SOROTAN SUKAN
2007 - RENANG
IMBAU
KEGEMILANGAN
LALU
Oleh Aiman Aminul
Andai
terdapat anugerah
antara sukan paling
cemerlang bagi tahun
2007, maka renang
boleh menjadi salah
satu pilihan terbaik
berdasarkan
persembahan
cemerlang
atlit-atlit negara
di beberapa
kejohanan
antarabangsa.
Kejutan demi kejutan dari perenang negara termasuk
memperbaharui rekod
kebangsaan dalam
beberapa kejohanan,
termasuk Sukan Sea
dapat disaksikan,
namun sudah pasti
yang paling mencuri
tumpuan adalah
Daniel Bego dan Khoo
Cai Lin yang berjaya
melayakkan diri ke
Sukan Olimpik
Beijing Ogos ini.
Bego, perenang kelahiran Sarawak muncul perenang paling
cemerlang bagi tahun
2007, apabila
menempah tiket untuk
beraksi dalam tiga
acara (100m kuak
kupu-kupu, 200m gaya
bebas, 200m kuak
kupu-kupu) pada
temasya Sukan
Olimpik nanti,
manakala kejayaan
Cai Lin mencipta
rekod baru Sukan Sea
dalam acara 800m
gaya bebas wanita
dengan catatan masa
4:18:20s
melayakkannya
beraksi di kejohanan
terbesar dunia itu
di bawah kategori B.
Kejayaan mengatasi sasaran lima pingat emas, selain empat
rekod baru Sukan Sea
serta lima rekod
baru kebangsaan
membuktikan betapa
skuad renang negara
kini tidak lagi
ketandusan perenang
bagi mengembalikan
semula kegemilangan
dicipta Nurul Huda
Abdullah, dan Jeffry
Ong suatu ketika
dulu.
Empat rekod Sukan Sea yang dicipta adalah masing-masing dua
menerusi Bego dan
Cai Lin.
Bego melakukan catatan masa 54.33s (rekod masa yang
membolehkannya
bersaing di Beijing
atas tiket A) dalam
acara 100m kuak
kupu-kupu, sekaligus
memadam rekod yang
dicipta bekas
perenang negara, Lim
Keng Liat pada
temasya empat tahun
lepas di Vietnam,
malah turut menyamai
rekod kejohanan
dalam acara 200m
gaya bebas milik
perenang Singapura
dengan catatan masa
1:52:32s.
Cai
Lin pula mencipta
rekod baru dalam
acara 400m gaya
bebas wanita
(4:18:20s) – rekod
lapan tahun yang
dicipta perenang
Thailand
P.Tachakittiranan
(4:19:13s) di Brunei
1999, serta rekod
baru dalam acara
800m gaya bebas
wanita dengan
catatan masa
8:47:80s mengatasi
rekod yang dicipta
Intanporn Udom
(8:56:88s) di
Jakarta 1997.
Malah, jika dilihat sebelum bermulanya Sukan Sea, beberapa
perenang muda negara
sudahpun menunjukkan
peningkatan apabila
memperbaharui
beberapa rekod
kebangsaan pada
Kejohanan Renang
Terbuka Malaysia
Milo-ASUM 2007 Ogos
lalu.
Pada kejohanan empat hari yang disertai 137 perenang seluruh
negara termasuk
Singapura itu, empat
rekod kebangsaan
dicipta, dengan satu
menyamai rekod
kebangsaan dan 14
rekod kejohanan
diperbaharui.
Paling mencuri tumpuan adalah perenang muda Saba, Marelyn
Liew yang memecahkan
rekod kebangsaan
dalam acara 50m kuak
kupu-kupu wanita
dengan catatan masa
28.58s yang dicipta
perenang Perak,
Cindy Ong pada 2004.
Tiga lagi rekod yang
dicipta adalah
menerusi Daniel Bego
menerusi acara 200
gaya bebas lelaki
(1:51:66s), Leung
Chii Lin dengan
catatan masa 58:15s
dalam acara 100m
gaya bebas serta
Siow Yi Ting yang
melakukan catatan
masa 33:65s dalam
acara 50m kuak dada.
Selain renang, pencapaian atlet negara dalam sukan terjun
juga tidak boleh
diketepikan begitu
saja.
Bryan Nickson Lomas menjadi penerjun pertama negara
melayakkan diri ke
Sukan Olimpik
Beijing, selain
kejayaan cemerlang
menyumbangkan tujuh
pingat emas pada
temasya Sukan Sea
lepas.
Bagi penerjun-penerjun negara antaranya Leong Mun Yee, Yeoh
Ken Nee, Elizabeth
Jimmie, cheong Jun
Hong serta Pandalela
Rinong, mereka masih
mampu mencari tiket
ke Olimpik
seandainya cemerlang
di Kejohanan Terjun
Dunia di China awal
tahun 2008.
