KENALI SUKAN : BOLASEPAK

PENGENALAN DAN
SEJARAH SUKAN
BOLASEPAK
Bola sepak
ialah
sukan
sepasukan yang
paling banyak
dimainkan dan
ditonton di dunia.
Permainan ini
dikenali sebagai
soccer di
Amerika Syarikat
untuk membezakannya
dengan kod-kod
"football" lain.
Badan pentadbiran
dunia bola sepak
ialah
FIFA,
atau Persekutuan
Antarabangsa Bola
Sepak (B.
Inggeris:
International
Federation of
Association Football,
B. Perancis:
Fédération
Internationale de
Football Association)
Sejarah
Menurut FIFA,
permainan-permainan
yang mempunyai
ciri-ciri bola sepak
telah wujud di
negeri China sejak
abad ke-3 S.M.
Berbagai-bagai jenis
permainan bola juga
telah diperkenalkan
pada Zaman
Pertengahan Eropah.
Pada abad ke-19,
permainan bola di
sekolah-sekolah
United Kingdom (yang
mempunyai cara
permainan yang
berbeza mengikut
sekolah) menjadi
lebih popular.
Lantaran itu, cara
permainannya juga
lebih teratur.
Undang-undang awal
diperkenalkan bagi
menyeragamkan cara
permainan yang
berbeza-beza itu dan
memudahkan
pemain-pemain.
Persatuan Bola Sepak
England (The
Football
Association) telah
ditubuhkan pada 1863
oleh beberapa kelab
bola sepak.
Persatuan ini
berjaya menggubal
undang-undang formal
bola sepak yang
pertama di dunia.
Undang-undang ini
kemudian berkembang
menjadi
Undang-undang Bola
Sepak
hari ini.
Kini, urusan
Undang-undang Bola
Sepak dikendalikan
oleh Lembaga
Persatuan Bola Sepak
Antarabangsa
(International
Football Association
Board). Lembaga ini
ditubuhkan pada 1886
dan mempunyai lapan
ahli – empat wakil
FIFA, empat wakil
persatuan bola sepak
England, Scotland,
Wales dan Ireland
Utara. Segala
pemindaan
Undang-undang Bola
Sepak perlu
diluluskan oleh
Lembaga melalui
undian majoriti.
Populariti bola
sepak telah
meningkat
terutamanya pada
abad ke-20. Kini,
bola sepak menjadi
satu industri yang
lumayan melalui
pendapatan hak
siaran televisyen
dan penjualan tiket
di stadium-stadium.
Permainan ini
dimainkan pada
peringkat
professional level
di seluruh dunia.
Berjuta-juta peminat
biasanya pergi ke
stadium
bola sepak untuk
mengikut pasukan
pilihan mereka,
manakala
berbilion-bilion
pula melihat
perlawanan bola
sepak di televisyen.
Sebilangan besar
pemain juga bermain
bola sepak pada
peringkat amatur.
Mengikut
kajian
yang dilakukan oleh
Fédération
Internationale de
Football Association
(FIFA), badan
pentadbir bola sepak,
yang diterbitkan
dalam musim bunga
2001, lebih daripada
240 juta orang
biasanya bermain
bola sepak dalam
lebih daripada 200
negara di seluruh
pelusuk dunia.
Peraturannya yang
mudah dan memerlukan
peralatan yang
minimum tidak syak
lagi menolong
penyebaran dan
tumbesaran dalam
popularitinya.
Banyak pihak dalam
dunia bola sepak
membangkitkan
keinginan yang
sangat memainkan
peranan yang penting
dalam kehidupan
individu samada
peminat,
komuniti tempatan,
malah negara; oleh
itu ia merupakan
sukan
yang sangat popular
di dunia. Oleh
kerana itu ia
selalunya digelar
sebagai Pilihan
Kenangan Dunia Lalu.
Taktik
Peraturan perlawanan
tidak menspesifikkan
kedudukan
pemain-pemain selain
pejaga gol.
Bagaimanapun, semasa
perubahan kemajuan
perlawanan sukan ini,
sebilangan pemain
yang spesifik telah
berubah. Mereka
termasuklah:
-
pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah
jaringan gol
pasukan lawan.
