ARKIB BERITA MEDIASUKAN - 2007
JOHOR FC KEKAL REKOD TANPA KALAH
Oleh Aiman
Aminul
Johor
Baharu 29 Disember ; Di Stadium JCorp, Johor FC menjadi
satu-satunya pasukan mengekalkan rekod tanpa kalah selepas
mengejutkan Perak 2-0 menerusi jaringan Gustavo Fuentes dan
Ezaidy Khadar.
Gol pertama
Johor FC hadir pada minit ke-16, setelah Fuentes menyudahkan
hantaran Daudsu Jamaludin, dan walaupun Perak cuba bangkit
mencari gol penyamaan, barisan pertahanan Johor FC kebal
bertahan dan Ezaidy bingkas mengambil kesempatan kelekaan
pertahanan Perak untuk menjaringkan gol kedua seminit sebelum
tamat permainan.
seterusnya
SABAH TERUS UNGGUL, HARIMAU MUDA
TERSUNGKUR
Oleh Aiman Aminul
Tawau 28 Disember
– Sabah meneruskan penguasaan di
tangga teratas Liga Perdana
setelah mencatat satu lagi
kemenangan selesa 4-1 mengatasi
pendatang baru Liga Perdana,
Proton FC, sementara barisan
B-19 kebangsaan bimbingan
K.Rajagopal tersungkur di tangan
ATM, 2-1.
Di Kompleks Sukan Tawau, dua gol
menerusi Chow Chee Weng pada
minit ke-29 dan 80, serta satu
masing-masing dari Bobby
Gonzales (m-40) dan Nafuzi Zain
(m-77) melengkapkan kemenangan
bergaya Sabah, sebelum Agugas
Stanley menjaringkan gol
saguhati Proton FC tiga minit
sebelum tamat.
seterusnya
TUAH GOL SENDIRI LEGAKAN PAHANG
Oleh Aiman Aminul
Kuantan 29 Disember ; Pahang mencatatkan kemenangan
tipis 1-0 ke atas
pendatang baru, PDRM
dalam aksi Liga Super
malam tadi, namun harus
berterima kasih kepada
pertahanan lawan
Mazwandi Zakaria yang
tertanduk bola ke gawang
sendiri pada minit
ke-22.
Beraksi di hadapan penyokong tuan rumah di Stadium Darul
Makmur, PDRM turun
dengan misi mengelak
kekalahan ketiga
berturut-turut, setelah
tewas dalam dua
perlawanan terdahulu
kepada Kedah dan Perlis,
namun gagal menemui
rentak cemerlang dipamer
sepanjang musim lepas
apabila pergerakan serta
hantaran dilakukan mudah
dipatahkan barisan
pertahanan Tok Gajah
dikemudi ketua pasukan,
Norhafiz Zamani Misbah.
seterusnya
PERASMIAN GILANG
GEMILANG

Timbalan Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri
DiRaja Najib Tun
Razak melihat skrol ikrar sewaktu merasmikan
Pesta Sukan dan
Kebudayaan
Belia Malaysia 2007.
Ipoh, 16 Disember
2007 ;
Pesta Sukan dan
Kebudayaan Belia
Malaysia 2007 dibuka
dengan rasminya oleh
Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri DiRaja Najib
Tun Razak dalam satu
upacara penuh gilang
gemilang.
Turut hadir Menteri
Belia dan Sukan, Datuk
Seri Azalina Dato’
Othman Said, Menteri
Besar Perak, Datuk Seri
DiRaja Tajol Rosli
Ghazali dan isteri,
Datin Seri Diraja Dato’
Kamariah Mokri serta
Presiden Majlis Belia
Malaysia, Datuk Shamsul
Anuwar Nasarah.
seterusnya
SELAMAT TINGGAL
KORAT, JUMPA DI LAOS
Oleh Aiman Aminul
Korat, 15 Dis
- Malaysia mencipta kejayaan paling cemerlang dalam sejarah
temasya di luar Kuala Lumpur, apabila mengutip keseluruhan 68
pingat emas untuk menduduki tempat kedua di belakang tuan rumah,
Thailand.pada Sukan SEA edisi ke-24 yang ditutup secara rasminya
di sini, malam tadi.
Barisan atlet
dan pegawai kontijen negara bersorak kegembiraan bagi meraikan
kejayaan mengatasi sasaran 64 emas yang ditetapkan Majlis Sukan
Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), sebaik majlis
penutupan rasmi disempurnakan Perdana Menteri Thailand, Jeneral
(B) Surayud Chulanont.
seterusnya
64 EMAS MILIK
KITA
Oleh Aiman
Aminul
Korat, 14 Dis
- Acara terjun menghadiahkan lima pingat emas dari kolam renang,
namun ianya Moh Keen Ho dari acara snuker perseorangan lelaki
yang menghadirkan pingat emas ke-64 kontinjen negara, yang
sekaligus memastikan sasaran membawa pulang 64 emas dari bumi
Korat tercapai.
Kesungguhan
mencari 10 emas pada hari kedua terakhir, dapat disaksikan sejak
awal pagi lagi menerusi gandingan Cheong Jun Hong dan Pandalela
Rinong yang memenangi acara 10m platform terjun serentak wanita,
diikuti pasangan Yeoh Ken Nee dan Rossharisham Roslan dalam
acara 3m papan anjal terjun serentak lelaki.
seterusnya
SAINGAN 3 ON 3
Oleh Siti
Khadijah Sarif
Acara bola
keranjang 3 lawan 3 Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia
menutup tirai dengan menobatkan MBN Sabah dan MBN Kedah selaku
juara kategori Lelaki dan Wanita dalam aksi di Gelanggang Bola
Keranjang, Kompleks Sukan Belia Ipoh.
Biarpun
terpaksa menghadapi jadual perlawanan yang agak ketat, kesemua
pasukan yang layak ke akhir masih mampu mempamerkan aksi menarik.
