KENALI SUKAN : SKUASY

Permainan Skuasy
adalah permainan
yang mudah
dipelajari.
Peraturan
permainannya mudah
difahami oleh pemain.
Skuasy dimainkan di
dalam gelanggang
tertutup yang
merupakan sebuah
bilik kosong
bersiling tinggi dan
mempunyai empat
dinding termasuk
dinding belakang.
Matlamat
permainannya ialah
untuk mendapatkan
mata dengan
melakukan servis,
dan memukul bola
supaya lawan tidak
dapat mengambil bola
yang dipukul itu.
Di England,
beberapa sekolah
mula mencuba dalam
permainan ini dengan
mendirikan
gelanggang sendiri.
Pada tahun 1825,
permainan ini telah
diperkenalkan di
Sekolah Harrow.
Perkataan skuasy
adalah dipercayai
diambil dari bunyi
bola semasa ia
terkena raket. Pada
mulanya, skuasy
dimainkan secara
suka-suka sahaja.
Selepas perang dunia
pertama, ia telah
menjadi sukan yang
dipertandingkan di
peringkat
antarabangsa.
Persatuan Skuasy di
England ditubuhkan
pada tahun 1929.
Pada tahun-tahun
awal pertandingan
skuasy, ianya telah
dimenangi oleh
pemain-pemain
Inggeris, tetapi
selepas tahun
1950-an permainan
ini telah dikuasai
oleh Negara Pakistan
yang dimulai oleh
Hashim Khan.
Kemudian, diikuti
pula oleh adiknya
Azam Khan dan
supupunya Roshan
Khan.
Permainan
skuasy akhirnya
telah dibawa masuk
ke Malaysia oleh
orang-orang Inggeris
yang bertugas di
negara ini. Tarikh
tepat permainan
skuasy diperkenalkan
di Malaysia tidak
dapat dipastikan.
Adalah dipercayai ia
diperkenalkan
sekitar tahun
1920-an. Pada masa
itu, ia dimainkan
oleh kelab-kelab,
khusus untuk
orang-orang kulit
putih. Permainan
skuasy mula diminati
oleh rakyat negara
ini selepas perang
dunia kedua. Selepas
tahun-tahun 1960-an,
skuasy mula menjadi
satu permainan yang
semakin diminati
hingga ada
sekolah-sekolah dan
persatuan-persatuan
sukan memasukkan
permainan ini di
dalam senarai sukan
mereka. Pertandingan
dan kejohanan skuasy
mula dianjurkan
samada di peringkat
sekolah, kelab atau
jabatan.
Pada tahun
1972, sekumpulan
peminat dan pemain
skuasy di sekitar
Kuala Lumpur telah
bertemu di Kelab
Tasik Perdana Kuala
Lumpur bertujuan
menubuhkan sebuah
persatuan khusus
untuk sukan ini.
Akhirnya, Persatuan
Skuasy Malaysia (PSM)
telah didaftarkan
secara rasmi dan
diiktiraf sebagai
badan sukan untuk
permainan skuasy di
seluruh Malaysia.
Datuk Hisyam Albakri
adalah presidennya
yang pertama. Dengan
adanya Persatuan
Sepak Takraw
Malaysia, banyak
persatuan-persatuan
skuasy negeri
ditubuhkan termasuk
Kelab Skuasy
Angkatan Tentera
Malaysia dan Kelab
Skuasy Polis Diraja
Malaysia. Beberapa
pertandingan mula
diadakan seperti di
Kolej Melayu Kuala
Kangsar tahun1939
dan Pertandingan
Piala Tiger tahun
1966.

Skuasy
terbukti
telah
meletakkan
nama
Malaysia
harum di
puncak dunia
khususnya
melalui
kejayaan
Nicol Ann
David yang
muncul
selaku
pemain
terbaik
wanita dunia
tahun 2005
dan
Olahragawati
Asia 2007.
Melalui
usaha yang
tidak
mengenal
jemu di
dalam
menampilkan
cabaran
negara pada
setiap
kejohanan
diperingkat
antarabangsa,
segala usaha
itu kini
membuahkan
hasil.
Disana sini
kelibat
pemain
skuasy
negara
berjuang
melakar
kejayaan
diri demi
negara.
Nama-nama
seperti
Nicol Ann
David, Ong
Beng Hee dan
Mohd Azlan
Iskandar
kini meniti
dibibir
lawan
sebagai
pencabar
yang
digeruni
untuk
ditemui.
Kejayaan
Nicol Ann
David
menjuarai
kejohanan
skuasy
Terbuka Hong
Kong
sekaligus
ternobat
selaku
pemain
nombor satu
dunia,
sewajarnya
dijadikan
impian
seimbang
buat
lain-lain
atlit.
Kecemerlangan
yang
ditunjukkan
oleh
pemain-pemain
skuasy
negara
memberi
petanda
bahawa
Malaysia
boleh
mencipta
nama
menerusi
sukan ini.
Gelanggang

Alatan
Bola yang digunakan :
-
Pro XX -Dua titik kuning pada bola hitam -Perlahan -Pemain professional dan berpasukan.
-
Pertandingan XT -Satu titik kuning pada titik hitam -Perlahan -Pemain amatur.
-
Max Progress - Bola hitam 6% besar dari standard -Sederhana - Pemain yang sedang meningkat naik.
-
Max -Bola biru,12 % besar dari standard -Laju -untuk pemain baru.
Raket mengikut spesifikasi PSAdan WISPA( standard )
Setiap pemain diwajibkan memakai pelindung mata " EYE-MASK " semasa berada di dalam gelanggang ketika bermain.
Aturan
Permainan
Dua orang pemain
bagi setiap
permaianan dimana
salah seorang pemain
akan mengambil
bahagian
masing-masing untuk
memukul bola ke
dinding hadapan
kebahagian antara
garisan merah atas (
out ) dan bawah (
tin ).
Permaianan dimulakan
apabila pemain yang
membuat servis akan
memulakan servis
dipetak servis,
memukul bola ke
dinding dan
melantunkan bola ke
gelanggang lawan
dibelakang ' short
line '.
Ketika dalam
permainan, pemain
harus memukul bola
sebelum bola
melantun dua kali.
Pemain boleh memukul
terus tanpa menunggu
bola melantun.
Bola harus dipukul
diantara garisan '
out ' ( atas ) dan
garisan ' tin ' (
bawah ), jika bola
terkeluar dari
kedua-dua garisan
ini, maka mata akan
dikutip oleh pemain
lawan.
Pungutan mata untuk
permainan skuasy
adalah 9 dan setiap
permainan dimainkan
dalam 3 atau 5 set.