KENALI SUKAN : BADMINTON

Sejarah
Permainan
badminton sudah lama
wujud sekitar dua
ribu tahun lalu.
Permainan ini
dikenali sebagai
Battledore dan
Shuttlecock yang
mula dimainkan pada
zaman Yunani kuno,
India dan China.
Pada tahun 1600
Battledore dan
Shuttlecock
dimainkan oleh
masyarakat kelas
pertengahan di
England dan beberapa
negara Eropah untuk
mengisi masa lapang.
Permainan badminton
juga dikenali
sebagai ”Poon” di
India pada tahun
1800.
Badminton diberi
nama ”Badminton
House” di
Gloucestershire
iaitu kampung
halaman ”Duke of
Beaufort”. Duke
adalah nama gelaran
bagi bangsawan
eropah pada zaman
dulu.
Kejohanan pertama
All England diadakan
pada bulan Mac 1898
di Guilford.
International
Badminton Federation
(IBF) ditubuhkan
pada tahun 1934 dan
dianggotai 9 negara
iaitu England,
Wales, Ireland,
Scotland, Denmark,
Belanda, Kanada, New
Zeland dan Perancis.
Dua tahun kemudian
India turut menjadi
keluarga IBF.
Piala Thomas
merupakan kejohanan
pertama yang
dianjurkan oleh IBF
pada tahun 1948.
Piala Thomas adalah
kejohanan dunia yang
melibatkan pemain
lelaki.
Selepas Piala Thomas
diperkenalkan tahun
1948 beberapa
kejohanan dunia lain
turut
dipertandingkan
seperti Piala Uber,
Sudirman Cup, World
Junior dan World
Grand Prix Finals.
Perlawanan badminton
mula dipertandingkan
di Sukan Komenwell
pada tahun 1966 di
Kingston Jamaica.
Selepas menjadi
acara demonstrasi di
Sukan Olimpik Munich
tahun 1972, acara
badminton secara
rasminya di
pertandingkan
sebagai salah satu
acara sukan di Sukan
Olimpik Barcelona
1992.
Permainan badminton
dahulunya dikenali
sebagai bulu tangkis
merupakan satu
permainan gelanggang
yang menggunakan
raket dan amat
popular di Malaysia.
Di Indonesia istilah
bulu tangkis masih
digunakan. Ia boleh
dimainkan secara
individu mahupun
beregu.
Gelanggang

Gelanggang badminton
mempunyai panjang
13.40 meter dan
lebar 6.10 meter.
Setiap gelanggang
digarisi dengan
garisan servis
panjang, garisan
luar ganda, garisan
tengah, garisan
servis pendek dan
net yang berukuran
1.55 meter tinggi.
Gelanggang badminton
untuk permainan
individu berbeza
dengan permainan
beregu. Untuk
permainan individu
garisan luar tidak
dikira jika
shuttlecock jatuh
diluar garisan kedua
dalam maka ia
dianggap keluar.
Dalam permainan
beregu pula garisan
luar dikira jika
servis shuttlecock
jatuh di luar
garisan servis
panjang dikira
keluar atau long.
Peraturan Permainan
Peraturan dan
undang-undang
permainan badminton
ditetapkan oleh IBF.
Sistem Pemarkahan
v
Tiga pusingan untuk
satu permainan
dengan kiraan 21
mata.
v
Setiap kali serve,
pemain akan dapat
mata.
v
Pada kedudukan mata
20 sama, tambahan
dua mata (deuce)
akan diberikan
kepada pemain.
v
Pemain yang dapat
menambah dua mata
tambahan akan menang
.
v
Manakala apabila
kedua pemain terikat
pada 29 sama, pemain
yang dapat menambah
mata menjadikan
kedudukan 30 akan
memenangi permainan
tersebut.
v
Permain yang menang
pada set pertama
akan memulakan
permainan pada set
kedua.
Jarak masa antara
permainan dan
menamatkan permainan
v
Apabila pemain
mendahului pihak
lawan dengan 11
mata, pemain
mempunyai 60 saat
jarak masa antara
perlawanan.
v
Jarak masa 2 minit
di antara setiap
perlawanan
dibenarkan.
v
Dalam set ketiga,
pemain diberi
peluang untuk
menamatkan
perlawanan apabila
mendahului dengan 11
mata.
