Laman Utama

  
   EDISI :
.
 
 

 

ARKIB BERITA MEDIASUKAN - 2005

 

NICOL - PEMAIN TERBAIK WISPA 2005

 

SEMBILAN hari sebelum berakhirnya tahun yang luar biasa bagi pemain skuasy negara Nicol David, orang ramai tertanya-tanya apakah lagi sanjungan yang akan diterima oleh pemain sensasi berusia 22 tahun itu.

 

Ternyata pemain itu menerima satu lagi anugerah apabila anggota Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (WISPA) telah memberi undian besar kepada pemain dari Pulau Pinang itu sebagai Pemain WISPA bagi Tahun 2005.

 

“Ia satu kejayaan cemerlang bagi Nicol, yang telah memenangi enam gelaran WISPA - selain pingat emas Kejohanan Dunia di Jerman - sebelum menjuarai Terbuka Dunia di Hong Kong awal bulan ini,” kata Ketua Eksekutif WISPA, Andrew Shelley.

 

“Nicol David telah mengatasi populariti yang biasanya diterima oleh seorang pemain di negara kelahirannya dengan begitu berjaya sekali,” katanya dalam satu kenyataan WISPA bertarikh 22 Disember lalu.

 

“Beliau telah menjadi tajuk berita di muka depan dan belakang akhbar di Malaysia sepanjang bulan lepas, malah Perdana Menteri negaranya turut mengakui bahawa Nicol kini ’lebih terkenal daripada saya’!”

 

Pemain skuasy wanita lain yang mendapat penghargaan daripada WISPA ialah pemain England, Alison Waters yang menang tipis ke atas pemain Itali Manuela Manetta dan pemain Mesir, Engy Kheirallah yang memenangi gelaran Pemain Yang Mencatat Peningkatan Terbaik WISPA selama dua tahun berturut-turut, dan seorang lagi pemain Mesir, Raneem El Weleily, yang dinamakan sebagai Pemain Termuda bagi tahun ini.

 

Waters yang berusia 21 tahun mendapat penghargaan itu kerana mempamerkan peningkatan dalam mutu permainan dan daya saingnya tahun ini dengan mencatat pencapaian 15 tangga lebih tinggi daripada ranking asalnya dalam tempoh 12 bulan.

 

Beliau kini menduduki tangga yang hanya sedikit terkeluar daripada 10 pemain terbaik, iaitu di tangga ke-12.

 

El Weleily yang berusia 16 tahun pula telah memperkukuhkan kedudukannya dengan menjuarai Kejohanan Remaja Dunia.

 

Walaupun terpaksa mengelilingi dunia untuk menyertai kejohanan Jelajah Dunia WISPA, beliau masih sempat meluangkan masa untuk meneruskan pelajarannya.

 

Setiap penerima anugerah akan menerima tiket penerbangan percuma pergi balik sepanjang 2006 daripada penaja WISPA, Qatar Airways bagi membantu mereka menyertai kejohanan itu.

 

WIN A BIKE CONTEST MOTOGP 2005 -
SOHAIZAN - IMPIAN  SAYA JADI KENYATAAN

 

Sohaizan Othman, 32 merasakan pengorbanan yang telah dilakukan berbaloi apabila beliau telah diumumkan sebagai pemenang utama cabutan khas untuk penonton “Win A Bike Contest”  sempena Perlumbaan MotoGP 2005. Sohaizan dengan ini membawa pulang sebuah motosikal Aprillia RSV 1000cc yang berharga lebih daripada RM 90,000. Majlis penuh gemilang telah diadaakan sempena Majlis Makan Malam dan Penyerahan Anugerah Kejuaraan SIC 2005 sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti SIC 2005 di Bandar Sunway semalam.

“Tiada ungkapan yang lebih indah dapat saya ungkapkan dengan pemgumuman megejut ini. Tapi saya dapat merasakan semua penat lelah dan masa yang telah saya peruntukkan berbalas, dalam erti kata lain saya rasa puas dapat menjadi pemenang,” kata ayah kepada dua cahaya mata ini.

“Memang dari awal lagi saya telah memasang niat untuk memasuki peraduan ini. Bersandarkan kepada minat dan ilmu pengetahuan yang ada dalam perlumbaan MotoGP, saya cuba untuk menjadikan peraduan satu detik memori yang paling indah dalam hidup saya. Alhamdulillah niat saya tercapai. Bertukar dari skuter ke motosikal berkuasa tinggi adalah satu penghijrahan yang besar,” katanya sambil tersenyum.

Sohaizan Othman, seorang kakitangan kerajaan di Kelana Jaya telah menghantar sebanyak 20 borang penyertaan bersama 20 bukti tiket menyaksikan Perlumbaan MotoGP 2005 tempoh hari yang berharga RM50 setiap satu.

“Mula-mula ada juga kegusaran untuk membuat keputusan, ialah terpaksa membuat pelaburan sehingga RM1000. Risiko tetap ada dan ini adalah cabaran dan keyakinan saya telah ada. Berkat perbincangan dengan rakan-rakan karib saya telah dapat menghasil slogan yang baik beserta dengan jawapan yang tepat untuk peraduan ini.

