanan
pada
ketika
bertemu
Chen
Hong di
perlawanan
akhir
Terbuka
Filipina
2007.
Bagaimanapun,
kejayaan
yang
diharap
akan
berterusan
sebaliknya
menjadi
kenangan
pahit
buatnya
di
Kejohanan
Dunia
2007
yang
berlangsung
di Kuala
Lumpur,
apabila
Chong
Wei
tersingkir
dari
kejohanan
itu pada
peringkat
16
terakhir
setelah
tewas
kepada
Sony Dwi
Kuncoro.
Namun,
kehampaan
itu
pantas
dihapuskannya
apabila
mengecewakan
Lin Dan
untuk
menjuarai
Terbuka
Jepun.
Chong
Wei
meneruskan
rentak
cemerlangnya
dengan
mengungguli
saingan
Terbuka
Perancis
dengan
menundukkan
Chunlai,
setelah
dikecewakan
lawan
yang
sama
seminggu
sebelumnya
di
separuh
akhir
Terbuka
Denmark.
Satu
lagi
pertemuan
antara
Chong
Wei dan
Chunlai
pada
perlawanan
akhir
Terbuka
China
menyaksikan
Chunlai
berjaya
menebus
kekalahannya.
Kejayaan
terbaru
Chong
Wei
adalah
memenangi
kejuaraan
Terbuka
Malaysia
2008
menewaskan
jaguh
Korea,
Lee Hyun
il di
perlawanan
akhir,
dan
menarik
diri
pada
pusingan
kedua
Terbuka
Korea
menentang
lawan
yang
sama
pada 23
Januari
lalu.
Gaya dan
Kelebihan
Atribut
Chong
Wei yang
sememangnya
diketahui
umum
adalah
pukulan
smash
silang
ke sudut
sukar
gelanggang
dengan
menggunakan
kepala
raketnya
serta
daya
pertahanan
yang
cukup
menakjubkan.
Chong
Wei
gemar
menyelamatkan
pukulan
smash
dengan
merebahkan
diri
untuk
menyelamatkan
mata,
dan
bingkas
bangun
untuk
meneruskan
rallynya.
Chong
Wei juga
dikenali
dengan
gerak
kaki
yang
cukup
efisien
yang
menjadikannya
salah
seorang
pemain
perseorangan
yang
cukup
pantas
di
gelanggang.
Kekuatannya
di set
ketiga,
setelah
mengembalikan
kecergasannya
ke
puncak,
serta
pukulan
padu
yang
cukup
mengelirukan
amat
digeruni
pihak
lawan
namun
bila
disentuh
soal
kelemahan,
Chong
Wei
kadang-kadang
melakukan
banyak
kesilapan
pada
saat-saat
yang
tidak
genting,
terperangkap
di sudut
hujung
gelanggang,
dan
menghadapi
kesukaran
menamatkan
rally
yang
panjang
pada
ketika
dia
mempunyai
kelebihan.