Laman Utama

  
   EDISI :
.
 
 

 

ARKIB BERITA MEDIASUKAN - 2006

 

PAHANG JULANG PIALA FA

 

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Luka lama terubat kembali apabila buat julung kalinya Pahang merangkul kejuaraan Piala FA Edisi Ke-17 selepas menewaskan Perlis  4-2 dalam penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Kekecewaan Pahang ketika tewas dalam perlawanan akhir Piala FA kepada Sabah pada tahun 1995 lalu jelas terubat selepas pasukan itu berjaya menjulang Piala FA buat pertama kali sejak perlawanan Piala FA dimulakan pada tahun 1990.

Skuad Tok Gajah terpaksa memikul bebanan sehingga mengharungi 120 minit babak perlawanan termasuk masa tambahan sebelum dinobatkan gelaran pertama persaingan bola sepak kalah mati negara ini.


Penyerang Pahang, Indra Putra Mahayuddin berjaya membuka tirai kubu lawan setelah sepakan penaltinya yang pertama berjaya disempurnakan. Diikuti Pemain Import Nigeria, Josiah Seton, Mitchell James Prentice dan sepakan akhir penalti oleh Ketua Pasukan Norhafiz Zamani Misbah. Sementara Perlis, Mohd Afendi Malek gagal mendahului jaringan mata sulung buat pasukannya apabila sepakannya terkena palang gol. Manakala sepakan kedua Muhd Lamin Conteh Al-Hidayah berjaya diselamatkan penjaga gol lawan, Mohd Iqbal Suhaimi. Hanya Manzoor Azwira Wahid dan Madzlan Emoi berjaya menyepak masuk. Babak pertama permainan ternyata kurang konsisten dan tidak stabil akibat corak permainan berhati-hati kedua-dua pasukan malah tidak banyak mendapat gerakkan penyudah yang baik atau percubaan tepat terus ke pintu gol kedua-dua pasukan.

 

Aksi separuh masa pertama yang ternyata lebih dikuasai skuad Tok Gajah tidak menampakkan hasil yang baik setelah beberapa percubaan berbahaya yang dilakukan oleh gandingan penyerangnya, Indra Putra dan Josiah Seton di pintu gawang berjaya dihalang oleh penjaga gol Perlis, Mohd Amran Omar.

Perlis yang cuba memecah benteng pertahanan lawan hampir mencipta jaringan apabila sepakan percuma Madzalan Emoi pada minit ke-23 berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang lawan, Mohd Iqbal Suhaimi yang turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Pada mint ke-34, Pahang terpaksa mengeluarkan ketua pasukan, Hairuddin Omar untuk digantikan dengan pemain veteran, Azizul Kamaluddin akibat kecederaan yang kemudiannya bertukar pula dengan Ahmad Wahid.

 

Di separuh masa kedua Pahang memperolehi peluang keemasan untuk menjaringkan gol pertamanya , namun tandukan pemain import dari Nigeria, Josiah Seton yang menerima hantaran lintang daripada Indra Putra pada minit ke-47 itu gagal disempurnakan. Perlis yang dibimbing oleh pemangku jurulatih Manja Man turut mengatur beberapa strategi serangan dan cuba mematahkan gerakan pasukan Pahang, malangnya gagal memanfaatkan peluang yang ada.

 

“Saya berpuas hati dengan prestasi pemain yang berjaya mengharungi permainan sehingga ke masa tambahan walaupun diseparuh masa pertama mutu permainan kurang stabil namun pemain dapat menguasainya dengan baik malah saya berbangga dengan kemantapan penjaga gol, Mohd Iqbal”. Kata Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan.

Tambahnya lagi, Walaupun diseparuh masa pertama ketika Perlis menguasai perlawanan, prestasi pemain Pahang kembali untuk mengekang serangan pasukan lawan. Malam ini mereka pamerkan mutu permainan yang mantap walaupun sebelum ini rekod kemenangan tidak pernah menyebelahi mereka. Katanya pada sidang media selepas perlawanan tamat.

Sementara itu Manja Man berkata beliau juga turut berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan pasukan Perlis walaupun mereka ditakdirkan kalah menerusi jaringan penalti namun beliau kagum dengan corak pemainan pasukan dari segi kecergasan dan kemantapan yang ditonjolkan.

 

 

AIRASIA : NURTURING MALAYSIA’S FUTURE FOOTBALL STARS

Airline stems ahead to support today’s youth

 

Sepang, 19 May 2006 – AirAsia, in our efforts to support the growth of young talents in sports, is proud to fly a group of young football team representing Malaysia in the Asia Pacific Finals of the Nike Manchester United Premier Cup Under -15 tournament (MUPC).

 

The Malaysian team from SMK Sultan Sulaiman of Terengganu, earlier won the NIKE MUPC national finals to qualify for the regional finals held in Bangkok, Thailand. The group departed for Bangkok earlier today on AirAsia flight AK 880 from the Low Cost Carrier Terminal at KLIA.

 

The MUPC is the region’s premier tournament for young footballers and will be held from May 19-21. The MUPC SEA finals will see 6 teams from Thailand, Malaysia, Singapore, Philippines, Hong Kong and India compete at the Bangkok Sports Center to qualify for the prestigious MUPC world finals held at Old Trafford, Manchester from August 8-11. Teams who have already qualified to the world final include Inter Milan, Arsenal, Herta BSC Berlin and Beijing Guo’an FC.

 

Not to be taken lightly, the Nike Manchester United Premier Cup is a highly attested global affair that serves as a development platform for many young footballers in the world to hone their skills and to enable these young footballers to grow with a future career in the sport. It has since produced world class footballers such as MUPC alumni Jose Antonio Reyes of Arsenal and Fernando Torres of Athletico Madrid.

 

Malaysia’s representative to Bangkok, SMK Sultan Sulaiman of Terengganu earned their spot to the regional finals when they defeated SMK Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor 1-0 in the tightly contested final on May 6.

 

AirAsia‘s involvement with the Under 15 team, is just one of the airline’s many initiative to promote the development of youth and sports in Malaysia. AirAsia, which is the Official Low Fare Airline of one of the most celebrated clubs in the world, Manchester United, has been actively involved with the Football Association of Malaysia (FAM) as the association’s Official Carrier. AirAsia has recently leveraged on its sponsorship of Manchester United to assist in the training and development of the national Under 20 team at the famed Manchester United training grounds in Carrington during the U-20 England tour.

 

“AirAsia’s involvement with the Malaysian MUPC Under-15 team is part of our commitment to support the development of youth and sports in Malaysia. We are proud to help drive football in Malaysia as apparent in our recent initiatives with the Football Association of Malaysia.” said AirAsia Group CEO Dato’ Tony Fernandes. “We applaud our Malaysian representatives in the regional finals and we hope that our boys will get to challenge the best youth teams in the world at an international arena such as Old Trafford, this August.”