Ditanya tentang peraduan ini, beliau berkata “ Peraduan seumpama ini amat praktikal kerana dengan secara langsung dapat menarik lebih ramai lagi penonton-penonton untuk datang menyaksikan kehebatan sebenar MotoGP dengan suasana yang begitu mengagumkan. Juga bagi hemat saya dengan cara ini dapat menjadi sumber promosi yang baik kepada orang ramai.

Dalam majlis yang sama, 3 lagi pemenang telah diumumkan iaitu Azli Mohamad, Hermyrizal Salim dan Wong Chuo Mee masing-masing telah membawa pulang Naza Blade 650cc, Naza Blade 250cc dan Naza Cruiser 250cc.

 

KEJOHANAN RAGBI TUJUH SEBELAH - KELANTAN ULANGI KEJUARAAN

 

Persatuan Ragbi Perlis telah dipilih untuk menganjurkan Kejohanan Ragbi Remaja Kebangsaan Tujuh Sepasukan. Kejohanan yang dijadualkan berlangsung di Kangar, Perlis terpaksa dibawa ke Kuala Lumpur atas sebab banjir yang telah melanda negeri-negeri di utara Semenanjung termasuk Perlis.

Kejohanan dua hari ini berlangsung dipadang ragbi Universiti Putra Malaysia. Kelantan selaku juara bertahan berada dalam Kumpulan A bersama Pahang dan PDRM. Sebanyak 14 pasukan termasuk ATM dan PDRM turut bertanding dalam Kejohanan ini.

Pasukan Kelantan sekali lagi diletakkan sebagai pasukan pilihan setelah mengalahkan PDRM 31 - 0, dan Pahang 43 - 0 pada hari pertama Kejohanan. Sebelum keperlawanan akhir Kelantan telah mengecewakan Kuala Lumpur 17 - 5, sementara ATM bertungkus lumus untuk mengalahkan PDRM 10 -5.

Dalam perlawanan akhir Kelantan sekali lagi menggunakan taktik serta strategi yang menarik untuk mendapatkan try membolehkan mereka merangkul kejuaraan ketiga untuk musim 2005. Larian Mohd Saizul Hafiz Md Nor melakukan try pada minit ke3 dan ke5 perlawanan membolehkan Kelantan mendahului ATM pada separuh masa pertama. Sementara itu Muhd Faiz Shamsul Khidir menyempurnakan convertion.

Kelantan membuat satu lagi try menerusi Mohd Faizul Zainal Abidin,walau ketinggalan 19 -0 ATM tidak berputus asa, pergerakan diatur untuk mendapatkan try berhasil melalui Mohd Zanawawi Kassim dan Khairul Nizam Shamsudin dalam minit ke15 dan ke18 perlawanan. Shapie Bukhawalis menyempurnakan dua convertion untuk ATM. Mohd Saizul Hafiz Md Nor dipilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.

 

KEPUTUSAN AKHIR

KATEGORI CUP (Piala Pusingan MILO)

KELANTAN 19 ATM 14

KATEGORI PLATE

JOHOR 10 KEDAH 7

KATEGORI BOWL

NEGERI SEMBILAN 41 PAHANG 0

KATEGORI SPOON

PULAU PINANG 17 PERLIS 0

 

 

PRIHATIN PERDANA MENTERI

 

Sri Kembangan, Selangor - Kesungguhan atlet kebangsaan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, terus mendapat sokongan kerajaan.

 

Ia diperlihatkan Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

 

Dalam kesibukan tugasan hariannya, Datuk Seri Abdullah masih sempat meluangkan masa beramah mesra dengan barisan atlet kebangsaan pada majlis makan malam anjuran Majlis Sukan Negara, MSN di sebuah hotel terkemuka di Sri Kembangan malam kelmarin.

 

Bergegas dari utara tanahair selepas meninjau mangsa banjir, Datuk Seri Abdullah menunaikan janjinya untuk bersama atlet kebangsaan.

 

Umpama seorang bapa, membahasakan diri beliau sebagai Pak Lah, Datuk Seri Abdullah melahirkan rasa gembira dengan pencapaian atlet kebangsaan khasnya yang baru pulang dari Sukan SEA Manila.

 

Beliau juga mahu atlet negara mengikut jejak kesungguhan jaguh skuasy kebangsaan Nicol David yang berjaya meletakkan dirinya sebagai pemain nombor satu dunia.

 

Berlangsung pada majlis sama, atlet yang meraih pingat emas di Manila turut menerima ganjaran masing-masing.

 

Lebih empat ratus ribu ringgit diperuntukkan MSN kepada atlet yang disampaikan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said.

 

Seekor anak harimau turut dijadikan anak angkat kepada Kementerian Belia Dan Sukan, sebagai lambang semangat "Harimau Malaysia".

 

 

MALAYSIAN SUPER SERIES 2006
 

BROKEN ANKLE WILL NOT STOP LEE CHING HOOI DEFENDING MSS TITLE


Still walking gingerly on crutches and still far from full recovery, Malaysia’s superbike champion Lee Ching Hooi remained optimistic about his racing career; declaring that he is ready to defend his Naza PanGlobal Superbike Championship title at the 2006 Malaysian Super Series in Sepang next year.