Sistem Kedudukan
Pemain Badminton
Dunia
Sistem pengiraan
mata pemain
badminton bagi
kedudukan dunia
dibahagi kepada lima
displin iaitu
perseorangan lelaki,
perseorangan wanita,
beregu lelaki,
beregu wanita dan
beregu campuran.
Status kedudukan
pemain diperakui
oleh Badminton of
World Federation (BWF).
Berikut adalah
sistem pengiraan
mata bagi pemain
perseorangan dan
beregu :
v
Berjaya mengutip
mata bagi kedudukan
dunia dalam
kejohanan yang
disertai
v
Kutipan mata bagi
kedudukan dunia
untuk setiap pemain
akan bertambah
apabila mereka
menyertai dua atau
lebih kejohanan
dalam masa 12 bulan
setahun
v
Menyertai setiap
kejohanan dan menang
dalam kejohanan yang
disertai
v
Menyertai kejohanan
dunia akan mendapat
banyak mata
sekiranya menang
v
Pemain pilihan
dilihat melalui
kedudukan dunia
v
Kelayakan untuk
Sukan Olimpik dan
kejohanan dunia juga
dikira berpandukan
kedudukan dunia
Kemahiran Asas
Badminton

Terdapat dua cara
memegang raket iaitu
pegangan hadapan dan
pegangan kilas
Pukulan Servis
Terdapat tiga jenis
pukulan servis iaitu
:
I ) Servis Rendah
v
Berdiri sisi,
sebelah kaki di
hadapan
v
Ayun raket ke
belakang
v
Siku bengkok hampir
ke badan
v
Tangan kiri pegang
bulu tangkis
v
Lepaskan bulu
tangkis
v
Ayun raket pantas ke
hadapan
v
Pukul bulu tangkis
di hadapan kaki kiri
v
Pandang ke sasaran
II )
Servis Flik
v
Flik bulu tangkis
dengan pergelangan
tangan di hadapan
kaki kiri
v
Pukulan bulu tangkis
tinggi melepasi
pihak lawan
III ) Servis Tinggi
v
Berdiri sisi,
sebelah kaki di
hadapan
v
Ayun raket tinggi ke
belakang
v
Pegang bulu tangkis
tinggi di paras
hadapan muka
v
Lepaskan bulu
tangkis
v
Ayun raket ke
hadapan dengan
lengan diluruskan
v
Pandang bulu tangkis
IV )
Pukulan Hadapan
v
Pandang bulu tangkis
v
Ayun raket ke
belakang
v
Sebelah tangan lagi
diluruskan
v
Ayun raket dengan
tangan lurus
v
Pukul bulu tangkis
pada jangkauan yang
tinggi
V) Pukulan Kilas
v
Pandang bulu tangkis
v
Kaki kanan menyilang
ke kiri
v
Kilas raket separa
bahu
v
Pukul bulu tangkis
VI) Pukulan Lob
v
Kemahiran pukulan
hadapan boleh
digunakan untuk
melakukan pukulan
lob. Pukulan ini
digunakan untuk
memaksa pihak lawan
bergerak jauh ke
belakang gelanggang.
VII) Pukulan Smesy
Pukulan smesy boleh
digunakan ketika
bulu tangkis berada
tunggi di udara. Ia
digunakan untuk
menamatkan rally.
Sasaranyan ialah ke
ruang kosong
gelanggang lawan.
v
Berdiri sisi,
sebelah kaki di
hadapan
v
Ayun raket ke
belakang dengan siku
bengkok
v
Sebelah tangan lagi
lurus ke atas
v
Pukul bulu tangkis
dengan pantas
Kejohanan Badminton
Piala Thomas
Kejohanan Piala
Thomas adalah
kejohanan utama
badminton peringkat
antarabangsa bagi
berpasukan lelaki.
Kejohanan ini
diadakan dua tahun
sekali. Kejohanan
ini diberi nama
Piala Thomas
bersempena dengan
nama Presiden IBF
Sir George Alan
Thomas yang menderma
piala ini pada tahun
1939. pertandingan
pertama berlangsung
pada tahun
1948-1949.
kejohanan pertama
diadakan di Queen’s
Hall, Preston,
England. Malaysia
pada ketika itu
dikenali sebagai
Malaya telah
memenangi kejohanan
pertama ini dengan
menumpaskan Denmark
8-1 pada perlawanan
akhir. Sejak itu
Piala Thomas
sentiasa dimenangi
oleh pasukan-pasukan
dari Asia.