 

AirAsia is the leading and largest low fare airline with a growing route network of over 60 destinations in nine countries (Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapore, Macau, China, Vietnam, Cambodia and the Philippines) across the region.

 

Launched in 2001, this award winning low fare airline has pioneered and revolutionized air travel in Asia by providing incredibly low fares so more people can fly.

 

Milik Siapa? Singa Utara atau Tok Gajah

Oleh  :  Ahmad Alwani Haji Amir Hamzah

 

Perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini untuk edisi ke-17, pastinya membabitkan dua buah pasukan yang yang begitu mengidam untuk merebut Piala FA ini, walaupun pun prestasi mereka di Liga M agak merundum dari musim 2005.

 

Pasukan Perlis atau dikenali sebagai “Singa Utara” tidak pernah mendakap piala ini sejak diperkenalkan pada tahun 1990. Paling dekat adalah pada tahun 2003, di mana mereka tewas pada pasukan Negeri Sembilan dengan 2-1.

 

Pasukan pantai timur Pahang atau “Tok Gajah” pula tewas kepada pasukan Sabah dengan 3-1. Satu fenomena yang begitu ironi, kerana kedua pasukan pastinya tidak mahu pulang dengan tangan kosong Sabtu ini di Stadium Bukit Jalil.

 

Bila di tanya kepada kedua jurulatih, Zainal Abidin untuk Pahang dan Manja Man untuk Perlis, keduanya menyifatkan pertembungan kemuncak Sabtu ini dengan peluang adalah 50-50.

 

Skuad Perlis yang bakal turun pada perlawanan akhir ini, pastinya mengharapkan sentuhan tiga permata hitam mereka, iaitu Zacharia Simukonda, Philimon Chipita dan Lamin Conteh Al-Hidayah menjadi setelah mereka begitu bergaya membantu skuad Perlis menewaskan Singapura Bawah 23 di perlawanan separuh akhir Sabtu lepas dengan agregat 4-3.

 

Manakala Pahang pula, bakal turun dengan kesebelasan yang agak pincang. Ini membuatkan Zainal Abidin agak resah untuk merombak kembali skuadnya. Bernard Samuel Tchoutang yang cedera dan ketua pasukan Rosdi Talib digantung perlawanan selepas mengutip 3 kad kuning.

 

Harapan Pahang banyak juga bergantung kepada Hairudin Omar dan juga Indera Putera Mahyudin untuk merobek pertahanan Perlis. Pasukan Pahang berjaya ke perlawanan akhir dengan mengalahkan Negeri Sembilan Naza dengan agregat 3-2.

 

Pincang atau tidak untuk Pahang dan berkesannya jentera serangan Perlis dengan tiga permata hitam, bakal terjawab Sabtu ini bila tiupan wisel akan di tiup untuk sama-sama kita tonton dan saksikan 90minit perlawanan akhir ini.

 

Mungkin satu persoalan akan timbul. Apakah kualiti perlawanan akhir ini akan meningkat dan juga membawa taraf bolasepak Negara ke satu tahap yang lebih professional?

Marilah kita doakan agar pemain serta pegawai pasukan masing-masing bertindak kearah matlamat yang satu, iaitu sukan nombor satu Malaysia ini dapat membuka mata dunia agar pasukan kita lebih dihormati dan disegani dengan permainan bolasepak yang berkualiti tinggi.

 

Perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini di Stadium Bukit Jalil pastinya akan begitu meriah dengan sokongan padu kedua penyokong. Perlis pastinya di warnai dengan penyokong mereka berwarna kuning. Pahang pula dengan warna tradional mereka hitam.

 

Diharapkan agar penyokong datang memenuhi Stadium Bukit Jalil Sabtu ini untuk menyokong pasukan masing-masing dengan semangat kesukanan yang tinggi. Semoga pasukan yang terbaik akan menjulang Piala FA  edisi ke-17.

 

SUKAN MASUM : UM KUASAI ACARA MEMANAH

 

Shah Alam 17 Mei : Universiti Malaya (UM ) menyerlah apabila mengungguli acara memanah pada Sukan Masum 2006 dengan memungut 3 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa.

 

UM menggondol pingat emas menerusi  Amirullah Ahmad bagi kategori FITA dan Olympic Round. UM juga berjaya memperoleh pingat emas dalam acara berpasukan lelaki dalam kategori Olympic Round.

 

Manakala Faizilnizam Ibrahim meraih perak dalam kategori FITA Round dan gangsa bagi  Olympic Round

 

UiTM juga turut cemerlang  apabila berjaya memungut 1 emas, 2 perak dan 3 gangsa dalam acara memanah. Emas UiTM diperolehi dalam acara berpasukan wanita menerusi kategori Olympic Round. Bagi Kategori Olympic Round individu lelaki, Muhammad Noor Mahamed berjaya merangkul pingat perak dan gangsa bagi kategori FITA Round.

 

Pingat Perak kedua UiTM berjaya dirangkul menerusi kategori Olympic Round berpasukan lelaki. Manakala Najwa Johari berjaya merangkul pingat gangsa menerusi kategori FITA Round keseluruhan  individu wanita.

 

Sukan MASUM 2006: UM RAIH EMAS ACARA BOLA JARING

 

Shah Alam, 16 Mei – Kelebihan satu jaringan memberi kelebihan buat pasukan  Universiti Malaya (UM) apabila menjuarai acara bola jaring di Kejohanan Sukan MASUM 2006 menewaskan pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kiraan, 35-34  di perlawanan akhir yang berlangsung di kompleks sukan UiTM, petang semalam.

 

Walaupun pasukan UPM juga dibarisi beberapa pemain kebangsaan, UM membuktikan bahawa mereke juga mampu memberi saingan.

 

UM memulakan cabaran dengan mengatasi UPM dengan kiraan 19-15 pada suku masa pertama. Namun UPM yang seakan tercabar dengan corak permainan pihak lawan pantas  mempertingkatkan usaha. Akhirnya mereka berjaya mengejar sekaligus menambah 5 mata lagi, untuk mengikat kedudukan 20-20 sehingga tamat separuh masa pertama.

 

Selepas berehat, percaturan strategi jurulatih UM, Norsham Abdullah, yang menjangkakan serangan balas UPM memperkukuhkan bahagian pertahanan bagi mematahkan serangan pihak lawan.

 

Biarpun peluang banyak memihak kepada UPM, namun UM terus cuba menambahkan  jaringan bagi menjarakkan  kedudukan walaupun masing – masing saling berbalas mata jaringan.

 

Ketinggalan dua mata pada mata minit – minit terakhir, menyedarkan UPM untuk bangkit dengan permainan pantas. Annabell Gombi selaku penjaring (GS), dan penyerang (GA), Siti Nohanizah Ahmad berjaya menambah jaringan sehingga memaksa perlawanan diteruskan dalam masa tambahan.