Di sebalik kejayaan cemerlang yang tercipta, sukan renang
turut menerima
tamparan hebat
setelah jurulatih
dari Australia,
Gavin Urquhart
memutuskan untuk
menamatkan
kontraknya bersama
Majlis Sukan Negara
(MSN) untuk
menyelesaikan urusan
perkahwinan di
negara asalnya.
Kini, usaha sedang dilakukan untuk menggantikan tempatnya
dengan seorang lagi
jurulatih dari
Australia, Paul
Thomas Birmingham
bermula Januari ini.
SOROTAN SUKAN
2007 -
JAGUH BADMINTON
TERUSKAN
KECEMERLANGAN
Oleh Aiman
Aminul
Sepanjang tahun 2007, arena badminton tanah air menghadirkan
suka duka,
kenangan pahit
manis untuk
dikongsi bersama
menjadikan 2007
juga salah satu
musim paling
cemerlang dalam
kalendar
badminton negara
– yang diterajui
tiga watak utama.
Lee Chong Wei, di sebalik kontroversi yang melanda dirinya
berikutan
perselisihan
dengan jurulatih
dari China, Li
Mao dan
keputusannya
untuk kembali ke
pangkuan bekas
jurulatihnya,
Misbun Sidek
sememangnya satu
keputusan yang
tepat yang
membantu
melonjakkan
semula namanya
di persada
antarabangsa
selepas prestasi
merudum
dipamerkannya
pada awal tahun.
Anak muda berusia 25 tahun dari Pulau Mutiara ini meraih
empat kejuaraan
tahun ini di
mana tiga
daripadanya
adalah dalam
Siri Super –
Terbuka
Indonesia, Jepun
dan Perancis
manakala satu
lagi adalah
menerusi Terbuka
Filipina, dan
mengakhiri tahun
cemerlang 2007
dengan gelaran
naib juara
Terbuka Hong
Kong November
lalu.
Prestasi cemerlang membolehkannya menduduki ranking no.2
dunia, di
belakang jagoan
China, Lin Dan,
dan bersandarkan
kepada prestasi
semasa, tidak
mustahil 2008
menyaksikan
Chong Wei
merampas semula
kedudukan no.1
dunia.
2007
juga menyaksikan
kebangkitan Ratu
Badminton
Negara, Wong Mew
Choo yang
mengegarkan
arena badminton
antarabangsa
dengan kejutan
demi kejutan,
paling menarik
kejayaannya
menundukkan
empat pemain
yang menduduki
lima ranking
teratas dunia –
tiga daripadanya
merupakan wakil
China dalam
laluannya untuk
menakluk tembok
besar China
untuk menjuarai
Terbuka China.
Sebelum itu, pemain kelahiran Perak ini menjadi perseorangan
wanita pertama
negara mara ke
perlawanan akhir
Terbuka Malaysia
sebelum tewas
kepada wakil
China, Zhu Lin,
dan turut
mencipta sejarah
selaku pemain
wanita pertama
Negara
melayakkan diri
ke suku akhir
Kejohanan Dunia
Ogos lalu.
Dan buat pertama kalinya juga, Mew Choo berjaya menempatkan
diri dalam
kelompok 10
pemain terbaik
dunia, dan kini
sedang menghuni
ranking no.8
dunia.

Koo Kien Keat/Tan Boon Heong yang baru digandingkan pada
lewat tahun
2006, menjadi
antara watak
penting dalam
kalendar
badminton
Negara, menerusi
beberapa
kejayaan
membanggakan
untuk muncul
selaku beregu
no.1 dunia masa
kini.
Kejayaan menjuarai menamatkan penantian 25 tahun peminat
badminton negara
untuk meraih
kejayaan dalam acara beregu lelaki All England, serta tiga kejayaan lain
menjuarai
Terbuka
Malaysia,
Switzerland dan
Denmark menjadi
saksi kehebatan
dua anak muda
yang sedang
hebat mencipta
nama ini.
Selain tiga watak utama yang menjadi tumpuan ini, pencapaian
membanggakan
pemain muda
negara yang
muncul juara
pada Kejohanan
Badminton Remaja
Asia juga perlu
diberikan pujian.
Di sebalik kejayaan – kejayaan gemilang yang tercipta, dunia
badminton tanah
air juga tidak
pernah lari dari
kontroversi, dan
antaranya
tindakan Lee
Chong Wei yang
secara terbuka
menyalahkan
ketua jurulatih
Negara, Yap Kim
Hock di atas
kegagalannya di
Kejohanan
Badminton Dunia
yang memaksa
campur tangan
Ketua Pengarah
Majlis Sukan
Negara (MSN),
Datuk Zolkples
Embong serta
Presiden BAM,
Datuk Nadzmi
Salleh.