Peribadi
Safee Sali, nama yang semakin hari semakin hangat diperkatakan
di
kalangan
peminat
bolasepak
tempatan,
kini
tidak
dinafikan
permata
baru
bolasepak
negara
ekoran
sentuhan
penyudahnya
yang
cukup
tajam di
depan
gawang
lawan.
Dilahirkan di Kajang, Selangor tetapi dibesarkan di Tapah,
Perak ,
Safee
digelar
pe'e di
kalangan
rakan-rakan
sepasukannya.
Karier
Safee
terpilih
mewakili
skuad
Projek
FAM 2004
bertanding
dalam
Piala
Nike
Bawah 14
yang
berlangsung
di
Padang
Pusat
Latihan
Polis (Pulapol)
Kuala
Lumpur
pada
tahun
1999.
Karier
antarabangsanya
terus
menyinar
setelah
dipilih
mewakili
skuad
kebangsaan
Bawah 20
kendalian
Jorvan
Vieira
menyertai
Kejohanan
Bawah 20
tahun
Asia
Kumpulan
10 di
Stadium
Shah
Alam
pada
tahun
2002.
Setahun
kemudiannya,
Safee
mewakili
skuad
senior
Kuala
Lumpur
dalam
aksi
Liga
Perdana
Dua buat
pertama
kali
pada
perlawanan
menentang
Tentera
di
Stadium
KLFA
pada 16
Februari,
dan
hanya
memerlukan
57 minit
untuk
menjaringkan
gol
sulungnya
dalam
Liga
Malaysia
sekaligus
membantu
Kuala
Lumpur
menang
2-0.
Safee
turut
beraksi
untuk
skuad
Bawah 21
Malaysia
yang
menyertai
Kejohanan
Belia
Antarabangsa
Malaysia
di
Stadium
Bukit
Jalil
melibatkan
pasukan
Brazil,
Portugal
dan
Korea
Selatan
pada
tahun
yang
sama.
Pada
tahun
2004,
Safee
menjaringkan
satu gol
ketika
pasukan
Malaysia
B-23
menewaskan
Maldives
2-0
dalam
perlawanan
persahabatan,
dan pada
3 Mac,
beraksi
bersama
skuad
B-23
Malaysia
yang
tewas
1-4
kepada
Iran
pada
perlawanan
pembukaan
pusingan
akhir
Pra-Olimpik
Kumpulan
A zon
Asia di
Stadium
MPPJ.
Pada 20
Mac
2004,
Safee
masuk
selaku
pemain
gantian
sebelum
melakukan
umpanan
cantik
kepada
Akmal
Rizal
Rakhli
bagi
membolehkan
skuad
B-23
mengikat
China
1-1 di
Pusat
Sukan
Wuhan
dalam
perlawanan
pusingan
akhir
Pra-Olimpik
Kumpulan
A zon
Asia,
dan
turut
beraksi
pada
perlawanan
menentang
Korea
Selatan
dalam
kumpulan
yang
sama
Safee
merupakan
antara
30
pemain
yang
dipanggil
untuk
menjalani
latihan
pusat
sebagai
persiapan
menghadapi
Sukan
Perpaduan
Islam
yang
diadakan
di Arab
Saudi
pada 8
hingga
20 April
oleh
jurulatih
Bertalan
Bicskei
pada
tahun
2005.
Pada
tahun
yang
sama,
safee
membantu
Kuala
Lumpur
mara ke
separuh
akhir
Piala FA
sebelum
tewas
kepada
Perak
dan
meraih
tempat
keempat
di
Kejohanan
Bolasepak
Persekutuan
Asean (AFF)
bersama
skuad
bawah 23
tahun
negara
di
Stadium
Thepasan,
Bangkok,
selepas
tewas
kepada
Myanmar
2-4
menerusi
sepakan
penalti
dalam
perlawanan
penentuan
tempat
ketiga
dan
keempat
Safee
berhijrah
ke
Sarawak
pada
musim
2005/2006
dan
membentuk
gandingan
serangan
bersama
penyerang
Indonesia
Kurniawan
Dwi
Yulianto
di mana
bekas
majikannya
Persatuan
Bola
Sepak
Kuala
Lumpur (KLFA)
menerima
RM70,000
untuk
perpindahan
tersebut.