“I will be ready when the new season opens in April,” said the 34-year old Ching Hooi, who collected his second overall superbike title at the Sepang International Circuit Championship Dinner and Award Presentation at Bandar Sunway last night.

Smarting a bright red Chinese traditional costume and accompanied by his girlfriend Christine Yong, the Naza PanGlobal Racing Team leader was given a thunderous applause when his name was called to receive the coveted award from Datuk Seri Bashir Ahmad Abdul Majid, the Managing Director of Malaysia Airports Holdings Berhad.

Obviously touched by the occasion, Ching Looi lifted the trophy to cheers of some 600 guests – mostly from Malaysia’s racing fraternity - and was helped down the stage by runner-up Armand Ali of Team Aprilia Racing Malaysia.

“I am very happy. My biggest wish now is to recover as early as possible so that I can start training,” said Ching Hooi, who broke his right ankle in practice during the final round of Malaysian Super Series last month.

“The doctors had to plant seven screws to mend the broken ankle and had given six months for full recovery,” said Ching Hooi, who had a less severe racing accident while training in May where he injured his right index finger. 

Winner of the national title in the inaugural season in 2002, Ching Hooi said that he was determined to continue racing; stressing that the injuries would not affect his approach in competition.

“It’s painful without doubt. But, all these are part of racing. Hopefully, it makes me a better rider and a better racer. I am sure that next season will be even more competitive,” said Ching Hooi, who collected a massive 230 points this season and secured his second overall title after the penultimate Round 5.

Riding a Yamaha R1 and racing with his sacred Number #7 plate, Ching Hooi even managed a joke; saying that ‘the No #7 rider now has 7 screws in the ankle’. 

Newly-crowned Supercar champion Aminuddin Omar shared Ching Hooi’s views that it was going to be more difficult at the 2006 Malaysian Super Series; saying that : “All his friendly rivals are all ready to wrest away my title.

“Ron Lim, Adam Azman and JP (Chin) are already talking more getting new cars or upgrading their current machines for next season;  it is going to be very difficult for me. But, I will be ready for them,” said Aminuddin, who would continue to use his Ultima machine.

“I have used and developed this car since the last one and half years. It is now very reliable,” said Aminuddin, who collected 190 points to defeat defending champion Azman, who had 159 points after six rounds of competition in the Supercar Championship.

“After three years of trying and especially after losing out very closely in 2003, I must say the victory is very satisfying for me,” said Aminuddin who, however, did not describe the victory as his biggest win in his 20 years of racing.

“The most significant victory in racing for me will be the Proton Rally race in 1981, where I was the winner of the class in my Proton Saga with my wife as the navigator. That beats everything else and will remain my best victory and the closest to my heart,” said Aminuddin, who is married to Alia Soraya Abdullah.

The 2006 Malaysian Super Series season, which also includes supersixteen and the supersaloon races for cars and the Aprilia Cup, Supersports and Production Bikes for motorcycles, will open on 15th and 16th April and will run for six rounds.

 

 

Tiket Formula One Turun Harga

 

Kuala Lumpur, 19 Disember - Selepas enam tahun selaku tuan rumah Formula Satu, penganjur Litar Antarabangsa Sepang,  S-I-C, kini sedar faktor harga tiket amat penting untuk menarik minat penonton tempatan.

 

Justeru berita baik buat peminat, tiket yang dulunya berharga 200 ringgit, kini diturunkan kepada hanya 50 ringgit.

 

Penurunan harga tiket sebanyak 75 peratus itu, diumumkan S-I-C siang tadi.

 

Dengan itu, Lembaga S-I-C, penuh yakin, siri ke lapan Grand Prix Malaysia 17 hingga 19 Mac tahun depan, akan menyaksikan sambutan lebih hangat penonton.

 

Penurunan harga tiket membabitkan kawasan "Hillstand Terbuka" dan "Hillstand Berbumbung".

 

Bagi perlumbaan tiga hari, penonton hanya perlu membayar 50 ringgit untuk tiket "Hillstand Terbuka" berbanding 200 ringgit tahun lalu.

 

Manakala "Hillstand Berbumbung", 150 ringgit, sebelum ini 250 ringgit.

 

Bagaimanapun tempat duduk utama, kekal dalam lingkungan harga 500 hingga 1,750 ringgit.

 

Formula One 2006 bermula di Bahrain pada 12 Mac 2006.

 

 

KELANTAN JUARA - KEJOHANAN RAGBI KEBANGSAAN 7 SEPASUKAN 2005 PIALA UNG KHEK CHEOW,AMP

 

Serdang, 19 Disember ; Kelantan sekali lagi membuktikan bahawa mereka adalah kuasa baru dalam sukan ragbi negara. Dalam kejohanan yang berakhir kelmarin mereka berjaya mencatat satu lagi sejarah dengan menjuarai Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Kebangsaan 2005 buat pertama kalinya sejak kejohanan ini diperkenalkan pada tahun 1989 dengan mengalahkan ATM dalam perlawanan akhir di padang Universiti Putra Malaysia, Serdang.

 

Pada minit pertama Kelantan mendapat try melalui Mohd Khairol Azhar Md Nor yang juga pemain terbaik Kejohanan. ATM menyamakan kedudukan diminit ke17 menerusi try oleh Saifudin Shahrini. Kedudukan terikat 5 - 5 sehingga tamat masa.

