Laman Utama

  
   EDISI :
.
 
 

 

PERSONALITI MEDIASUKAN

 

Nama Nicole Ann David

Umur 25 Tahun
Asal Pulau Pinang
Tarikh Lahir 26 Ogos 1983
Acara Skuasy
Gelaran Pink Duracell Bunny
Ranking Dunia Pertama

 

Nicol Ann David, anak kelahiran Pulau Mutiara mula bermain skuasy semasa berumur 5 tahun dan menyertai pertandingan semasa berumur 8 tahun, maka tidak hairanlah jika gadis yang menjangkau usia 25 tahun ini  amat sukar untuk ditundukkan lawan semasa digelanggang.

Bakat Nicole dalam sukan skuasy mula dilihat oleh Miss Ee Phoeh Hoon semasa Nicole sedang menjalankan latihan bersama kakaknya di Pusat Skuasy Bukit Dumbar yang kemuadiannya telah memilih Nicole untuk mewakili Pulau Pinang dalam kejohanan skuasy peringkat kebangsaan. Penyertaan peringkat antarabangsanya ialah pada tahun 1994 apabila menyertai kejohanan skuasy bawah 13 tahun di Hong Kong. Bermula dari sini nama Nicole terus harum di dalam sukan skuasy.  

Pada tahun 2005, Nicole mengejutkan dunia apabila menjadi pemain termuda  dan pemain Asia pertama menjuarai Terbuka British setelah menewaskan juara dunia pada ketika itu Rachel Grinham.

Pada tahun 2006, anak perempuan kepada pasangan Desmond David dan Ann Marie David ini telah berjaya menduduki ranking pertama pemain skuasy wanita dunia.

Nicole terus mencipta kejayaan demi kejayaan seperti WISPA player of the year untuk tahun 2006 dan 2007, Olahragawati kebangsaan bagi tahun 2006 dan 2007. Pada tahun 2005, Nicole menjuarai 7 kejohanan WISPA, pada tahun 2006 beliau memenangi 6 kejohanan WISPA dan memenangi 8 kejohanan pada tahun 2007.

Pada Disember 2007, Ratu Skuash negara ini , yang juga pemain no.1 dunia, telah dinobatkan sebagai Olahragawati Asia pada Majlis Anugerah Sukan Asia yang pertama kali diperkenalkan oleh Asian Sports Press Union..Nicol menewaskan dua calon lain, Paweena Thongsuk (Angkat Berat) dari Thailand, dan Jin Sun Yu (Sukan Musim Sejuk) dari Korea Selatan. Pengiktirafan buat Nicol hadir berikutan kecemerlangannya dalam arena skuash antarabangsa, termasuk menjuarai Terbuka Britain, Kejohanan Dunia, Terbuka Qatar Airways, Terbuka Malaysia, Terbuka Hong Kong serta pingat emas di Sukan Asia di Doha, Qatar.

Nicole bukan sahaja cemerlang di gelanggang malahan beliau juga cemerlang dalam akademik, beliau mendapat 7A dalam peperiksaan PMR dan 9A dalam peperiksaan SPM dan beliau kini adalah pemegang Ijazah Master of Arts dari Universiti of Notthingham.

Nicole kini menjadi idola ribuan remaja di Malaysia yang  melihatnya sebagai seorang yang begitu komited dalam sukan skuasy disamping mengimbangi kejayaan dalam akademik.

 

E-mail artikel ini kepada rakan  

Cetak laman ini  
 

 

 
 
   
Personaliti Januari : Khoo Cai Lin

JIKA tidak kerana ibunya mahu menyembuhkan penyakit asma yang dihidapi kakak sulongnya kira-kira 14 tahun lalu, tentu Khoo Cai Lin tidak bergelar perenang kebangsaan.lagi berkaitan Khoo Cai Lin

 
   
Personaliti Februari : Lee Chong Wei

 

Anak muda kelahiran Bukit Mertajam ini tidak asing lagi bagi para peminat sukan badminton tanah air, setelah muncul pemain perseorangan negara paling cemerlang sejak limat tahun yang lalu. lagi berkaitan Lee Chong Wei

 
   
Personaliti Mac : Mohd Safee Mohd Sali

Safee Sali, nama yang semakin hari semakin hangat diperkatakan di kalangan peminat bolasepak tempatan, kini tidak dinafikan permata baru bolasepak negara ekoran sentuhan penyudahnya yang cukup tajam di depan gawang lawan. lagi berkaitan Safee