|
Pada suatu
ketika
jaguh-jaguh
olahraga
Negara amat
digeruni
dikalangan
Negara
pencabar
sekitar
Asia.
Kegemilangan
jaguh pecut
dizaman
Datuk Dr. M
Jegathesan,
M Rajamani,
Rabuan Pit,
Istiaq
Mubarak,
Marina Chin,
Nordin Jadi,
Hanafiah
Nasir dan
ramai lagi
diakui telah
membuatkan
Malaysia
berbangga,
sekurang-kurangnya
larian
kencang dan
persembahan
mereka
pernah
meletakkan
Malaysia
sebagai
jaguh dalam
sukan
olahraga
bagi rantau
Asia
Tenggara
sehingga
pernah juga
menggoncang
Asia.
Bagaimanapun
sinar
kesinambungan
cemerlang
itu terputus
tiada
bernoktah
sehinggalah
Manila
seakan
memercikkan
tanda-tanda
bahawa sukan
olahraga
tidak rela
rebah
menyembah
kegagalan.
Keupayaan
mengatasi
telahan
dengan
perolehan 8
pingat emas
di temasya
Sukan Sea
Manila dan 7
pingat emas
di Korat
lalu jelas
menyatakan
bahawa warga
atlet
olahraga
Negara tidak
rela
keikhlasan
mereka
dipandang
enteng lagi.
Lonjakan
emas
Roslinda
Samsu
sekaligus
memecahkan
rekod Sukan
Sea harus
menggambarkan
akan
ketinggian
cita-cita
sukan
orahraga
kita.
Dengan
olahraga
turut
disenaraikan
dalam sukan
teras,
sewajarnya
Negara mampu
membina
semula
kekuatan
kita kerana
atlet-atlet
sedia ada
mampu
mengalas
cabaran biar
segetir mana
halangan.
Sehubungan
itu, langkah
menyenaraikan
olahraga
dalam sukan
teras bukan
sahaja dapat
melahirkan
atlet
berwibawa,
malah
membawa
kejayaan
lebih besar
kepada
Negara dalam
apa sahaja
kejohanan
disertai
pada masa
akan datang.
|