Indonesia memenangi
Piala Thomas
sebanyak 13 kali
diikuti China
sebanyak enam kali
dan Malaysia lima
kali. Manakala
Denmark yang berjaya
mara ke perlawanan
akhir sebanyak lapan
kali namun belum
pernah sekali pun
memenangi kejohanan
ini.
Bagi 12 siri pertama
kejohanan ini
sehingga tahun 1982,
kejohanan ini
berlangsung selang
tiga tahun sekali.
Namun mulai tahun
1984 kejohanan ini
telah diadakan
setiap dua tahun dan
diadakan
bersama-sama dengan
Piala Uber di lokasi
dan masa yang sama.
Pusingan kalah mati
yang akan menentukan
juara dalam lima
perlawanan iaitu
tiga perseorangan
dan 2 beregu pada
setiap satu
peringkat. Pasukan
pertama yang berjaya
memenangi tiga
perlawanan pertama
akan mara ke
pusingan berikutnya.
Piala Uber
Piala Uber ialah
sebuah trofi yang
dianugerahkan kepada
pasukan badminton
wanita terbaik
dunia. Piala ini
didermakan oleh H.S.
Uber, seorang pemain
badminton wanita
dari England pada
tahun 1956-1957.
Piala Uber adalah
kejohanan badminton
bagi berpasukan
wanita.
Pertandingan Piala
Uber yang pertama
diadakan di Lytham
St. Annes di
Lancashire, Britain
pada tahun 1957.
hal ini timbul
kerana desakan
supaya dianjurkan
satu kejohanan
antarabangsa untuk
wanita seperti Piala
Thomas. Pasukan dari
Amerika Syarikat
telah memenangi
kejohanan pertama
selepas menewaskan
Denmark 6-1 pada
perlawanan akhir.
Hanya empat negara
sahaja yang berjaya
memenangi Piala Uber
iaitu Amereka
Syarikat, Jepun,
China dan Indonesia.
Piala Sudirman
Piala Sudirman ialah
kejohanan badminton
campuran dunia yang
diadakan setiap dua
tahun. Terdapat lima
perlawanan bagi
setiap pusingan
iaitu perseorangan
lelaki dan wanita,
beregu lelaki dan
wanita dan beregu
campuran. Piala ini
dinamakan sempena
nama Dick Sudirman
iaitu bekas pemain
Indonesia. Beliau
juga merupakan
pengasas Persatuan
Bulu Tangkis
Indonesia ( PBSI).
Kejohanan pertama
diadakan di Istora
Gelora Bung Karno,
Jakarta, Indonesia
pada 24-29 Mei 1989.
Tiada hadiah berupa
wang dalam kejohanan
ini buat pemain.
Mereka bermain bagi
menaikkan nama
negara yang diwakili
untuk memperbaiki
kedudukan mereka
dalam ranking IBF.
Indonesia merupakan
negara pertama yang
mencadangkan
penubuhan kejohanan
ini pada tahun 1986.
Sepanjang kejohanan
ini berlangsung Cuma
lima negara yang
berjaya mara ke
perlawanan separuh
akhir iaitu China,
Indonesia, Korea
Selatan, Denmark dan
England.
Pasukan China paling
banyak memenangi
piala ini pada tahun
1995, 1997, 1999,
2001, 2005 dan 2007.
Korea Selatan
memenangi piala ini
sebanyak tiga kali
pada tahun 1991,
1993 dan 2003.
Indonesia pula hanya
menang pada tahun
1989. Piala ini
tidak pernah
dimenangi oleh
negara lain selain
dari Asia.
Format Piala
Sudirman
Piala Sudirman
merupakan kejohanan
antarabangsa yang
tidak memerlukan
pusingan kelayakan.
Pertandingan ini
dibahagi kepada
tujuh kumpulan.
Hanya pasukan dari
kumpulan pertama
sahaja yang
berpeluang untuk
membawa pulang Piala
Sudirman sementara
pasukan dari
kumpulan yang lain
hanya bermain dalam
kejohanan ini untuk
tujuan promosi
sahaja. Mana-mana
pasukan yang
mengutip mata
terendah untuk
setiap kumpulan akan
disingkirkan.