 

Dalam masa tambahan pemain lincah Kelantan Mohd Saizul Hafiz menjadi wira pasukan dengan memastikan kemenangan milik pasukannya dengan melakukan try.

 

Sebanyak sepuluh pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini dan dibahagikan kepada dua kumpulan.
 

Juara enam kali Negeri Sembilan diletakan dalam Kumpulan A bersama Selangor, Perlis, Terengganu, dan Kelantan, manakala ATM juara empat kali berada dalam Kumpulan B bersama Kuala Lumpur, Pahang, PDRM dan Kedah.

Dihari pertama kejohanan Kelantan yang juga Juara Piala Agong 2005 telah berjaya mengalahkan Selangor 31 - 0. ATM yang dibarisi
oleh pemain berpengalaman yang tidak kurang hebatnya mengalahkan Pahang 40 - 0 dalam Kumpulan B.


Dalam kategori plate Kuala Lumpur mengalahkan Negeri Sembilan 14 - 0 dan Selangor menjuarai kategori bowl dengan mengalahkan PDRM dengan satu try.

 

 

TM LIGA MALAYSIA 2005/2006;

YOB TERSUNGKUR, LANGKAH GERGASI KEMBALI LONGLAI, RUSA BERTANDUK EMAS…

 

Kuala Lumpur, 17 Disember ; Selepas menang keatas Pahang minggu lalu, Selangor tewas kali kedua pada perlawanan ketiga menentang MPPJ di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

 

Juan Manuel Arestegui kembali mempamirkan aksi berbisanya melalui gol pertama dari sepakan pecuma tajam pada minit ke-45. Sebelum itu Brian Fuentes meledak pada minit ke-24 untuk Selangor mendahului hanya seketika.

 

Pada minit ke-61, Arestegui yang merupakan penjaring terbanyak 2003 sekaligus  membantu MPPJ menjulang Piala Malaysia memastikan Selangor terus kempunan kemenangan apabila dia menanduk masuk hasil sepakan percuma pemain baru MPPJ dari Kedah, Fauzi Nan.

 

Di Stadium Perak, Ipoh, tuan rumah gagal meneruskan rentak kemenangan mereka apabila tumpas 0-1 kepada TM FC.

 

Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan padang lembab menyaksikan rentak seimbang dipamirkan kedua-dua pasukan.

Kebuntuan jaringan akhirnya terlerai apabila pemain import baru TM FC, Chaswe Nsofwa dari Zambia merembat cantik dari jarak 35 meter aha rah penjuru kiri gawang gol Perak.

 

Bagaimana pun malang buat pemain kebangsaan Zambia itu apabila dia diperintah keluar padang selepas mengutip kad kuning kedua pada minit ke-59.

 

Sungguh pun beraksi 10 pemain TM FC berjaya bertahan hingga ke wisel penamat untuk mencatat kemenangan kedua dari tiga perlawanan.

 

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, di Paroi, Negeri Sembilan mempamirkan persembahan cemerlang mereka untuk menjinakkan skuad Harimau Kumbang 2-0.

 

Tiada gol diseparuh masa pertama, namun pada minit ke-50, ketua pasukan Khairul Anuar Baharom merembat deras lalu mengelirukan penjaga gol untuk gol pertama skuad Rusa.

 

Sungkitan bersahaja pemain import Christian Bekamenga pada minit ke-70 memberikan tuanrumah kemenangan kedua  setakat ini.

 

Di Kangar, perlawanan Perlis-Pahang terpaksa ditunda ke suatu tarikh yang akan diputuskan berikutan hujan lebat melanda Kangar malam tadi.

 

 

SABAH JUARA SUKAN WANITA

Kuala Lumpur 17 Disember - Kontinjen Sabah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Wanita Kebangsaan 2005 kali pertama yang berakhir semalam.

Kontinjen Sabah secara keseluruhanya memungut 16 pingat emas, sembilan perak dan dua gangsa.

Atlit renang Sabah menjadi penyumbang utama pungutan pingat dengan sembilan emas, enam perak dan satu gangsa, manakala dari acara olahraga pula, menyumbang enam emas, dua perak dan satu gangsa.

Emas terakhir Sabah diperolehi dari acara bolasepak apabila Sabah berjaya menumpaskan pasukan PDRM dengan 5-0 di padang Institut Latihan Maybank, Bangi.

Ketua kontinjen Sabah, Suzannah Liew berkata, pencapaian atlit negeri itu pada temasya pertama Sukan Wanita Kebangsaan 2005 diluar jangkaan.

" Kami datang dengan sasaran sembilan pingat emas iaitu enam daripada acara renang, dua olahraga dan satu lagi dalam acara bola sepak, tetapi kami berjaya membawa balik 16 pingat emas."

" Ini menunjukkan Sabah tidak ketandusan atlit wanita, katanya.-Bernama

 

 

Malaysia Mara Ke India

 

16 December -  Yangon, Myanmar - Skuad bimbingan K Rajagopal  melangkah ke pusingan akhir Piala Belia Asia bawah 20 apabila mengatasi Myanmar dengan aggregat 4-3.

 

Biarpun tewas 1-0 di hadapan penyokong lawan, tidak mampu menghalang kemaraan Malaysia.