Lebih
menarik,
Safee
menjaringkan
satu gol
ketika
skuad
negara
tewas
2-1
kepada
New
Zealand
dalam
perlawanan
bola
sepak
persahabatan
di
Stadium
Pelabuhan
Utara di
Auckland
dan
mencipta
hatrik
ketika
membantu
Sarawak
membenam
skuad
bawah 23
tahun
Singapura
dalam
perlawanan
suku
akhir
Piala
FA,
bagaimanapun
Sarawak
tewas
dengan
kiraan
agregat
6-8 pada
perlawanan
tersebut.
Safee
turut
mewakili
skuad
Malaysia
pada
perlawanan
persahabatan
menentang
Singapura
di
Stadium
Tuanku
Abdul
Rahman
Paroi
yang
berkesudahan
0-0
(Malaysia
tewas
penalti
7-8)
pada 3
Jun
2006.
Musim
2006/2007
menyaksikan
Safee
beralih
angin ke
Selangor
dan
membuat
penampilan
pertama
bersama
skuad
Selangor
ketika
menentang
Pahang
di
Stadium
Shah
Alam
pada 24
Mac.
Sentuhan
awalnya
yang
masuk
sebagai
pemain
gantian
membolehkan
rakan
serangan,
Akmal
Rizal
menjaringkan
gol
kedua
Selangor.
Mewakili
Malaysia
di Piala
Asia
2007,
namun
aksinya
tidak
begitu
menyerlah
berikutan
keputusan
jurulatih
Malaysia
ketika
itu,
Norizan
Bakar
yang
lebih
banyak
menurunkan
Hairudin
Omar,
Akmal
Rizal
dan
Indra
Putra
Mahyuddin
di
barisan
serangan.
Safee
dilayangkan
kad
merah
pada
pertemuan
menentang
Myanmar
pada
ketika
perlawanan
baru
berusia
40 saat,
yang
menyaksikan
Malaysia
tewas
1-2,
namun
Safee
berjaya
menebus
kehampaannya
dengan
membantu
Malaysia
menjuarai
Pestabola
Merdeka
2007
menewaskan
lawan
yang
sama 3-1
di
perlawanan
akhir,
dan
muncul
penjaring
terbanyak
kejohanan
tersebut.
Bermulanya
musim
baru
liga
super,
menyaksikan
Safee
sudahpun
meletakkan
dirinya
selaku
penyerang
terbaik
negara
masa
kini,
dan pada
ketika
wartawan
MediaSukan
menyiapkan
slot
personaliti
sukan
ini,
Safee
sudahpun
menjaringkan
13 gol
setakat
ini
dalam
saingan
Liga
Super
termasuk
Piala
FA.

Atitud
Yang
Perlu
Diberi
Perhatian
Panas
baran –
Kad
merah
yang
diterimanya
pada
ketika
perlawanan
baru
berusia
40 saat
ketika
menentang
Myanmar,
menimbulkan
satu
persepsi
negatif
di
kalangan
peminat
mengenai
pemain
ini,
setelah
bertindakbalas
dengan
menyiku
pemain
Myanmar
yang
cuba
menghalang
pergerakannya,
namun
Safee
berjaya
menawan
semula
hati
peminat
dengan
aksi
mantapnya
bergandingan
bersama
Zaquan
Adha
untuk
membantu
pasukan
negara
menjuarai
Pestabola
Merdeka.
Satu
lagi kad
merah,
kali ini
pada
perlawanan
menentang
Terengganu
di
Stadium
Shah
Alam
pada 1
Mar lalu,
yang
berkesudahan
seri
tanpa
jaringan,
juga
akibat
dari
sikap
panas
barannya
yang
bertindakbalas
terhadap
kekasaran
yang
dilakukan
pemain
lawan,
menyaksikannya
hanya
mampu
menjadi
penonton
untuk
dua aksi
berikutnya.
Trademark
Strike
Rembatan
jauh
dari
luar
kotak
penalti.
Sepakan
lambung
pada
ketika
penjaga
gol
sudah
terkeluar
dari
posisi.