 

Permainan makin sengit dan mendebarkan. Kali ini UM pula cuba mengawal rentak permainan lawan. Akhirnya jaringan emas dari Yogeswari A/P Subramaniam (GS) hasil hantaran Syahirah Mahmud Suid ( C ), melenyapkan impian UPM untuk memenangi perlawanan. 

 

“Permainan tadi nampak sama rata, dan kedua dua pasukan mempamerkan permainan seperti di peringkat kebangsaan”. ujar Norsham. 

 

Sementara itu pada perlawanan sebelumnya, UiTM selaku tuan rumah untuk Kejohanan kali ini, berjaya menumpaskan Universiti Tenaga (UNITEN) dengan kiraan mata, 47-39 untuk menduduki tempat ketiga.

 

WILAYAH PERSEKUTUAN SASAR 50 EMAS

Kuala Lumpur, 16 Mei –Kontinjen Sukma  Wilayah Persekutuan yakin mencapai misi meraih 50  pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Kedah yang akan bermula Selasa depan.

 

Menterinya Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique berkata, keyakinan itu dilihat berdasarkan kepada prestasi semasa yang dipamerkan oleh atlet-atlet yang akan menyertai temasya sukan itu nanti.

 

Menurutnya, atlet-atlet dipilih daripada gabungan tiga kawasan terbesar iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

 

‘‘Kami mensasarkan lebih daripada 50 pingat emas pada temasya sukan ini,” katanya kepada pihak media pada majlis pelancaran logo dan maskot kontinjen Wilayah Persekutuan di Pusat Konvensyen Sime Darby, semalam.

 

Pada majlis yang sama , Zulhasnan turut menyerahkan bendera Wilayah Persekutuan kepada Ketua Kontijen Negeri, Datuk Bakaruddin Othman.

 

Kotinjen  Wilayah Persekutuan memilih tupai yang digelar Wila sebagai maskot pada kali ini.

 

Turut hadir pada majlis tersebut  Ketua Setiausaha Negara merangkap Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Dato’ Ab. Hakim Borhan, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Tuan Haji Abidin Arshad  dan Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Roselina Idrus.

 

Kontinjen Wilayah Persekutuan akan menyertai kesemua 26 acara sukan yang dipertandingkan dengan menghantar seramai 381 atlet yang terdiri daripada  255 lelaki dan 156 atlet wanita.

 

Manakala Majlis Sukan Wilayah Persekutuan menyediakan 87 Pengurus dan jurulatih serta 240 orang petugas.

 

 ‘‘Saya berhasrat agar kesemua atlet mempunyai jati diri yang kukuh supaya dapat membawa pulang pingat yang telah disasarkan,". Kata Roselina Idrus

 

T. RAVICHADRAN TAWAN PUNCAK EVEREST

 

Tibet, 16 Mei – Semalam tercoret satu lagi cacatan sejarah tahahair apabila T. Ravichandran, yang mula mendaki ke puncak pada jam 10 malam (14/5/2006) telah berjaya sampai ke puncak Gunung Everest ( 8848.15meter) dari laluan Tibet tepat jam 4.15  petang (15/5/2006) waktu tempatan.

 

Bukan sahaja sebagai orang yang pertama di rantau Asia Tenggara malah beliau juga berjaya membuktikan cabaran Malaysia Boleh mampu menawan puncak tertinggi dunia.

 

Beliau tidak patah semangat walaupun terpaksa, mendaki melebihi 12 jam dari paras 8,300 meter ke puncak 8 848.15 meter dan biarpun penat beliau terus turun semula ke khemah di paras ketinggian 5,6000 meter kerana khemah pada ketinggian 6 8 300 meter tidak sesuai untuk bermalam.  

 

Cuaca yang sejuk di Puncak Gunung Everest sedikit pun tidak melemahkan Ravi untuk mengibarkan Jalur Gemilang buat pertama kalinya dalam sejarah tanahair. Semangat  Ravi telah membuktikan yang rakyat Malaysia kini boleh berdiri standing dengan pendaki – pendaki antarabangsa.

 

Justeru, ayuh rakyat Malaysia! marilah sama- sama kita doakan kepulangan beliau ke Malaysia yang dijadualkan pada 9/6/2006 dengan selamat. Di harap  kejayaan beliau ini akan menjadi sumber inspirasi dan peniup semangat pada generasi belia era kini – ‘Belia Bina Bangsa, Belia Berwawasan, Belia Malaysia’.

 

Liga Hoki Remaja : MPPJ JUARA BARU

 

Bukit Jalil,  14 Mei – Majlis Perbandaran Petaling Jaya ( MPPJ ) membuat kejutan apabila berjaya menewaskan juara bertahan, Sekolah Sukan Bukit Jalil ( SSBJ ) 4-3 sekaligus dinobatkan sebagai juara Liga Hoki Remaja 2006.

 

Kejohanan yang bermula pada 10 Mac lalu di sertai sembilan pasukan  Divisyen 1 dan 10 pasukan Divisyen 2.

 

Tambah manis kejayaan itu bukannya datang bergolek kerana MPPJ terpaksa bangkit berjuang daripada ketinggalan tiga gol bagi menafikan SSBJ memenangi kejuaraan tiga musim berturut-turut.

 

Turun sebagai pasukan bukan pilihan tidak menyentap semangat anak didik Roslan Salikon yang ketinggalan 3-0 selepas SSBJ bermula garang dengan mendahului  menerusi dua gol jaringan sudut penalti Baljit Singh minit ke 22 dan ke 33. Kemudian Herwan Pami menyempurnakan satu lagi gol hasil tolakan dekat bola lantunan pukulan sudut penalti minit ke 46.

 

Tatkala kejuaraan sudah hampir dalam genggaman SSBJ bimbingan jurulatih V Muraleedharan, MPPJ pantas bangkit mencari peluang untuk jaringan gol. Usaha mereka akhirnya berbaloi apabila Mohammad Noor Khairul Azrain Adnan menjaringkan dua gol minit ke 57 dan minit ke 63 serta satu gol lagi menerusi Hafis Jami minit ke 58 bagi mengikat kedudukan untuk memaksa perlawanan ke masa tambahan.

 

Di masa tambahan permainan tampak sengit. Masing – masing memperhebatkan asakan. Tidak sampai satu minit MPPJ terlebih dulu meranapkan impian SSBJ, juara Divisyen satu musim ini, melalui gol jaringan emas ketua pasukan Mohd Muhsin Hamsani yang  menolak masuk bola hasil perebutan di dalam kawasan D lawan.

 

“ Saya amat berterima kasih berjaya beraksi mengikut perancangan. Walaupun ketinggalan, mereka tidak tertekan dan bermain dengan semangat juang yang tinggi. Itu kelebihan kami”. kata Roslan.