 

Kemenangan 4-2 di Kuala Lumpur pada perlawanan pertama 12 November lalu nyata kelebihan buat Malaysia yang terpaksa menahan asakan hebat tuanrumah.

 

Dibantu sokongan aggresif penyokong tuanrumah dan beraksi pada sebelah petang (4 petang waktu Malaysia) skuad kebangsaan tampil  penuh disiplin.

 

Dihubungi di Yangon, pengurus pasukan kebangsaan Datuk Redzuan Sheikh Ahmad memaklumkan persembahan Malaysia memang membanggakan.

 

Tekanan penonton dan sokongan padu penyokong lawan tidak menjejaskan tumpuan Malaysia.

 

Terikat tanpa jaringan pada 45 minit pertama, Myanmar akhirnya berjaya juga menjaringkan gol pada minit ke 75 menerusi Min Tun Min.

 

Bagaimanapun skuad negara kental bertahan sambil menyerang balas.

 

Myanmar terpaksa akur hanya berupaya menang 1-0 sekaligus menyaksikan Malaysia layak ke pusingan akhir di India yang dijadual berlangsung Oktober tahun depan.

 

Jadual dan Keputusan di Football Asia

 

 

KEJOHANAN KELAYAKAN BELIA ASIA – U20

MALAM KEMENANGAN NAMUN RANJAU MENANTI…

 

KUALA LUMPUR, 12 Disember 2005; Kemenangan 4-2 keatas Myanmar mungkin dilihat satu kejayaan, tetapi mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa kelebihan aggregate dua gol masih belum selamat, lebih-lebih lagi peraturan kelebihan “away” gol tampak memihak pasukan Myanmar.

 

Gol pembukaan pasukan kebangsaan dibuka melalui jaringan Faderin Kadir pada minit ke-13.

 

Enam minit kemudian menyusul pula gol kedua kali ini gilirin Khyril Muhymen merembat kencang.

 

Persembahan pasukan negara semakin mantap selepas itu. Asakan bertali arus akhirnya membuka ruang buat penyerang berpontensi Zaquan Adha menjaringkan gol ketiga pada minit ke-35.

 

Separuh masa kedua menyaksikan kemaraan pasukan negara lalu membutirkan gol ke-empat yang turut merupakan jaringan peribadi kedua Zaquan Adha pada minit ke-51.

 

Entah kenapa prestasi pemain negara surut selepas gol ke-empat dengan membenarkan lawan bangkit menghasilkan dua gol pada minit ke-64 melalui Aye Min Thun dan Shi Tu Than minit ke-78.

 

Agak kurang menyenangkan apabila berlaku insiden pergaduhan diantara penyokong kedua-dua pasukan.

 

Tidak berniat untuk hanya menuduh punca datangnya dari para penyokong Myanmar, tetapi itulah hakikatnya apabila menyaksikan mereka mula membaling botol mineral dan objek lain kepada para pemain Malaysia serta turut terbang kekawasan para penyokong negara selepas kita mendahului 4-0.

 

Apa pun kemenangan ini masih belum selamat buat anak buah K.Rajagopal yang akan turun pada pusingan kedua di Yanggon Jumaat ini.

 

Kita mengharapkan agar semangat para pemain negara akan terus membara untuk terus berjuang bagi melayakkan diri ke pusingan akhir peringkat Asia sebelum melangkah ke peringkat dunia.

 

 

UNDIAN PIALA DUNIA 2006:

TIADA KUMPULAN MAUT, PASUKAN PILIHAN LEBIH SELESA

 

LEIPZIG, JERMAN, 10 Disember 2005; Brazil tampak selesa melangkah kepusingan kedua, sambil tuan rumah diramalkan terpaksa bergelut untuk meloloskan diri apabila pengundian kedudukan pasukan pada Piala Dunia 2006 berlangsung meriah di Pusat Dagangan Leipzig di timur Jerman awal pagi.

Pembahagian pasukan kali ini tidak menyaksikan terdapat kumpulan maut kecuali saingan dalam kumpulan C terdiri Argentina, Ivory Cost, Serbia Montenegro boleh dianggap berliku kerana disitu terdapat Belanda.

 

Undian yang disaksikan oleh lebih 350 juta penonton diseluruh dunia melalui kaca TV itu bermula melalui persembahan temubual, persembahan hiburan dan segmen-segmen khas yang memperkenalkan budaya bolasepak dan dua belas gelanggang yang bakal menjadi venue kejohanan itu.

 

Chansellor Jerman yang baru, Angela Merkel turut hadir menyaksikan majlis undian tersebut.

 

Supermodel terkenal Heidi Klum dengan penampilan seksinya, bertindak selaku pengacara dilihat berjaya menarik tumpuan melalui kepetahan dan gelagat manjanya.

Roeger Milla, Christian Karembue, Johan Cruff, Cabi Jones, Pele, Mashashi Nakayama, Lothar Matthaus serta Lucas Redebe telah diberi penghormatan melakukan sesi undian yang diselenggarakan oleh Pengarah Komunikasi FIFA, Markus Singler.