Saingan akhir
kategori wanita menemukan Sabah, menentang Perlis. Layak ke
final, kedua-dua pasukan jelas mencari penamat yang gemilang
untuk bergelar juara sulung bola keranjang 3 on3.
seterusnya
SELANGOR RAIH EMAS BOLA JARING
Oleh Nurul
Izzati
Satu lagi
keputusan akhir diketahui di gelanggang Bolajaring Komplek Sukan
Negeri, yang menyaksikan MBN Selangor ditabalkan selaku juara
acara Bola Jaring Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia
2007, setelah menundukkan tuan rumah, Perak pada perlawanan
akhir.
Terdahulu,
pada perlawanan separuh akhir, Selangor mengenepikan tentangan
sengit dihadirkan MBN Johor, dengan kemenangan 17-14. Perlawanan
cukup sengit dengan kedua-dua saling berbalas serangan, namun
nyata nasib lebih memihak kepada pasukan Selangor yang bijak
menyerap segala asakan.
seterusnya
SEPAKTAKRAW
Oleh Saiful
Faris
Tuan rumah,
Perak menutup gelanggang sepaktakraw di Kompleks Sukan Ipoh
setelah muncul juara acara sepaktakraw menewaskan Kelantan di
perlawanan akhir.
Perak, yang
diwakili oleh Mohd Khairul Hakimi, Mohd Nor Hafez dan juga Rosli
Abdul Rahman ternyata berhadapan laluan sukar serta tentangan
sengit yang ditunjukkan oleh pemain pasukan Kelantan yang
dibarisi Mohd Irwan Shah, Nur Yuslie Md Jusuh, serta Mohd Afandi
Abu Bakar.
seterusnya
KEBUDAYAAN
Oleh Siti Hawa dan Mirza Azlina
Berlangsungnya majlis penyampaian hadiah bagi acara kebudayaan,
yang telahpun menutup tirai pada 15 dan 16 Disember 2007,
melibatkan penyertaan dalam empat kategori iaitu tarian muhibbah,
tarian etnik, lagu rakyat dan koir patriotic menyaksikan Gerakan
Belia 4B dinobatkan sebagai juara keseluruhan.
Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Ipoh
ini turut diserikan dengan kehadiran dif-dif jemputan antaranya
Dato’ Shamsul Anuar Hj. Nasarah yang merupakan Presiden Majlis
Belia Malaysia, Brigidier Jeneral Dato’ Liew Yun Fah, Menteri
Belia dan Sukan Sabah, serta Dato Rusmady Dato Sulai, Timbalan
Setiausaha Sabah.
seterusnya
WALL CLIMBING CURI
TUMPUAN
Oleh Nabihan
Zulkifli
Sukan
xtreme seperti Wall Climbing sudah mula mendapat tempat di
kalangan peminat tempatan, khususnya belia.
Menyedari potensi yang ada pada sukan ini, maka Majllis Belia
Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
serta Kerajaan Negeri Perak telah menyenaraikan sukan Wall
Climbing sebagai salah satu acara sukan dalam Pesta Sukan Dan
Kebudayaan Belia Malaysia.
seterusnya
BADMINTON – GB 4B
KECEWAKAN KELANTAN
Oleh Siti
Hawa
Gerakan Belia
4B Malaysia muncul juara keseluruhan acara badminton Pesta Sukan
dan Kebudayaan Belia Malaysia setelah menundukkan MBN Kelantan
dengan kiraan mata 3-0.
GB 4B
mendapat mata pertama setelah perseorangan lelaki mereka,
Iszuwan Azhar menundukkan tentangan sengit yang dihadirkan oleh
perseorangan Kelantan, Nik Azlan Nik Abdullah.
Walaupun
menang mudah set pertama 21-9, Iszawan akur pada set kedua
apabila terpaksa tunduk 17-21, sebelum menang pada pada aksi
rubber set 21-20.
seterusnya
PAINTBALL
Oleh Aiman
Aminul
Aksi suku
akhir acara paintball menyaksikan MB Selangor, MBN Perak, dan
Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia mengungguli saingan
kumpulan masing-masing bagi kategori lelaki, sementara MBN
Perlis, MBN Kelantan, dan Gerakan Belia 4B Malaysia mendominasi
saingan kumpulan kategori Wanita, sekaligus menempah tiket
beraksi di separuh akhir.
MBN Kedah
turut melayakkan diri ke separuh akhir atas tiket pasukan tangga
kedua terbaik bagi kategori lelaki, manakala MB Terengganu
turut mendapat kelebihan yang sama bagi kategori Wanita.
seterusnya
KELANTAN, SELANGOR RAIH EMAS BOLING
Oleh Aiman
Aminul
Acara boling
yang berlangsung di Ampang Bowl, Ipoh Parade menutup gelanggang
hari ini dengan menyaksikan MB Kelantan dan MB Selangor
mengungguli acara berpasukan kategori lelaki dan wanita.
Dalam saingan
kategori wanita, gandingan Ruslaini, Wan Nadiatun, Rozana dan
Wan Maisara menghadiahkan pingat emas untuk kontinjen MBN
Selangor 2433 jatuhan pin, mengatasi MBN Kelantan yang hanya
mampu mencatatkan jatuhan 2368 pin menerusi gandingan Nor Farani,
Sarah Shahida, Sunita dan Norhaslinda. Tempat ketiga pula
dimenangi MBN Sabah yang membariskan Annie Wong, Hoh Mei Yoke,
Eva Lee dan Mitchelle Elaile.
seterusnya
KEDAH UNGGUL
Oleh Aiman
Aminul
Pasukan Belia
Negeri Kedah menutup tirai edisi sulung Pesta Sukan dan
Kebudayaan Belia Malaysia 2007 setelah muncul juara menewaskan
MBN Selangor, 2-1 dalam aksi cukup sengit antara dua pasukan
yang layak ke perlawanan akhir berbekalkan rekod cemerlang.
Kedah,
dibimbing bekas pemain negeri, Shaharoni Che Ahmad, tidak
menunggu lama untuk mendahului apabila Issaini Idrus
menjaringkan gol pertama pada minit ke-11, menewaskan Mohd
Tarmezi di gawang Selangor.