 

Sementara itu, perlawanan sebelumnya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya menewaskan SSBJ Junior untuk menduduki tempat ketiga selepas mencatatkan kemenangan 1-0 menerusi jaringan tunggal Vickneswaren Mohan minit ke 37.

 

Turut hadir di majlis penyampaian hadiah ialah Presiden Persatuan Hoki Malaysia,Yang Amat Mulia Raja Nazrin Shah .

 

SUKMA :  KONTIJEN SELANGOR TEKAD PERTAHAN KEJUARAAN

 

Bangi, 13 Mei – Dengan laungan ikrar oleh Kontijen Selangor, nyata mereka sudah siap sedia menyahut cabaran sekaligus berazam mahu menambah koleksi gelaran juara keseluruhan Sukan Malaysia ( SUKMA ) kali ke – 11 yang akan berlangsung di Kedah bermula 24 Mei hingga 4 Jun 2006.

 

Keyakinan ini ditambah lagi apabila  berlangsungnya majlis penyerahan Bendera Kontijen Sukma kepada Ketua kontijen yang juga EXCO Sukan Negeri  Selangor Dato Ahmad Nawawi Dato’ M. Zin

 

Turut hadir, Pengarah Eksekutif MSN Selangor, Haji Mohd Zubir Haji Idrus, Pemangku Penolong Pengarah Pembangunan Sukan Mohamad Nizam Marjugi dan Penolong Pengarah Pengurusan Mohamad Taufeq Haji Shah Rawi. 

 

Sebagai persediaan rapi untuk Sukma kali ini, kontijen Selangor telah mengadakan kem “Tuaian Emas”  yang mana menetapkan matlamat Selangor untuk mencapai sasaran 80 pingat emas.

 

Disamping bekalan ilmu, pengisian kem ini meliputi persediaan rapi dari segi kekuatan mental dan fizikal setiap ahli pasukan, pegawai, pengurus dan jurulatih pasukan terutamanya untuk menyelaras dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pasukan masing – masing.

 

Kontijen Selangor akan diwakili 621 orang terdiri daripada  418 orang atlet yang akan menyertai  27 acara sukan kecuali angkat berat wanita. Sementara itu, seramai 94  orang  pegawai dan jurulatih serta 79 orang urusetia akan turut serta dalam kontijen Selangor.

 

Sebagai menghargai sumbangan atlet dan pengurusan, Kerajaan Negeri Selangor juga telah memperuntukkan sejumlah imbuhan kepada pemenag pingat di SUKMA ke – 11.

 

i.              Bagi mereka yang menang dan memecahkan rekod SUKMA akan diberikan imbuhan  RM 5,000 ( bagi acara individu )  dan RM 3,000 ( bagi acara berpasukan )

 

ii.             Bagi pemenang pingat emas, perak dan gangsa akan mendapat insentif sebanyak :

 

( acara iindividu )

RM 2000 – Emas

RM 1000 – Perak

RM   800 – Gangsa

 

( acara berpasukan )

RM 1000 – Emas

RM   800 – Perak

RM   500 – Gangsa

 

iii.            Sementara bagi pengurusan jurulatih pula akan

                mendapat :

 

( bagi setiap acara individu dan berpasukan )

 

RM 1000 – Emas

RM   500 – Perak

RM   300 – Gangsa 

 

Namun jika Selangor menjadi Johan keseluruhan SUKMA pada kali ini, semua penyumbang akan menerima imbuhan tambahan sebanyak sebanyak RM 500 seorang. Insentif ini akan disampaikan secara tunai sebanyak 50% di Kedah.

 

 

JEPUN UNGGULI ASIA X-GAMES 2006
 

Kuala Lumpur, 12 Mei – Kejohanan  X-Games Asia 2006 yang berlansung selama tiga hari di Taman Tema Sunway Lagoon, berakhir dengan jayanya.  Sekali lagi Malaysia membuktikan kemampuan menjadi tuan rumah yang berjaya selepas Korea pada 2005.

 

Pertandingan yang bermula pada 12 Mei hingga 14 Mei ini mendapat sambutan yang cukup menggalakan dari penggemar sukan ekstrim dalam dan luar negara. Selain Malaysia, sebelas pasukan dari negara Asia dan Amerika Syarikat turut mengambil bahagian.

 

Antara acara yang dipertandingkan Inline Park , Inline Vert , Skateboarding Street , Skateboarding Vert dan Skateboarding Best Trick.

 

Bagi kategori Skateboarding Best Trick, atlit negara Ahmad Padin b.Musa hanya mampu menduduki  tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai US600. Acara ini diungguli peserta  Amerika  Dayne Brummet manakala Lin Che dari China  tempat kedua.

 

Ahmad Padin dan  Mohd Fuad Saifullah  turut bertanding dalam acara Skateboarding Park namun hanya mampu menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik.

 

Dalam kategori Inline Vert peserta adik beradik dari Jepun, Eito Yasutoko dan Tekashi Yasutoko  nyata sukar ditandingi. Eito Yasutoko muncul juara diikuti Tekashi Yasutoko dan ketiga Tomohika Nakamura. Melengkapkan penguasaan negara Matahari Terbit ini peserta tunggal wanitanya, Ayumi Kawasaki tempat keempat.

 

Bagi kategori Inline Park , tiga peserta negara kandas di pusingan awal. Sekali lagi peserta dari Jepun berjaya membuktikan  kemampuan mereka apabila Soichiro Kanashima menguasai kategori ini dengan menewaskan peserta dari Amerika. Agak membanggakan apabila peserta Thailand, Worapoj Boonim berada dikedudukan ketiga.

 

Secara keseluruhan penglibatan peserta tempatan cukup mengalakkan. Namun pengalaman dan pendedahan yang terhad menjadi penghalang utama untuk bersaing dengan peserta yang jauh berpengalaman. Di peringkat Asia, peserta negara tampak boleh bersaing namun untuk pergi lebih jauh, banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari.

 

Apapun Malaysia membuktikan bahawa kita merupakan penganjur terbaik, malah sukan X-treme semakin mendapat tempat di negara ini.

 

 

Kehangatan Piala Dunia bersama Celcom

 

Celcom (M) Berhad penaja bersama TM Liga Malaysia turut memeriahkan sambutan  Piala Dunia 2006 dengan melancarkan  promosi dan produk berkaitan bolasepak. Malah Celcom bakal menghangatkan lagi suasana Piala Dunia dengan pelancaran kempen “Football Mad Nation”.

 

Majlis pelancaran Football Mad Nation disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sazali Ramly di Wisma Celcom Jalan Semarak baru-baru ini. Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Celcom, Datuk Zubir A Rasid.

 

Menyedari bolasepak merupakan salah satu permainan paling diminati di Negara ini, Celcom berharap kemeriahan Piala Dunia dapat dikongsi bersama pengguna Celcom dengan menawarkan pelbagai aktiviti dan promosi yang menarik.