 

Senarai 32 pasukan yang dibahagikan kepada lapan kumpulan adalah seperti berikut;

 

A

B

C

D

JERMAN

ENGLAND

ARGENTINA

MEXICO

COSTA RICA

PARAGUAY

IVORY COST

IRAN

POLAND

TRINIDAD & TOBAGO

SERBIA MONTENEGRO

ANGOLA

ECUADOR

SWEDEN

BELANDA

PORTUGAL

 

E

F

G

H

ITALI

BRAZIL

PERANCIS

SEPANYOL

GHANA

CROTIA

SWITZERLAND

UKRAINE

A.SYARIKAT

AUSTRALIA

KOREA SELATAN

TUNISIA

REP.CHEZ

JEPUN

TOGO

A.SAUDI

 

Buat Trinidad & Tobago, Ivory Cost, Angola, Ghana dan Ukraine ini merupakan penampilan pertama mereka dalam Piala Dunia FIFA.

 

Piala Dunia 2006 akan bermula pada 24 June di dua belas gelanggang di sekitar German. Perlawanan akhirnya pula akan diadakan pada 9 Julai di Stadium Olimpik Berlin.

 

Pada Piala Dunia 2002 Edisi ke-17 di Jepun dan Korea lalu, Brazil muncul juara selepas menewaskan Jerman 2-0 melalui jaringan Ronaldo.

 

Radio Televisyen Malaysia –RTM merupakan Penyiar Berlesen Hak Siaran Piala Dunia 2006, majlis undian tersebut telah dipancarkan secara langsung di Malaysia.

 

 

TM LIGA SUPER

SELADANG BAHAM SINGA, GERGASI MENGAMUK DI BUKIT JALIL

 

KUALA LUMPUR, 10 Disember 2005; Selepas diaibkan kekalahan 1-4 kepada Perak pada perlawanan Sumbangsih sabtu lalu, Selangor kembali menterjemahkan kewibawaan mereka dengan menyekat kebangkitan Pahang melalui kemenangan 4-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

 

Ayam tambatan, Bambang Pamungkas meledak untuk gol pertama pada minit ke-15. 3 minit sebelum tamat separuh masa pertama, Sanbagamaran menghukum kerapuhan benteng lawan melalui tandukan untuk gol kedua Selangor.

 

Pahang bermula garang diawal separuh masa kedua dan berjaya merapatkan kedudukan melalui Azizul Kamaludin diminit ke-65.

 

Namun Fuentes yang kembali menerajui serangan selepas tidak beraksi pada perlawanan pertama merembat leret buat gol ketiga Selangor pada minit ke-84.

 

Biar pun meraih tiga mata, Selangor bakal kehilangan khidmat penjaga gol utama mereka Jamsari Sabian yang mengalami kecederaan bibir dan muka akibat pelanggaran dengan Samuel Tchoutang beberapa minit sebelum berakhir separuh masa pertama.

 

Lain-lain keputusan seperti berikut;

 

PERAK 4 – O PERLIS

MPPJ 3 – 0 NEGERI SEMBILAN

TELEKOM 3 – 2 PULAU PINANG.

 

 

AKSI PEMAIN BOLASEPAK WANITA MEMUNCAK

 

Kuala Lumpur, 8 Disember 2005; 15 pasukan bolasepak wanita bakal memperagakan aksi lincah mereka dipadang bola apabila tirai Karnival Sukan Wanita 2005 akan dibuka pada 10 Disember ini.

 

Empat lokasi telah dikenal pasti menjadi medan buat para pemain bolasepak wanita bersaing diperingkat kelayakan.

 

Dipadang C Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, pasukan Johor akan menentang Kedah pada jam 8 pagi.

 

Pada waktu yang sama di padang Kolej Ke-10 Universiti Putra Malaysia di Serdang, Kuala Lumpur menentang Sabah.

Sementara Perlis bertemu Terengganu di padang Kolej Ke-14, UPM, diikuti W.P. Labuan menentang Perak di Stadium Maybank Bangi, juga perlawanan bermula seawal jam 8 pagi.

 

Acara bolasepak pada Karnival Sukan Wanita 2005 menyaksikan pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan.

 

Kumpulan A terdiri Kelantan, Sarawak, PDRM dan Pahang. Kumpulan B hanya tiga pasukan, Sabah, Kuala Lumpur dan Selangor.

 

Manakala kumpulan C terdiri Johor, Kedah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Kumpulan D pula adalah Perlis, Perak, W.P. Labuan serta Terengganu.

 

Perlawanan akhir dijadualkan pada 17 Disember di Stadium Maybank, Bangi jam 2 petang.

 

A1 Team Malaysia Heads To The Desert

Alex will drive both races

 

The Arabian desert is the next destination on the A1 Grand Prix calendar for A1 Team Malaysia, with the sixth round of the Series taking place at the Dubai Autodrome in the United Arab Emirates next weekend.

Two top ten finishes in the team's home race at Sepang circuit, Kuala Lumpur has elevated the team to sixth place in the overall points standings for the World Cup of Motorsport, and the team is now aiming for consistent points-earning places.

Alex Yoong will be driving for the team in the Dubai event, while team mate Fairuz Fauzy prepares for his wedding, which takes place in early January.

Yoong scored a fifth place finish in the main feature race in front of his home crowd two weeks ago and is now looking to improve on this in sunny Dubai.