Aksi babak
pertama berkesudahan dengan kedudukan kekal 1-0, dengan Selangor
gagal menemui rentak cemerlang seperti dipersembah pada aksi
sebelumnya.
Babak kedua
menyaksikan aksi agresif kedua-dua pasukan, yang memaksa
pengadil perlawanan melayangkan 4 kad kuning, dan 1 kad merah.
seterusnya
PENGIKTIRAFAN BUAT NICOL
Oleh : Aiman Aminul
Kuala Lumpur, 12 Dis – Ratu Skuash negara,
yang juga pemain no.1 dunia,
Nicol Ann David dinobatkan
sebagai Olahragawati Asia pada
Majlis Anugerah Sukan Asia yang
pertama kali diperkenalkan oleh
Asian Sports Press Union, malam
tadi.
Nicol menewaskan dua calon lain, Paweena
Thongsuk (Angkat Berat) dari
Thailand, dan Jin Sun Yu (Sukan
Musim Sejuk) dari Korea Selatan.
Pengiktirafan buat Nicol hadir berikutan
kecemerlangannya dalam arena
skuash antarabangsa, termasuk
menjuarai Terbuka Britain,
Kejohanan Dunia, Terbuka Qatar
Airways, Terbuka Malaysia,
Terbuka Hong Kong serta pingat
emas di Sukan Asia di Doha,
Qatar.
Sementara itu, Liu Xiang (Olahraga) dari
China pula diiktiraf sebagai
Olahragawan Asia setelah
cemerlang di Sukan Asia Doha,
Kejohanan Dunia, Grand Prix
Osaka, Goleden League Athletics
serta Piala Dunia IAAF.
BOLING PADANG, KARATE –
DO CEMERLANG
Oleh :
Aiman Aminul

Aksi Ku Jin Kiat ketika
membuat persembahan
kategori
Kata Individu bagi acara
Karate-Do
Korat, 12 Dis – Empat emas
masing-masing menerusi
acara Boling Padang dan
Karate-Do, Basikal Trek
(2), serta satu dari
acara Ekustrian,
Taekwondo, dan Memanah
memastikan kem kontinjen
negara kembali ceria
pada hari ketujuh Sukan
SEA ke-24 yang sedang
rancak berlangsung pada
ketika ini.
13 emas yang dimenangi pada hari ini, turut
menyaksikan kontinjen
negara memintas
Singapura di tempat
ketiga, dengan kutipan
pingat 44-36-72, namun
peluang menyaksikan kita
memintas Vietnam pada
kedudukan kedua agak
mustahil memandangkan
Vietnam semakin
mengukuhkan kedudukannya
dengan pungutan pingat
57-43-59.
seterusnya
JERMAN JUARA, MALAYSIA TERCOROT
Oleh : Aiman Aminul
Bukit Jalil, 9 Dis – Jerman meneruskan dominasi dalam
acara hoki lelaki, sesudah menundukkan Australia 1-0 untuk
menjuarai Hoki Trofi Juara-Juara yang melabuhkan tirainya, malam
tadi.
Gol tunggal jaringan Timo Wess pada minit ke-5 sudah mencukupi
buat juara dunia itu merangkul gelaran Trofi Juara-Juara
kesembilan dalam sejarah mereka, setelah kali terakhir
memenanginya pada tahun 2001.
seterusnya
KILAUAN EMAS KONTINJEN NEGARA
Oleh : Aiman Aminul
Korat, Thailand, 9 Dis
– Kontinjen negara terus menambah koleksi emas di Sukan SEA
ke-24 di Korat, Thailand, menjadikan jumlah keseluruhan 15 emas
untuk negara pada hari keempat kejohanan, namun hasrat membawa
pulang 64 emas dari bumi Thailand masih menjadi persoalan
berikutan kegagalan beberapa atlit prospek emas di temasya kali
ini.
Setelah menyaksikan Khoo Cai Lin dan Daniel Bego masing-masing
cemerlang dengan kejayaan merangkul emas serta mencipta rekod
baru Sukan SEA, atlet negara menambah pungutan emas menerusi
acara Olahraga, Wusyu, Triatlon, Ekuestrian dan Boling.
seterusnya
ESTHER, ZATIL MASIH BERBISA
Oleh : Aiman Aminul
Korat, Thailand, 9 Dis – Esther Cheah dan Zatil Iman Abd
Ghani menghadiahkan pingat emas untuk kontinjen negara, walaupun
menerima tentangan sengit peserta tuan rumah, Saowapha Kunaksorn
dan Angkan Netriseth dalam acara boling berpasangan wanita
petang tadi.
Jelas, usia bukan penghalang Esther dan Zatil mencipta kejayaan,
yang bermain secara konsisten untuk mendahului 18 pasangan lain
sejak awal, bagi saingan 6 permainan ini.
Pasangan dari Thailand itu memenangi pingat perak, manakala satu
lagi pasangan negara, Shalin Zulkifli dan Siti Safiyyah Amirah
memenangi pingat gangsa.
Sementara itu dalam acara lelaki, gandingan Zulmazran Zulkifli
dan Aaron Kong Eng Chuan hanya mampu merangkul pingat gangsa,
akur kepada kehebatan pasangan Thailand, Phoemphun Yaksen/Annop
Aromsaranon yang memenangi emas, serta Sonjed Kusonpithak/Yannaphon
Larpapharat (perak).
DANIEL BAYANGI KEHEBATAN ALEX LIM
Oleh : Aiman Aminul

Aksi Daniel
Bego ketika acara 100m kuak kupu-kupu, Daniel mencatat
kemenangan
bergaya dengan
memecah rekod sukan SEA milik perenang negara Alex Lim Keng Liat
Korat, Thailand, 9 Dis – Sebut saja acara renang, nama
yang pasti meniti di bibir peminat acara ini ialah Alex Lim Keng
Liat, yang berjaya mencipta sejarah tersendiri dalam arena sukan
renang negara.