 

Malah bagi membuktikan kesungguhan Celcom menyemarakkan kemeriahan Piala Dunia 2006, Celcom telah melantik empat pemain bolasepak dari liga Premier England iaitu Ryan Giggs, Steven Gerrard, Micheal Owen dan Robert Pires sebagai ikon bagi Celcom.

 

Selain menjadi Power Icon bagi Celcom keempat-empat pemain ini dipilih berdasarkan personaliti dan populariti mereka di negara ini. Malah Celcom berharap dengan menggunakan pemain ini dalam program promosinya akan dapat membawa Celcom ke peringkat global dan mendapat pengiktirafan sebagai jenama terkemuka dunia.

 

Celcom juga mendapat hak esklusif untuk menggunakan gambar pasukan Brazil dalam produknya seperti pak permulaan dan kad caj semula. Selain itu, Celcom juga akan memasarkan telepon bimbit esklusif Black Ice Samba.

 

Celcom juga menawarkan pelbagai kandungan esklusif kepada pengguna telepon bimbit seperti nada dering, wallpapers, call me tones dan permainan. Juga muat turun percuma gambar pemain bolasepak FIFA bagi pengguna Xpax dan prabayar.

 

 

Liga Hoki Remaja :

MPPJ MARA KE PUSINGAN AKHIR

 

Bukit Jalil, 10 Mei – Kelebihan satu gol  dalam kiraan agregat nyata memberi kelebihan kepada pasukan MPPJ walaupun tewas 1-3 kepada Tenaga Nasional Berhad dalam perlawanan separuh akhir kedua Kejohanan Liga Hoki Remaja yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit  Jalil, petang semalam.

 

TNB mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan ini namun tidak cukup untuk membawa mereka ke perlawanan akhir setelah tewas 4-I pada perlawanan separuh akhir pertama.

 

Bekas juara ini mendahului melalui pukulan tepat M. Vickneswaren minit ke 21.  Namun 7 minit kemudian MPPJ  pantas menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Hafis Jasni.

 

Ketika barisan pertahanan MPPJ kelihatan kelam kabut, TNB bijak menggunakan peluang dengan menambah jaringan yang dilakukan oleh Fakharul Fahmi minit ke 32.

 

Separuh masa kedua permainan makin sengit. Kedua-dua pasukan saling mempertingkatkan serangan. Yuvaraj Muniandy lebih dulu menjaringkan gol minit ke 45 sekaligus menyuntik semangat TNB untuk terus menambah jaringan.  

 

Saat – saat akhir TNB diberikan pukulan sudut, namun gagal disempurnakan oleh Fakharul Fahmie apabila pukulannya terkena tiang gol. Tambah malang pemain TNB, Adam Mustafa dilayangkan kad kuning minit ke 65 atas kesalahan bertindak kasar ke atas pemain MPPJ .  

 

Kad merah turut dilayangkan kepada pemain TNB, Yuvaraj Muniandy kerana  melemparkan kata – kata kesat kepada ketua pengadil Ravinderpal Singh.

 

Taktik memperlahankan permainan oleh MPPJ nyata memberi tekanan kepada TNB. Namun MPPJ berjaya menggekallkan kedudukan untuk layak ke final dengan aggregat 5-4.

 

."Apapun saya berpuas hati dengan prestasi pemain dan kita akan menumpukan perhatian untuk bertemu dengan BJSS di perlawanan akhir ahad ini” jelas jurulatih pasukan MPPJ, Roslan Salikon.

 

14 Mei 2006 ( Ahad )

Perlawanan akhir : MPPJ vs BJSS (5 pm)

Tempat ketiga & keempat : BJSS Junior vs Tenaga Nasional Berhad (3 pm )

 

PKNS GAGAL PINTAS MELAKA

 

Kelana Jaya, 10 Mei 2006 – Pasukan PKNS Selangor kekal ditangga kedua Kumpulan B selepas seri 0-0 pada perlawanan menentang Skuad Ibu Kota, Kuala Lumpur di Stadium Petaling Jaya semalam.

 

Nyata dengan keputusan ini, peluang PKNS Selangor untuk mencabar kedudukan juara kumpulan B gagal  setelah pencabarnya, Melaka menang besar 7-1 ke atas Kelantan TNB pada satu lagi aksi yang berlangsung di Stadium Hang Jebat. 

 

Dengan hanya berbaki satu perlawanan lagi, Melaka selesa dengan 43 mata, lima mata mengatasi PKNS Selangor.

 

Sementara itu, PKNS Selangor akan menamatkan saingan musim ini menentang Johor FC di Stadium JCorp, pada 22 Mei depan sementara Melaka akan berkunjung ke Ibu Kota menentang Kuala Lumpur di Stadium Kuala Lumpur, Cheras.

 

 

MALAYSIA TERLEPAS IMPIAN PIALA THOMAS

 

TOKYO, 6 Mei - Impian Malaysia untuk merampas kembali Piala Thomas selepas 14 tahun tidak kesampaian apabila tewas 2-3 kepada Denmark di saingan separuh akhir di Gimnasium Metropolitan Tokyo di sini hari Jumaat.

Kesangsian pemain perseorangan Kuan Beng Hong untuk memberi mata nikmat kepada Malaysia ternyata jelas apabila beliau tumbang kepada Joachim Persson 21-12, 21-19 dalam masa 32 minit, selepas kedudukan terikat 2-2.

Selain kejayaan tipis itu, Denmark turut melakar sejarah kejohanan badminton berprestij itu apabila bertemu China buat kali kedua berturut-turut selepas tewas 1-3 pada edisi lepas (2004) pada perlawanan akhir sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1948.

Denmark layak ke perlawanan akhir selepas 10 tahun.

Sebelum itu juara bertahan China pula dengan mudah menghampakan Indonesia 3-0 pada satu lagi saingan separuh akhir untuk mara ke perlawanan akhir Ahad ini.

Malaysia kali terakhir menjulang Piala Thomas pada 1992 selepas menewaskan Indonesia 3-2 di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Denmark kali terakhir beraksi di final ialah pada tahun 1996 di Hong Kong tetapi dibelasah 5-0 oleh Indonesia.

Sebelum turun ke gelanggang, barisan "Harimau Malaysia" sudah pun patah semangat dengan ketiadaan ketua pasukan Wong Choong Hann yang mengalami kecederaan urat buku lali kanan Rabu.

Harapan ke atas pemain perseorangan pertama negara Lee Chong Wei untuk meniup semangat pasukan tidak menjadi apabila beliau tewas 19-21, 18-21 kepada Peter Gade dalam pertarungan hampir sejam.

Chong Wei, pemain nombor dua dunia, mengakui persembahannya hari ini kurang menyerlah.