Yoong says, "Our highest finish position so far is fifth, which we've achieved three times now, so we've proved we're competitive and can run up front. We want to step up another gear now and our goal is to bring the car home consistently in the points and hopefully get us, one day, in the top three. The name of the game is consistency now. I haven't been to the Dubai Autodrome, but most of the other drivers are also new to the track, so I need to learn it quickly and spend as little time as possible getting on the pace and dialling the car in for this new, challenging circuit. We have a lot of experience in this Team so that should help us get ahead at a new track."

The Dubai circuit features 16 turns in its 5.39 kilometre course, which is set in the sandy desert surroundings of this popular holiday destination. The event is the home race for the Series founder, His Highness Sheikh Maktoum.

Jack Cunningham, Team Principal, A1 Team Malaysia, looks forward to the Dubai event saying, "As we head towards mid-distance in the first year of A1 Grand Prix, A1 Team Malaysia has proved it is a serious contender in the Series, with seven top-ten finishes in the ten races that have taken place so far. Alex will be trying his hardest this weekend to keep us in the top six in the championship. However, motor racing is never just a one-man effort; it is the work of a dedicated team of hard-working professionals that has brought us these results. We're a very determined bunch of people, and we'll be pushing ourselves hard this weekend to bring home more points. Fairuz has to prepare for his wedding so can't be with us this week - nothing will give the Team greater pleasure but to inform him of a good result on Sunday night."

Following the summer sun around the globe, A1 Grand Prix will deliver 12 weekends of exciting racing action outside of the traditional motorsport season. Now midway through its inaugural season A1GP has raced in Great Britain, Germany, Portugal, Australia and Malaysia. A1 Grand Prix is now preparing for the next race at the Dubai Autodrome on 9-11 December before heading to Indonesia, South Africa, Mexico, USA and China to complete the season.

Full details of the race calendar can be found at www.a1gp.com.

 

 

A1 Team Malaysia's Fairuz To Skip Dubai

as he prepares for his wedding

 

A1 Team Malaysia's Fairuz Fauzy will miss this weekend's A1 Grand Prix of Nations round 6 in Dubai as he prepares for his coming wedding this month.

 

Fairuz presented his lovely fiancee, Dara, for the first time at the Malaysian A1GP round in Sepang 3 weeks ago.

 

Despite, his current pre-occupation for his marital plans, we have no doubt that Fairuz will be glued to his TV set at home to cheer the Malaysian team and Alex Yoong on.

 

We wish the happy couple the very best for their future.

 

 

KELAB PENYOKONG BOLASEPAK MALAYSIA LAUNG SEMANGAT HARIMAU MALAYA

 

Kelana Jaya, 7 Disember 2005; Penubuhan Kelab Penyokong Bolasepak Malaysia telah mendapat sokongan Persatuan Bolasepak Malaysia.Dalam mesyuarat khas bagi merangka penubuhan kelab tersebut di Wisma FAM petang tadi, Setiausaha Agung FAM, Dato Seri Ibrahim Saad menyifatkan kewujudan kelab penyokong tersebut mampu membantu usaha FAM ke arah meningkatkan sukan bolasepak di negara ini.

 

“ Dengan adanya kelab penyokong yang terancang sebegini, kita dapat mengawal gejala-gejala yang tidak sihat sewaktu menonton perlawanan bolasepak, malah para pemain akan mendapat ransangan ketika beraksi ” demikian menurut Dato’Seri Ibrahim Saad.

 

Bagi memulakan penubuhan Kelab Penyokong Bolasepak Malaysia, mesyuarat siang tadi telah merangka Jawatankuasa Penajanya dengan Dato’Seri Ibrahim Saad telah dilantik selaku Penaung.

 

Senarai ahli-ahlinya pula terdiri seperti berikut;

 

Presiden          : ZULKIFLI SAARI

Tim.Presiden  : ABDUL JAMIL OTHMAN

Naib Presiden : SYED JAAFAR SYED ZAIN

                           : JASNI SHAFIE

                           : SHAUKEI KAHAR

Setiausaha      : PUTERI ROHANA MEGAT SAMAD

Bendahari        : SARBI MAT NOH

Ahli J/Kuasa    : Amiruddin Ali

                           : Mohd.Zaidi Mohd.Zain

                           : Tamsir Rizal Ali Akbar

                           : Trevor A.Richard

                           : Ghani Habib

                           : Mohd.Johari Mohd.Shariff

                           : Mazlan Yunus

 

Pendaftaran kelab ini akan dilakukan selepas jawatan kuasa penaja mengadakan mesyuarat pertama mereka dalam masa terdekat ini.

 

Sementara itu Presiden Jawatan Kuasa Penaja Kelab ini, Zulkifli Saari mahu memastikan agar kepentingan untuk membantu pasukan bolasepak kebangsaan serta membantu usaha FAM ke arah membangunkan sukan bolasepak dinegara ini menjadi keutamaan.

 

“ Saya harap kepentingan menyokong pasukan bolasepak kebangsaan dalam apa jua keadaan adalah teras perjuangan para ahli dan rakyat di Malaysia ini ”, jelas Zulkifli.