Kini, kehadiran jaguh renang negara masa kini, Daniel Bego jelas
membayangi kehebatan Alex Lim, dan sebentar tadi, perenang
harapan negara itu bukan sahaja memenangi pingat emas acara 100m
kuak kupu-kupu lelaki, tetapi juga memecahkan rekod Sukan SEA
milik Lim Keng Liat, yang dicipta di Hanoi empat tahun lalu.
seterusnya
CAI LIN PECAH REKOD 19 TAHUN NURUL HUDA
Oleh : Aiman Aminul
Korat, Thailand, 9 Dis – Perenang muda sensasi negara,
Khoo Cai Lin, memecahkan rekod kebangsaan milik Nurul Huda
Abdullah yang bertahan selama 19 tahun, 8:47.98s, apabila
memenangi pingat emas acara 800m gaya bebas wanita dengan
catatan masa 8:47.80s petang tadi.
Malah, catatan masa dicipta Cai Lin itu juga menjadi rekod baru
Sukan SEA, mengatasi rekod masa dicipta perenang Thailand,
Intaporm Udon, 8:56.88s, di Sukan SEA Jakarta 97, dan lebih
manis, rekod diciptanya juga berjaya membawanya beraksi di Sukan
Olimpik tahun depan, apabila mengatasi masa kelayakan kategori
B, 8:54.04s.
Lim Shu-en Lynette dari Singapura memenangi perak dengan catatan
masa 8:56.19 manakala gangsa menjadi milik seorang lagi perenang
negara, Lew Yih Wey dengan catatan masa 9:00.43 s.
EKUESTRIAN TERUS SUMBANG EMAS
Oleh : Aiman Aminul

Syazna Leena Zulhasnan, menerima
ciuman di pipi dari ibunya,
Datin Seri Siti Nooriah Ana Razak setelah meraih emas acara show
jumping
berpasukan. Dari kiri, ayah Syazna yang juga merupakan Menteri
Wilayah
Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique, Syaira Leena (adik Syazna),
dan
adiknya Muhammad Suhail
Korat, Thailand
10 Dis – Persembahan cemerlang anak perempuan Menteri
Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Syazna Leena
pada penampilan pertamanya di Sukan SEA, membantu kontinjen
negara memenangi emas acara Show Jumping berpasukan
petang tadi.
Syazna, 19, menunggang kuda Helu de Caudard, menamatkan saingan
bersama jaguh ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil, Syed
Omar Syed Abu Bakar, serta Quzier Ambak Mahamad Fathil, dan
memastikan Malaysia terus mendominasi acara sukan berkuda
setelah menyapu bersih kesemua tiga pingat emas yang ditawarkan
setakat ini.
seterusnya
PENGORBANAN RIZAL BERBALOI
Oleh : Aiman Aminul
Korat, Thailand
10 Dis – Mohd Rizal Tisin menghadirkan khabar gembira
buat kontinjen negara menerusi 1 KM ujian masa kategori lelaki,
yang berlangsung di Velodrom Stadium Utama Ulangtahun Raja Thai
ke-80, petang tadi apabila merangkul emas dengan catatan masa 1
Minit 05.98 Saat.
Rizal baru pulang dari Beijing, dan hanya sempat tidur empat jam
sebelum bermulanya perlumbaan, namun pengorbanannya jelas
membuahkan hasil dengan emas yang dimenanginya ini.
seterusnya
JAGUH BARU KEKAL TRADISI, CIPTA REKOD BARU
Oleh : Aiman Aminul
Korat, Thailand
10 Dis – Tiada lagi Nur Herman Majid, tiada lagi Robbani
Hasan, kini giliran anak muda kelahiran Keningau, Sabah – Rayzam
Shah Wan Sofian mencuri tumpuan setelah bukan sahaja meneruskan
tradisi Malaysia dalam acara 110m, malah memperbaharui rekod
Sukan SEA dengan catatan 13.91 saat.
Kejayaan itu sekaligus menyaksikan atlet negara mendominasi
acara 110m lari berpagar lelaki Sukan SEA, setelah Robbani
Hassan memenanginya di Manila dua tahun lepas, manakala Nur
Herman Majid berjaya melakukannya dalam enam Kejohanan Sukan SEA
berturut-turut.
seterusnya
IMPIAN SAU WAH JADI KENYATAAN
Oleh : Aiman Aminul
Korat,
Thailand
10 Dis
– Gimnas negara, Chan Sau Wah pernah berkata akan menjadi
gimnas pertama negara menyumbang emas di temasya Sukan SEA Korat
ini, dan impiannya itu menjadi kenyataan apabila Sau Wah
menyumbang emas pertama menerusi kontinjen gimnas negara
menerusi acara palang takmatik wanita.
Gimnas berusia 16 tahun itu, mempamerkan aksi cukup cemerlang
dengan mengumpul 13.17 mata, hanya 0.02 mata mengatasi pemenang
pingat perak dari Singapura, Nicole Tay Xi Hui yang memungut
15.15 mata, manakala gangsa milik Do Thi Ngan Thuong dari
Vietnam, dengan pungutan 13.10 mata.
Namun, di sebalik kejayaan Sau Wah, kekecewaan menyelubungi
penyandang emas ketika di Manila dua tahun lau, Nurul Fatiha Abd
Hamid, yang bukan sahaja gagal mempertahankan pingat emas yang
dimenangi, malah turut terjatuh ketika beraksi, sekaligus
menjejaskan pungutan mata yang diperoleh.
Nurul Fatiha, juara Sukan SEA sebanyak 3 kali, meduduki tangga
tercorot dengan pungutan 12.32 mata.
SKUASH TEPATI RAMALAN
Oleh : Aiman Aminul
Korat,
Thailand
10 Dis
– Seperti diduga, pingat emas dan perak acara skuash lelaki
menjadi milik pasukan negara setelah Elvinn Keo menundukkan
rakan senegara, Nafzahizam Mohd Adnan dalam saingan akhir,
sebentara tadi.