Bagaimanapun, Malaysia menyamakan kedudukan 1-1 apabila beregu muda negara Chong Chong Ming/Koo Kiwen Keat mengejutkan pasangan utama dunia Jens Eriksen/Martin Lundgaard Hansen dalam set rubber 21-17, 28-30 dan 21-6 dalam masa 68 minit.

Dalam set kedua, Chong Ming dilayangkan kad merah oleh pengadil Girish Natu dari India kerana melambatkan perlawanan dan satu mata diberikan kepada beregu Denmark itu.

Dalam set penentuan, Chong Ming/Kien Keat tidak menghadapi tentangan untuk mencatatkan kemenangan 21-6 dalam masa 12 minit manakala pihak lawan turut dikenakan kad merah kerana melambatkan perlawanan.

Kien Keat menyifatkan kemenangan itu atas kepercayaan dan keyakinan ketua jurulatih Yap Kim Hock menyenaraikan mereka dalam saingan separuh akhir walaupun gandingan tersebut kalah pada beregu Korea Selatan pada suku akhir kelmarin.

Eriksen pula berkata beregu Malaysia itu mengawal perlawanan dan memiliki keupayaan mental yang kental.

Dalam pertarungan ketiga, Muhd Hafiz Hashim tewas 22-20, 12-21, 17-21 dalam masa 52 minit di tangan Kenneth Jonassen.

Kekalahan itu menggoyah kedudukan Malaysia tetapi beregu berpengalaman Choong Tan Fook/Lee Wan Wah menghidupkan semula harapan apabila menumpaskan gandingan muda Boe Mathias/Carsten Mogensen 21-13, 15-21, 21-19.

Sejak bermula kejohanan itu, hanya tiga negara menguasainya dengan Indonesia memenanginya sebanyak 13 kali manakala Malaysia dan China, masing-masing lima kali.

Pada saingan Piala Uber pula, China akan menentang Belanda pada perlawanan akhir Sabtu.

 

 

KECEDERAAN BUKAN PENGHALANG – Choong Hann

 

 

TOKYO, 4 Mei - Pemain badminton nombor dua Malaysia Wong Choong Hann masih bersemangat tinggi untuk meneruskan kerjayanya bagi negara walaupun kecederaaan buku lali yang dialami akan memaksa beliau tidak dapat aktif hampir enam bulan.

Pemain nombor lapan dunia itu berkata buat masa ini beliau hanya mahu kembali dan menjalani pembedahan di Malaysia dan akan memikirkan mengenai kerjayanya kemudian.

"Saya okay. Saya tidak bimbang mengenai kerjaya saya kerana tumpuan saya kini ialah mendapatkan pakar bedah terbaik di Malaysia," katanya kepada pemebrita sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Narita.

Pasukan pilihan kedua Malaysia mara ke separuh akhir tanpa ketua pasukan itu dengan menewaskan Korea Selatan 3-2 dalam perlawanan suku akhir Piala Thomas di Stadium Metropolitan Tokyo di sini semalam.

Choong Hann, pemain perseorangan kedua dalam perlawanan suku akhir menentang Korea Selatan semalam, mendahului Park Sung Hwan 10-6 dalam set pertama sebelum mengalami kecederaan buku lali kanannya untuk membolehkan Korea Selatan mendahului 2-1.

Pemain perseorangan ketiga negara Muhd Hafiz Hashim memperoleh mata kemenangan 21-17, 21-10 ke atas Young Soo untuk mencatatkan mata 3-2 bagi Malaysia.

Malaysia akan bertemu Denmark dalam perlawanan separuh akhir Piala Thomas, petang esok.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Liow Tiong Lai yang menolak kerusi roda Choong Hann ke pintu masuk hotel berkata beliau akan memastikan pemain itu akan mendapat rawatan terbaik di Malaysia.

"Majlis Sukan Negara (MSN) akan memutuskan rawatan terbaik bagi Choong Hann. Lebih baik beliau pulang ke tanah air secepat mungkin kerana saya dimaklumkan pakar bedah terbaik di Jepun hanya akan ada pada Selasa depan," katanya.

Tiong Lai berkata Menteri Belia dan Sukan Datuk Azalina Othman Saaid yang kini berada di Jamaica telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan Azalina telah meminta beliau menguruskan Choong Hann.

 

ANALISIS PERLAWANAN PIALA THOMAS / UBER JEPUN 2006

 

BERMULA penuh berhati-hati dan tidak agresif kerana gelanggang berlawan angin, masing-masing mengejar mata tetapi Chong Wei sentiasa di depan. Pada kedudukan terikat 17-17, Chong mempertingkat permainan untuk menang 21-17. Dalam set kedua, dia lebih yakin dan mula menyerang dan mudah memenanginya 21-14.
“Saya bermula berhati-hati kerana tidak mahu melakukan kesilapan dan juga angin bertiup dari arah belakang,” kata Chong Wei. “Tetapi selepas menang set pertama saya lebih yakin dan mula menyerang dan menguasai sepenuhnya permainan.”
“Chong Wei bermain baik hari ini,” kata Hyun-il. “Saya tidak dapat mengagak pukulannya dan juga gagal menemui rentak permainan saya. Hari ini semua tidak menjadi buat saya.”

CHAN CHONG MING-KOO KIEN KEAT kk JUNG JAE-SUNG-HWANG JI-MAN


BERMULA perlahan dan ketinggalan 4-11 sebelum mengejar tetapi gagal melakukan asakan dan terlalu berhati hingga Korea memenangi set pertama 18-21. Dalam set kedua bermula garang dan mendahului empat mata dan hampir menamatkan perlawanan tetapi membiarkan Korea bangkit menyamakan kedudukan dan mencuri set kedua 24-22.
“Kami bermain buruk sekali,” kata Kien Keat. “Mungkin kerana mahukan kemenangan hingga kami tidak dapat bermain seperti biasa. Saya kecewa kerana kami sepatutnya bermain lebih baik.”
“Saya tidak tahu apa yang berlaku hari ini,” kata Chong Ming. “Pergerakan dan pertahanan kami lemah. Bukan kerana kami takut dengan Korea tetapi kami tidak dapat beraksi dengan sempurna hari ini.”

WONG CHOONG HANN kk PARK SUNG-HWAN
TERIKAT 1-1, Malaysia penuh yakin Choong Hann dapat memberikan mata kedua dan dia bermula penuh garang dengan permainan cemerlang mengawal semua gerakan dan memerangkap Sung-hwan dengan pukulan smash kencang. Tetapi ketika berada pada kedudukan selesa 10-6 set pertama, malang menimpa apabila mengalami kecederaan buku lali dan terpaksa menarik diri dan menyerahkan kemenangan kepada Sung-hwan.