 

Dengan membawa objektif membantu meningkatkan mutu bolasepak negara, memupuk semangat sayangkan pasukan kebangsaan, merapatkan hubungan diantara para penyokong dengan pemain-

pemain kebangsaan dan pihak pengurusan, keahlian kelab ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia.

 

Bagi menyelaraskan penyertaan keahlian diperingkat negeri-negeri, kerjasama akan dilakukan dengan setiap kelab penyokong bolasepak diperingkat daerah dan negeri.

 

Antara aktiviti awal ke arah penubuhan Kelab ini, sejumlah 30 bakal ahli

Kelab Penyokong Bolasepak Malaysia akan melaungkan semangat Harimau Malaysia  kepada pasukan bawah 2O tahun kebangsaan yang akan beraksi menentang Myanmar di stadium Kuala Lumpur di Cheras dalam kejohanan Kelayakan Remaja Asia Isnin ini.

 

 

KEJAYAAN DI MANILA SATU PETUNJUK BAIK UNTUK SUKAN DI MALAYSIA

 

JAKARTA 6 DISEMBER - Kejayaan kontinjen negara meraih 61 pingat emas pada sukan SEA ke23 lalu merupakan petunjuk baik kepada sukan di Malaysia, kata Menteri Belia dan Sukan Dato Azalina Othman Said.

 

" Kita berharap kejayaan yang diperolehi ini akan menjadi petunjuk kepada kejayaan yang lebih lagi pada masa akan datang. " katanya.

 

" Saya ingin melihat atlit muda kita terutamanya yang dibawah 17 tahun mendapat pendedahan dan latihan yang mencukupi bagi mewakili negara pada masa akan datang." katanya lagi kepada wartawan ketika ditanya tentang prestasi atlit negara di sukan SEA  di Manila yang menutup tirai Ahad lalu dimana pasukan negara telah mencapai kejayaan yang membanggakan  dengan 61 emas, 50 perak dan 64 gangsa.

 

Apabila ditanya tentang apakah ganjaran yang akan diberikan kepada atlit yang berjaya di Manila beliau berkata " Bagi saya sukan sepatutnya menjadi satu karier kepada seseorang atlit dan insentif dari kerajaan merupakan anugerah atas kejayaan mereka.- BERNAMA

 

ANDA KINI LEBIH DIKENALI DARIPADA SAYA - PAK LAH

 

KUALA LUMPUR 6 DISEMBER - " Anda kini lebih dikenali daripada saya ", itulah kata-kata Perdana Menteri apabila mengucapkan tahniah kepada Nicol David setelah dinobatkan sebagai pemain skuasy nombor satu dunia.

 

Pak Lah yang menghubungi Nicole secara peribadi berkata yang Nicole merupakan kebanggaan negara.

 

" Anda telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya dan kami bergembira dengan kejayaan anda, sebagaimana yang saya katakan ' cemerlang, gemilang dan tebilang ', anda adalah  yang ' terbilang '. katanya.

 

Pada Ahad lalu, Nicol menjuarai kejohanan skuasy terbuka Hong Kong yang mengesahkan kedudukanya sebagai pemain skuasy nombor satu dunia.

 

Dalam perkembangan lain Majlis Sukan Negara akan memberi ganjaran tunai sebanyak RM200,000 kepada Nicol sebagai menghargai kejayaan demi kejayaan yang diperolehinya dalam sukan skuasy.

 

Pengarah MSN, Dr. Ramlan Aziz berkata, ganjaran tersebut bukan sahaja kerana kejayaan Nicol meduduki ranking nombor satu dunia dalam sukan skuasy tetapi diberikan kerana menghargai hasil usahanya untuk meletakan dirinya di tempat teratas ranking dunia.

 

" Kami sentiasa mengikuti perkembanganya dan tahun ini sahaja beliau telah memenangi tujuh kejohanan dunia." katanya.- BERNAMA

 

 

Ex-Angels Ungguli Ragbi Tujuh Sepasukan Kuala Lumpur

Berita dan Foto oleh Rosli Sulaiman

 

KUALA LUMPUR, 4 DISEMBER 2005 – Gelaran jaguh Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur menjadi hak milik Ex-Angels setelah melakar kejayaan menewaskan lawan mereka Bandaraya Dragon 22 – 0 di Padang Merbok, Kuala Lumpur semalam.

 

Ex-Angels menggorak langkah kejayaan mereka seawal permainan apabila Mohd Saizul Hafiz Mohd Nor membuat try pertama pasukan pada minit ke dua dan menambahkan satu lagi try dua minit kemudian dalam separuh masa pertama perlawanan malangnya mereka gagal untuk mendapat kedua-dua conversion.

 

Bandaraya Dragon yang ketinggalan cuba bangkit dan menyerang kubu lawan tapi digagalkan acap kali olih pemain tengah Ex-Angels, Mohd Faiz Samsukhidir.

 

Pada babak kedua permainan, asakan demi asakan Ex-Angels berjaya menghasilkan dua lagi try. Pada minit ke tiga, Mohd Faizul Zainal Abidin telah membuat try ketiga Ex-Angels dan diikuti dengan try ke empat pasukan  dua minit kemudian olih Khairul Azhad Mohd Nor. Kali ini Muhd Faiz Samsukhidir yang telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan dengan mudah melakukan conversion terakhir pe