Setelah dikejutkan dengan penguguran acara skuash wanita yang
menyaksikan kita gagal mempertahankan emas dan perak menerusi
Tricia Chua dan Sharon Wee, atlet lelaki jelas tidak menghadapi
masalah untuk membawa pulang pingat emas dan perak dari bumi
Korat.
Elvinnn dan Nafzahizam, kedua-duanya membuat kemunculan sulung
di Sukan SEA, mempamer aksi 5 set yang cukup mendebarkan sebelum
Elvinn akhirnya muncul pemenang dengan kemenangan 10-8, 4-9,
9-4, 5-9 dan 9-4.
Lebih menarik, kejayaan Elvinn hadir di saat dia berkemungkinan
tidak dapat beraksi pada perlawanan akhir akibat mengalami
cramp di kedua-dua belah kakinya, dan jelasnya
pengorbanannya berbaloi.
SITI PERTAHAN EMAS
Oleh : Aiman Aminul
Korat, Thailand
10 Dis – Siti Shahida Abdullah berjaya mempertahankan
pingat emas acara baling tukul besi wanita pada Sukan SEA ke-24
di Stadium Utama Ulangtahun Ke-80 Raja Bhumibol, Korat, Thailand
sebentar tadi.
Sekalipun hanya mencatat balingan sejauh 52.93m, jauh dari rekod
terbaiknya ketika mengungguli acara yang sama di Manila dua
tahun lepas, namun ia sudah mencukupi baginya untuk mengatasi
cabaran Rose Ingriana yang memenangi Perak dengan catatan
50.79m, sementara gangsa milik seorang lagi atlet dari
Indonesia, Arianny Yurita Arsyad dengan balingan sejauh 49.99m.
Sukan SEA ke-24 di Thailand ini merupakan penyertaan terakhirnya
di Sukan SEA, berikutan komitmennya terhadap tugas sebagai guru
Sains Sukan di Sekolah Sukan Bukit Jalil, dan dan dalam masa
yang sama bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.
Rekod terbaik Shahida tahun ini ialah 54.50m – yang dilakukannya
di Kazakhstan.
Sementara itu, seorang lagi atlet negara yang turut bertanding
dalam acara sama, Tan Song Hwa, yang tampil buat kali kedua di
Sukan SEA, hanya mampu berpuas hati di tempat kelima dengan
balingan sejauh 49.33m.
BOLING TAMBAH KOLEKSI EMAS
Oleh : Aiman Aminul
Korat,
Thailand
10 Dis – Trio wanita negara – Esther Cheah, Zatil Iman
Abd Ghani, Shalin Zulkifli – bangkit dari ketinggalan lima
permainan pertama, untuk menyumbang emas kedua dari acara boling,
stelah gandingan Esther dan Zatil menyumbang emas pertama,
kelmarin.
Shalin Zulkifli melakukan 8 jatuhan sempurna (strike)berturut-turut
pada pemainan terakhir, manakala Zatil Iman dan Esther sekali
lagi cemerlang untuk keseluruhan 3554 jatuhan pin dalam enam
permainan.
Pingat perak dimenangi trio Indonesia, Gunnalada Aree, Saowapha
Kunaksorn dan Angkana Netrviseth dengan jatuhan 3513 pin,
manakala gangsa milik Jasmine Yeong, Evelyn Chandan Amnada Ng
dari Singapura dengan jatuhan 3489 pin.
Dalam acara lelaki, kesilapan Zulmazran Zulkifli yang melakukan
split pada balingan terakhir, membolehkan Ng Qenn, Jason Yeong
dan Remy Ong dari Singapura memperoleh emas dengan jatuhan 3490
pin, hanya satu pin mengatasi pemenang pingat perak dari
Indonesia, Oscar Oscar, Leonard Lalisang, dan Rumandung Haqi,
manakala trio negara, Zulmazran Zulkifli, Adrian Loong, dan
Aaron Kong berpuas hati gangsa dengan jatuhan 3486 pin.
AKSI SULUNG DIANA SUMBANG EMAS
Oleh : Aiman Aminul
Korat,
Thailand
10 Dis – Diana Bong Siong Lin menghadiahkan emas kedua
dari sukan wusyu kepada kontinjen negara, setelah mengungguli
gabungan tiga acara di Institut Teknologi Chanapolkhan, Korat
petang tadi.
Diana meraih mata keseluruhan 28.12 selepas memungut 9.27 mata
dalam acara nanquan, 9.42 dalam nandao, dan 9.43 dalam nanqun,
namun pencapaian emasnya itu terpaksa dikongsi bersama Linh Vu
Thuy dari Vietnam, yang turut mengumpul mata keseluruhan 28.12
mata.
Vu Thuy mengutip 9.27 mata bagi kategori nanquan, 9.43 (nandao)
dan 9.42 (nanqun), manakala seorang lagi atlit negara, Xuen Tai
Chuen hanya mampu merangkul gangsa selepas mengumpul 28.05 mata.
WEI SIANG CEMERLANG
Oleh : Aiman Aminul
Korat, Thailand
10 Dis – Satu emas, satu perak dan dua gangsa, sudah
cukup menceritakan kecemerlangan Ooi Wei Siang pada temasya
sukan SEA edisi ke-24, di Korat, Thailand ini.
Wei Siang, meraih emas disiplin palang selari, pada hari
terakhir acara gimnastik artistik di Stadium Tertutup semalam.
Setelah dinafikan pingat emas acara individu keseluruhan oleh
Thailand semalam, Wei Siang cemerlang dengan menyumbang emas,
selain dua gangsa menerusi acara gelang roman dan
melombol.
Jelas, kejayaan Wei Siang cukup bermakna setelah percubaannya
memenangi emas sejak hari pertama gimnastik membuka gelanggang,
terhalang dek kerana taktik kotor tuan rumah, terutamanya dalam
sistem pemarkahan, dan pengiraan mata.