CHOONG TAN FOOK-LEE WAN WAH mn HAN SANG-HOON-LEE YONG-DAE
TERTEKAN dengan malang yang menimpa Choong Hann, pasangan veteran negara ini menampilkan permainan penuh bersemangat dan begitu garang dalam gelanggang. Begitu agresif dengan smash kencang dan permainan jaring, Tan Fook-Wan Wah tidak memberi ruang kepada Sang-hoon-Yong-dae dan menyamakan kedudukan buat Malaysia dengan kemenangan 21-18, 21-19.
“Kami gembira dapat menyamakan kedudukan untuk pasukan,” kata Wan Wah. “Saya rasa kami berjaya mengawal hadapan gelanggang dengan baik dan juga agresif terhadap lawan."
“Memang kami bersemangat untuk turun ke gelanggang dan memberikan yang terbaik dan berhasil menciptakan kemenangan," kata Tan Fook.

HAFIZ HASHIM mn JANG YOUNG -SOO
PERMAINAN terbaik ditunjukkan Hafiz. Pada saat diperlukan dia tidak mengecewakan dan menepis semua tanggapan mengenai kemerosotan permainan. Strateginya mudah, memerangkap lawan di jaring, dengan memaksa Young -Soo mengangkat bola tinggi dan dimatikan dengan smash kencang ataupun bolanya terkandas di jaring, Hafiz begitu sempurna. Menang mudah 21-17, 21-10 dalam 29 minit untuk mata kemenangan dan membawa Malaysia ke separuh akhir.
“Saya gembira menyumbangkan mata kemenangan buat Malaysia,” kata Hafiz. “Semuanya menjadi buat saya dan dengan pukulan jaring yang mantap smash kencang. Disebabkan angin di belakang saya, saya lebih banyak bermain di jaring dan ini memaksa Young -Soo mengangkat bola tinggi dan mudah saya mengetuk masuk.”

 

Piala Thomas: China, Indonesia berentap di separuh akhir

 

JUARA bertahan, China akan bertembung dengan Indonesia dalam saingan separuh akhir kejohanan badminton Piala Thomas selepas melepasi halangan masing-masing di Gimnasium Metropolitan, Tokyo, semalam.


Sambil China mudah menewaskan England 3-0, Indonesia tersentak apabila pemain pilihan, Taufik Hidayat tewas dalam perlawanan pertama sebelum menang 3-1 mengatasi pasukan tuan rumah, Jepun.

Kemenangan kedua-dua pasukan itu menyaksikan China dan Indonesia membuat perhitungan di separuh akhir, esok bagi menentukan pasukan yang mara ke final, Ahad ini bertembung sama ada pemenang di antara Malaysia dan Denmark.

China, yang tidak diuji sepanjang kejohanan ini, terbukti dalam kelas tersendiri menentang pasukan lemah England dengan Lin Dan menyumbangkan mata pertama mengalahkan Andrew Smith 18-21, 21-12, 21-12.

Mata kedua China disumbangkan beregu Cai Yun-Fu Haifeng yang membelasah Kristian Roebuck-Ian Palethorpe 21-14, 21-12 sebelum Bao Chunlai memastikan kemenangan dengan mengalahkan Nicholas Kidd 21-12 dan 21-15.

Bagaimanapun, Indonesia bangkit menyamakan kedudukan apabila gandingan keduanya Luluk Hadiyanto- Alven Yulianto yang diletakkan pasangan pertama mengalahkan Keita Masuda-Tadashi Ohtsuka 21-13, 21-16.

Mata kedua Indonesia disumbangkan perseorangan keduanya Sony Dwi Kuncoro yang terus mempamerkan permainan mantap untuk mengalahkan Sho Sasaki 21-13, 21-16 dan beregu mudanya Markis Kidho-Hendra Setiawan memastikan kemaraan Indonesia kejayaan 21-15, 21-18 ke atas Shintaro Ikeda-Shuichi Sakamoto.

 

MOHD NAZRI NG WINS RD 1 OF PANGLOBAL KBS A1 DRIVER SEARCH

Nik Ammar and Abd Razak take remaining podium spots

SEPANG 2nd MEI 2006 - The first round of the revamped PanGlobal race driver search programme, now renamed the 2006 PanGlobal KBS A1 Driver Search with Alex Yoong, was run in bright sunshine in the Sepang International Kart circuit last Sunday.

 
Mohd Nazri Ng bin Mohd Noordin Ng, a 28 year old technician from Gombak, Kuala Lumpur snatched victory from third on the grid from Nik Ammar Mohammed and Abd Razak Abd Halim to win the final 8 lap race. 
 
A delighted Mohd Nazri said after the race, "I've tried many times to qualify for the Grand Final last year but was unlucky under various circumstances. I am very happy as I had now qualified for the Grand Final in my first attempt with a good kart balloted by me."
 
Six drivers from each round qualify for the Grand Final to be held in August later this year where the champion will be sponsored for a Formula Malaysia/Hayabusa race as well as join the A1 Team Malaysia as a crew member for the A1 GP weekend in Sepang in November 2006.
 
Second placed 30 year old Nik Ammar had a storming race as he had to fight through the field from eighth on the grid. He said, "I had a great start and a good kart. I can't wait for the Grand Final."
 
Abd Razak who finished third is a veteran in terms of seniority as he is the only 50 plus karter of the field. He had been an active participant of the PanGlobal races in the past two years. Abd Razak, the pole sitter, lamented that, "I lost a couple of spots at the start as I got sandwiched in the drive through turn 1 but I'm happy nevertheless for getting third."
 
Another three competitors in the Rd.1 final race also qualified to join the top-three to the Grand Final in August. They are Daniel Lim, Syazril Amri Abd Rahman and Ramsey Rizal Radzmi who finished in fourth to sixth respectively.
 
Alex Yoong who was present in the event was pleased with the quality of racing, "The final race was very exciting and closely fought out. There were little difference in the talent of the final eight competitors and Mohd Nazri did very well to convert a good start to a win."

The PanGlobal KBS A1 Driver Search with Alex Yoong is organised by the Malaysia Motorsport Organisers & Competitors Association (MMOCA) and sponsored and promoted by PanGlobal Insurance Bhd., co-sponsored by The Ministry of Youth & Sports and supported by A1 Team Malaysia, Alex Yoong and the KartQuest Circuit. 
 
Round 2 will be held on the 21st May at the same venue. Entry forms can be obtained by emailing to mmoca@alexyoong.com or calling 03-7981 6564.  

 

 

BOWLING, BILLIARDS IN MACAU '07 

 

Bowling and Billiards are among six new sports that have been included in the second edition of the Asian Indoor Games which will be held in Macau from 26 October to 3 November 2007.

 

Also included in the list are Chess, Dragon and Lion Dance, Electronic Sport and Indoor Hockey to make a total of 15 sports.

 

At the inaugural games held in Bangkok last year, which was held in Bangkok, Phuket and Suphan Buri, the nine sports that were contested are: Aerobics, Muay, Extreme Sports, Dance Sport, Futsal, Hoop Takraw, Indoor Cycling, Swimming and Indoor Athletics.