“Setelah tiga hari percubaan saya digagalkan juri, hari ini
merupakan hari paling gembira buat saya kerana berjaya juga
memecah dominasi Thailand” – Ooi Wei Siang -
MISI GETIR ANAK BUAH SATHIA
Oleh : Aiman
Aminul

Kapten pasukan
vietnam meraikan jaringan
ketika bertemu
Malaysia
Korat,
Thailand 1 Dis - Pasukan negara akan turun menentang Vietnam
pada saingan pembuka tirai Kumpulan B Sukan SEA, Korat, petang
ini.
18 tahun
menanti, skuad bawah 23 tahun negara dijangka mampu menamatkan
kemarau emas itu, pada edisi kali ini, setelah menjuarai
Pestabola Merdeka Ogos lalu.
seterusnya
AMUKAN KOREA
Oleh : Aiman Aminul
Korea sekali lagi mengganas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil,
kali ini giliran juara bertahan, Belanda menjadi mangsa,
setelah dibelasah 6-2 dalam saingan dikuasai sepenuhnya pasukan
juara asia itu.
Dua kali ketinggalan di separuh masa pertama,
Korea menyamakan kedudukan pada minit ke 55 menerusi Kim Sam
Seok, sebelum empat gol dalam tempoh 10 minit terakhir mematikan
harapan Belanda untuk kembali bangkit bersaing.
Gol-gol Korea
dijaringkan oleh Jang Jong Hyun (m-61 dan 64), Lee Nam Yongg
(m-67) dan Kim Joung Goo (m-68).
Korea akan bertemu tuan rumah, Malaysia pada hari Rabu, manakala
Belanda akan bertemu Juara Dunia, Jerman.
SEPANYOL MENGGANAS DI BUKIT JALIL
Oleh : Aiman
Aminul
Bukit Jalil 8 Disember – Sepanyol
berpesta gol, tatkala mereka
mencipta kemenangan besar 7-2
mengatasi tuan rumah Malaysia,
dalam perlawanan terakhir
peringkat kumpulan, di Bukit
Jalil petang tadi.
Kemenangan ini sekaligus, membuka peluang
kepada pasukan El Matador untuk
mengintai slot ke perlawanan
akhir, dengan perlu mengharapkan
Korea, Australia dan Netherlands
gagal mencatat kemenangan
menentang lawan masing-masing.
seterusnya
SINGA SINGKIRKAN HARIMAU MALAYA
Oleh: Aiman
Aminul

Pemain
pasukan negara, Sumardi b
Hajalan dan pemain Singapura
Ridhuan
b Mohamad sedang merebut bola
ketika pertemuan
Malaysia dan Singapura di Nakhon
Ratchasima.
Badi 18 tahun yang dijangka mampu berakhir
pada Sukan SEA edisi kali ini,
sekali lagi menghadirkan episod
duka yang tidak berkesudahan,
apabila pasukan bolasepak negara,
hanya mampu seri 1-1 dengan
Singapura, sekaligus memadam
hasrat sekurang-kurangnya
mengekalkan pingat gangsa yang
dimenangi pada temasya Sukan SEA
dua tahun lepas di Filipina.
Jelas, anak buah B.Sathianathan bukanlah
calon paling layak
merealisasikan impian jutaan
peminat bolasepak tanah air,
setelah membenarkan lawan
menyamakan kedudukan pada ketika
perlawanan berbaki sepuluh minit
untuk tamat.
seterusnya
MALAYSIA
GAGAL SEKAT
KOREA
Oleh : Aiman
Aminul
Pasukan negara
bangkit dari ketinggalan satu gol untuk mendahului Korea di
babak pertama, namun ia belum cukup bagi anak buah Sarjit Singh
dari menghalang amukan Korea, yang menang 3-2 dalam aksi berat
sebelah di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Dengan Korea
masih segar berikutan kemenangan besar mengatasi Belanda 6-2,
dua hari lepas, episod sama dijangka akan berulang kepada
pasukan negara, setelah pukulan sudut penalti diperoleh Korea,
disempurnakan pakar flicknya, Jong Hyun Jang seawal minit ke-5.
seterusnya
MALAYSIA BANGKIT IKAT PAKISTAN
Oleh : Aiman Aminul
Tuan rumah, Malaysia mempamerkan
aksi cukup menarik pada babak
kedua, tatkala anak buah Sarjit
Singh bangkit dari ketinggalan 2
gol untuk mengikat bekas juara 3
kali, Pakistan 2-2 dalam aksi
Trofi Juara-Juara di Stadium
Hoki Nasional Bukit Jalil.
Pasukan negara turun dengan misi
mengutip mata pertama setelah
kecundang tiga perlawanan awal,
namun ianya tampak mustahil
apabila Pakistan menggunakan
peluang yang ada untuk
mendahului dua gol pada separuh
masa, menerusi jaringan Akhtar
Ali pada minit ke 19 dan
Ghazanfar Ali pada minit
terakhir separah masa.Namun, Malaysia agak garang di
separuh masa kedua, dengan
beberapa percubaan menarik yang
diselamatkan penjaga gol lawan,
Salman Akbar. Gol yang dicari
akhirnya hadir menerusi pemain
berpengalaman, Chua Bonn Huat
pada minit ke 54.
Stadium Hoki Nasional bergegar
sekali lagi pada minit ke 62,
namun jaringan Jiwa Mohan
dibatalkan kerana didakwa
terkena kaki terlebih dahulu.
Barisan negara tidak menyerah
kalah, dan 2 minit kemudian,
Jiwa Mohan tidak mensia-siakan
peluang di depan gol untuk
mencuri satu mata berharga dari
Pakistan.
GB KECUNDANG LAGI
Oleh :
Aiman Aminul
Setelah dibelasah juara bertahan, Belanda
4-0 pada perlawanan
pembukaan, GB sekali
lagi tewas 4-0, kali ini
di tangan Juara Dunia,
Jerman.
Beraksi menentang Jerman, yang rata-rata
pemainnya jauh lebih
hebat dari aspek teknik
dan mental, GB gagal
menghadirkan saingan
apabila membenarkan
Jerman menguasai
perlawanan dari awal.
Gol pertama hadir menerusi pukulan sudut
penalti yang
disempurnakan oleh
Sebastian Draguhn, pada
minit ke -32.
Belum sempat GB memperkemas rentak pemainan
pada babak kedua, Jerman
terus menghukum
pertahanan GB dengan gol
kedua menerusi jaringan
Matthias Witthaus pada
minit ke-38, dan gol
jaringan Carlos Nevada
pada minit ke -58.
Matthias melengkapkan kemenangan besar
Jerman menerusi gol
keempat Jerman pada
minit terakhir permainan.
SEPANYOL NAFI HAJAT BELANDA
Oleh : Aiman Aminul
Sepanyol bangkit dari
ketinggalan satu gol pada awal
permainan, untuk mengikat juara
bertahan, Belanda 3-3 dalam aksi
cukup menghiburkan di Satdium
Nasional Bukit Jalil.
Belanda, yang masih segar dengan
kemenangan 3-1 ke atas tuan
rumah, Malaysia dalam perlawanan
terdahulu, turun dengan misi
mencatat kemenangan ketiga
berturut-turut, dalam usaha
mempertahankan kejuaraan yang
mereka menangi tahun lepas.
Setelah mendahului pada minit
ke-6 menerusi Teun De Nooijer,
Belanda mendapati mereka
ketinggalan dengan dua gol
pantas jaringan Victor Sojo dan
Eduard Tubau, masing-masing pada
minit ke 30 dan 32.
Babak kedua menyaksikan
kedua-dua pasukan saling
mengasak mencari gol pendahuluan,
dengan beberapa percubaan yang
digagalkan penjaga gol kedua-dua
pasukan.
Sepanyol bagaimanapun berjaya
mencuri pendahuluan, pada minit
ke 47, menerusi David Alegre,
tetapi Belanda bingkas
menyamakan kedudukan pada minit
ke-54, kali ini giliran Ronald
Brouwer menghukum kealpaan
barisan pertahanan Sepanyol.
Dengan keputusan ini, Sepanyol
menghuni tangga kedua tercorot,
sementara Belanda berada di
tangga ketiga di belakang Jerman
dan Korea.
JERMAN TERUS UNGGUL
Oleh :
Aiman Aminul
Juara dunia, Jerman meneruskan rentak
cemerlang dalam
Kejohanan Hoki Trofi
Juara-Juara setelah
menundukkan juara asia,
Korea, 2-1 dalam
perlawanan yang baru
berakhir sebentar tadi
di Stadium Hoki Nasional
Bukit Jalil.
Namun, Korea terlebih dahulu membuka tirai
jaringan menerusi Woon
Yeo Kon pada minit ke-5,
dan jarang membenarkan
Jerman melakukan
serangan.
Jerman berjaya menyamakan kedudukan enam
minit selepas rehat,
menerusi Niklas Emerling
yang bijak mencari ruang
menyempurnakan hantaran
rakan sepasukan.
Gol kemenangan Jerman hadir menerusi pakar
flick , Sebastian
Draguhn yang
menyempurnakan pukulan
sudut penalti pada minit
ke-55.
JFRTM:
30 PEMAIN
DIKENALPASTI
WAKILI
NEGARA
Oleh:
Hanim
Junaibi

Puan Rokiah Norma Ramli Pengarah Penerbitan TV RTM (kiri), Timbalan
Menteri Penerangan Malaysia,
Dato' Ahmad Zahid Hamidi, Dato'
Adilah Shek Omar, Timbalan
Ketua Pengarah Penyiaran (Rancangan)
RTM
Albert Khoo Chong Chwee,
Pengawal Sukan TV RTM (kanan)
semasa pengenalan Piala Pusingan
Jaguh Futsal RTM di majlis
sidang media perlawanan akhir
Jaguh Futsal RTM bersama FAM
diFoyer IBC Angkasapuri.
foto mediasukan/adzni yusof
Kuala Lumpur, 2 Ogos;
Program Jaguh Futsal RTM (JFRTM)
bakal melahirkan atlet futsal
negara apabila 30 pemain
berbakat dikenalpasti untuk
mewakili pasukan kendalian
P.Balakrishnan.
Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Penerangan,
Datuk Ahmad Zahid Hamidi dalam
sidang media perlawanan akhir
Jaguh Futsal RTM.
seterusnya
PIALA EMAS RAJA-RAJA 2007
JOHOR BERAZAM MENAMATKAN
KEMARAU 20 TAHUN
Oleh: Shaukei Kahar
Kuala Lumpur, 7 Ogos 2007;-
Kejohanan bolasepak
Pertandingan Piala Emas
Raja-Raja sampai ke
kemuncaknya apabila
pasukan Kelantan bertemu
Johor pada perlawanan akhir
12 Ogos ini.
Stadium Tan Sri Dato’ Haji
Hassan Yunos, Larkin, Johor
Bahru menjadi venue
terakhir saingan pada kali
ini sebagai satu
penghormatan kepada pasukan
Johor buat pertama kali
layak ke final setelah 20
tahun menyertai kejohanan
ini.
seterusnya
MIMPI MUHAMAD HELMEY JADI REALITI, MENANG PUSINGAN 2 KEJUARAAN
SPEEDWAY

Kuala Lumpur, Ahad – Mimpi mencium trofi yang berulangan
akhirnya bertukar menjadi satu kenyataan manis bagi Muhamad
Helmey Hamzah, 18 apabila beliau berjaya mencatat kemenangan
juara dalam Pusingan 2 Kejuaraan NFC Speedway Bawah 21 malam
tadi.