 

“All the nine sports have been retained and another six added making a total of 15 sports for 2007. For the next games that will be held in Vietnam in 2009, the number of sports would be projected to increased to 21,” said Olympic Council of Malaysia (OCM)  Vice President, Prof W.Y.Chin.

 

Prof Chin attended the Olympic Council of Asia (OCA) Co-Ordination Meeting held in Macau last week.

 

“OCA expects all listed sports to take part in this games, failing which the sport might not be included in the next games,” added Prof Chin, who attended the meeting in his capacity as the Executive Vice President, Asian Confederation of Billiards Sports and also its appointed technical delegate.

 

OCA also reminded all sports that have no National Association accredited to the National Olympic Committees (NOCs) to find means to obtain accreditation with the NOC concerned.

 

“In our context, Dragon and Lion Dance, Electronic Sport, Extreme Sports and Muay do not have a National Association that is accredited with OCM and they have to find means to do so with OCM.

 

“ Entry through NOC’s is mandatory,’’ said Prof Chin who is also the President of Malaysian Snooker and Billiards Federation (MSBF).

 

OCA has also decided that the closing date for entry by number is 29 June 2007 whereas the dateline for entry by names is 14 September 2007.

 

Host Macau has announced that most of the modern facilities built for the 4th Far East Games in 2005 will be used for the 2nd Indoor Asian Games.

 

The list of Sports:

  • Aerobics

  • Billiards

  • Bowling

  • Chess (Chinese and International)

  • Dragon and Lion Dance

  • Dance Sport

  • E-Sports (Skatebord, Inline Skate, BMX and Sports Climbing)

  • Extreme Sports (X-Sports)

  • Futsal

  • Hoop Takraw

  • Indoor Athletics

  • Indoor Cycling (Artistic Cycling, Cycle Ball)

  • Indoor Hockey

  • Muay

  • Swimming (short course 25m)

KEJOHANAN BOLASEPAK BAWAH 19 TAHUN PEREMPUAN ASIA 2006

 

 

Kuala Lumpur : Perlawanan dalam Kumpulan B menyaksikan pasukan negara menamatkan perlawanan peringkat kumpulan tanpa kemenangan. Hasrat Ketua Jurulatih Ibrahim Muhamad untuk menyaksi anak anak buahnya menjaringkan satu gol semasa menentang China tidak kesampaian. Namun adalah diharapkan bahawa pemain pemain tidak berputus asa dan dapat meneruskan perjuangan dalam menaikan taraf bolasepak wanita dinegara ini.

Berdepan dengan pasukan yang berpengalaman nyata sekali China bukanlah lawan bagi pasukan negara. Gawang pasukan negara sekali lagi dibolosi sebanyak 22 kali dimana enam dari gol tersebut dijaringkan oleh Ma Xiaoxu. Menduduki tempat kedua Kumpulan B, China akan bertemu Jepun, juara Kumpulan A dalam saingan separuh akhir, manakala Australia akan berdepan dengan Korea Utara.

Dalam satu lagi perlawanan diStadium Petaling Jaya, pasukan Australia dibawah bimbingan Alistair Edwards menempah tempat keseparuh akhir dengan menewaskan Jordan 7 - 0.

 

AIRASIA TAJA SKUAD KEBANGSAAN BAWAH 20
 

KUALA LUMPUR 13 APRIL , Skuad bolasepak bawah 20 tahun Negara mendapat suntikan baru apabila syarikat penerbangan tambang murah nasional, AirAsia kini menjadi penaja utama.

 

Biarpun jumlah tajaan tidak dinyatakan dengan jelas namun keyakinan Air Asia terhadap kemampuan skuad ini cukup tinggi. Sebagai permulaan Air Asia akan menyediakan kemudahan penerbangan  kepada skuad ini terutama bagi perlawanan di rantau ASEAN.

 

Majlis simbolik penajaan turut dihadiri, Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad, Ketua Pegawai Eksekutif  Kumpulan Air Asia, Dato’ Tony Fernandes, Timbalan Presiden FAM, Dato’ Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Kamaruddin Meranun. Turut serta semua pemain skuad bawah 20 tahun Negara.

 

Air Asia yang diketahui mempunyai hubungan penajaan dengan kelab Liga Perdana England, Manchester United juga akan memberi ruang kepada skuad bawah 20 tahun Negara untuk menyertai latihan di Akademi Bolasepak Manchester di Carrington, Manchester.  Akademi yang cukup terkenal melahirkan pemain seperti David Beckham, Ryan Giggs dan Naville bersaudara. Malah Air Asia dengan kerjasama FAM telah merangka perlawanan persahabatan menentang Akademi Bolasepak Manchester United pada 10 Mei akan datang.

 

Skuad kendalian K. Rajagopal kini dalam rangka persiapan menghadapi Piala Konfederasi Asia bawah 20 tahun di Kolkata India, Oktober 2006.

 

“ AirAsia amat komited dalam pembangunan belia Malaysia khususnya dalam bidang sukan. Malah kerjasama kami dengan kelab Manchester United diharap dapat membuka peluang kepada kami menyumbang kepada pembangunan sukan bolasepak Malaysia. Saya berharap skuad Malaysia Bawah 20 dapat menimba  pengalaman yang berguna terutama ketika menentang Akademi Manchester United bagi menjadi pemain bertaraf dunia, ujar Dato’ Tony Fernandes. 

 

Perkhidmatan pertama Air Asia kepada skuad ini adalah menerbangkan mereka ke Singapura bagi menghadapi perlawanan menentang Balester Khalsa FA, Sabtu ini. Biarpun tiada penerbangan Air Asia terus ke Singapura, Air Asia akan menyediakan bas yang akan membawa skuad ini ke Singapura.

 

SELANGOR MENANG BERGAYA

Farahanim Rahim
 

Kuala Lumpur, 11 April  – Selangor mempamerkan aksi mantap apabila berjaya menewaskan kelab Happy Valley dari Hong Kong, 4 – 3 pada perlawanan Piala AFC yang berlangsung di Stadium bukit Jalil, malam tadi.

 

Awal permainan, Selangor lebih banyak mengasak namun pasukan pelawat terlebih dahulu menjaringkan gol. sepakan Evanor Joao Fantin, minit ke 13 berjaya menewaskan penjaga gol Selangor, Jamsari Saiban.

 

Selangor nyata  tidak mudah mengalah, sepakan sudut Elie Aiboy disempurnakan Muhammad Shukor Adan minit 25 bagi gol penyamaan.

 

Permulaan babak kedua menyaksikan Selangor menguasai permainan sepenuhnya dan hasilnya D. Surendrenberjayamembolosi gawang Happy Valley pada minit ke-52..

 

Merah Kuning menggandakan serangan dengan menyumbat dua gol selang empat minit, kedua-duanya melalui Brian Fuentes. Gol pertama Fuentesminit ke-64 melalui tandukan dan kedua,