Menguasai perlumbaan daripada awal, Muhamad Helmey dari Team
Titiwangsa meraih 12 mata untuk menewaskan Mohd Abdussobur
Turino dari Nova Racing Team yang mencatat 11 mata. Asrul
Khairin Azizan dari Team Samudera mencatat 10 mata. Kemenangan
Muhamad Helmey meletakkan beliau seri dengan Mohd Abdussobur di
tangga teratas kedudukan keseluruhan dengan 22 mata.
seterusnya
PESTA BOLA MERDEKA 2007
MALAYSIA MELANGKAH KE SEPARUH AKHIR
Oleh: Amirullah
Ahmad
Petaling Jaya,
25 Ogos:
Semangat
kemerdekaan ke 50 tahun menjadi azimat buat pasukan Malaysia
apabila layak ke separuh akhir Pesta Bola Merdeka edisi ke-39 di
Stadium MBPJ malam tadi.
4-0 Malaysia
berjaya menumpaskan Lesotho membuktikan anak buah B.
Sathianathan bukan mengalah untuk ke separuh akhir dibelakang
juara kumpulan A Myanmar yang menewaskan Laos 1-0.
seterusnya
MSNS HARGAI WARGA SUKAN
Oleh: Hanim Junaibi
Shah Alam, 23
Ogos 2007;
Demi mengangkat martabat sukan negeri Selangor dan
atlet-atletnya, satu majlis penghargaan yang digelar Majlis
Anugerah Sukan Negeri Selangor (MSNS) 2006 telah diadakan.
Semalam merupakan malam bersejarah buat Mohd. Rizal Tisin, jaguh
lumba basikal dan Wong Mew Choo, ratu badminton negara apabila
dianugerahkan Olahragawan dan Olahragawati MSNS 2006 sekaligus
membawa pulang RM5,000.
Mohd. Rizal menamatkan kemarau 19 tahun Malaysia dengan meraih
pingat emas Kejohanan Berbasikal Asia (ACC). Mohd. Rizal
menewaskan pencabarnya dalam kategori yang sama, Alex Liew Kien
Liang (tenpin boling) dan Ryan Chong Wy Luhn (taekwondo).
seterusnya
PESTABOLA MERDEKA: MALAYSIA,
MYANMAR MELANGKAH KE AKHIR
Oleh:
Khalil Adzhari
Petaling Jaya,
27 Ogos;
Aksi separuh akhir Pertandingan Pestabola Merdeka edisi ke-39
yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
menyaksikan tuan rumah, Malaysia mengiringi juara bertahan
Myanmar ke perlawanan akhir di Stadium Shah Alam 29 Ogos ini.
Skuad bimbingan
B.Sathianathan berjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah
menang bergaya mengatasi Singapura 3-1. Pada perlawanan ini
menampilkan permainan yang berkualiti dipamerkan pemain skuad
Bawah 23 Tahun negara. Skuad negara membuka tirai jaringan
seawal minit ke-14 menerusi sepakan percuma Khyril Muhymeen.
Penyerang negara, Safee Sali menambah jaringan kedua empat minit
kemudian.
seterusnya
PERLAWANAN AKHIR PIALA EMAS RAJA-RAJA 2007
PENANTIAN 20 TAHUN JOHOR BERAKHIR
Oleh: Khalil Adzhari

Johor Bahru,
12 Ogos 2007;
Penantian
Johor selama 20 tahun untuk menjulang piala keagungan yang
menjadi rebutan 15 pasukan akhirnya sampai ke titik noktahnya.
Pertandingan Piala Emas Raja-Raja 2007 melabuhkan tirainya hari
ini menyaksikan tuan rumah Johor berjaya menanfikan tentangan
juara dua musim berturut-turut Kelantan 2-1 di perlawanan akhir.
Perlawanan di
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru
yang bermula pada jam 8.45 malam berlangsung dengan aksi
berbalas serangan daripada kedua-dua pasukan sebaik wisel
permulaan dibunyikan. Johor terlebih dahulu membuka tirai
jaringan menerusi sepakan percuma Azmil Azali pada minit ke-6
dari jarak 30 meter yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol
Kelantan, Mohd Afdun Yacoob.
seterusnya
KELANTAN DAN JOHOR MEMBURU PIALA
KEAGUNGAN
Kuala Lumpur, 10 Ogos 2007:
Perlawanan akhir Kejohanan
bolasepak Pertandingan Piala
Emas Raja-Raja sampai ke
kemuncaknya apabila pasukan
Kelantan bertemu Johor pada
perlawanan akhir Ahad ini.
Perlawanan yang bakal
berlangsung di Stadium Tan Sri
Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin,
Johor Bahru akan bermula pada
jam 8.45 malam.
Johor yang beraksi di halaman
sendiri selepas penantian selama
20 tahun untuk layak ke final
berharap kelebihan ini akan
dimanfaatkan sebaik-baiknya
untuk menjulang piala yang
menjadi rebutan 13 pasukan.
seterusnya
JOHOR WIN MEN'S
CROWN; MAKSAK TAKE WOMEN'S TITLE

Shah Alam, 12 August 2007;
Johor prevented an all-Maksak
win at the National Futsal
Championship Felda-FAM 2007 when
they beat the men's team 3-2 in
the penalty shootout in the
final which was played at the
Stadium Malawati.
The
score at the end of regulation
was 2-2 with goals coming off
Mohd Fuad Yusof (4th minute) and
Abdul Halim Hadi (20 th minute)
for Johor and Mohd Hadi Yusof
(2nd minute) and K. Thayalan
(27th minute) scoring for Maksak.
seterusnya
TNB LAKAR KENANGAN MANIS
Oleh: Hanim Junaibi
Bukit Jalil, 29 Julai;
Perlawanan akhir Piala TNB hari
ini mengukir sejarah apabila
gelaran juara menjadi milik
Tenaga Nasional Berhad (TNB),
sebuah pasukan yang tidak
dijangka boleh mengatasi pasukan
Ernst & Young (E&Y) di Stadium
Hoki 1 Bukit Jalil, petang tadi.
Bab pertama menyaksikan kedua-dua pasukan cuba mengasak
gawang lawan masing-masing,
tetapi tiada sebarang gol
berjaya dihasilkan sehinggalah
S.Selvaraju memecahkan kebuntuan
dengan jaringan padang pada
minit ke-28.
seterusnya
PESTA
BOLA
MERDEKA