-
pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan
memberikan
lorongan bola
kepada penyerang,
tetapi juga
menolong
pertahanan
dengan
mengganggu
serangan pasukan
lawan pada
peringkat awal.
-
penyerang - pemain-pemain yang berperanan untuk
menjaringkan gol.
Kedudukan-kedudukan
ini selanjutnya
dibezakan oleh
bahagian mana pemain
banyak menghabiskan
masa. Sebagai contoh,
terdapat pertahanan
tengah dan pemain
tengah kiri.
Para pemain mungkin
menghabiskan
kebanyakan masa
dalam perlawanan
dalam bahagian
spesifik di padang;
bagaimanapun; mereka
tidak dikekang oleh
peraturan sukan dan
boleh berubah
kedudukan pada
bila-bila masa. Ini
juga boleh
digunapakai oleh
penjaga gol, yang
biasanya
menghabiskan
kebanyakan masa
perlawanan
berhampiran dengan
gol tetapi boleh
melibatkan diri
dalam permain
berpasukan. Ini
biasanya hanya
berlaku pada
tendangan percuma
atau tendangan sudut
di akhir perlawanan
itu.
Susun atur para
pemain di padang
dipanggil sebagai
formasi. Untuk
menggambarkan satu
formasi tiga nombor
digunakan. Nombor
pertama menentukan
berapa banyak pemain
pertahanan digunakan,
yang kedua adalah
bilangan pemain
tengah yang akan
digunakan dan yang
ketiga adalah
bilangan penyerang.
Formasi yang popular
dalam bola sepak
moden termasuklah
4-4-2,4-3-3,3-5-2,
3-4-3,
dan
4-5-1.
Jurulatih biasanya
berperanan mengatur
formasi dan taktik
sesebuah pasukan.
Cara Permainan

Bola sepak adalah
sejenis permainan
yang dimainkan di
antara dua pasukan
yang mengandungi 11
orang pemain yang
masing-masing cuba
memenangi perlawanan
dengan menjaringkan
lebih gol daripada
pasukan lawannya.
Satu gol adalah
hasil hantaran
bola
yang merentasi
garisan gol yang
terletak di antara
tiang gol dan palang
gol. Bola sepak
dimainkan dengan
menggunakan
kedua-dua belah
kaki, tetapi para
pemain dibenarkan
menggunakan semua
bahagian badannya
kecuali tangan.
Penjaga gol yang
bertugas mengelakkan
bola daripada
merentasi garisan
gol pula dibenarkan
menggunakan
tangannya untuk
menangkap bola di
dalam kawasan
penalti.
Pasukan yang
menjaringkan lebih
banyak gol memenangi
sesebuah perlawanan.
Namun, kalau
kedua-dua
menjaringkan jumlah
gol yang sama,
perlawanan itu
dianggap sama
(draw). Dalam
pertandingan kalah
mati, bagi
menentukan pemenang,
masa 30 minit (masa
berlebihan, extra
time) akan
ditambah jika
kedua-dua pasukan
menjaringkan jumlah
gol yang sama dalam
90 minit yang asal.
Pasukan yang
menjaringkan gol
yang lebih pada masa
berlebihan ini
memenangi perlawanan.
Kalau masa
berlebihan tidak
dapat menentukan
pemenang, sepakan
penalti akan
diadakan. Setiap
pasukan diberikan 5
sepakan penalti.
Pasukan yang
menjaringkan penalti
yang lebih memenangi
perlawanan.
PADANG PERMAINAN
Ukuran
Padang hendaklah
berbentuk segi empat
tepat. Garisan tepi
hendaklah lebih
panjang dari garisan
gol.
Panjang :
Minimum
: 90 m( 100 ela)
Maksimum :
120 m ( 130 ela)
Lebar :
Minimum
: 45 m( 50 ela)
Maksimum
: 90 m ( 100 ela)
Perlawanan
Antarabangsa
Panjang :
Minimum
: 100 m(110 ela)
Maksimum
: 110 m ( 120 ela)
Lebar :
Minimum
: 64 m( 70 ela)
Maksimum
: 75 m( 80 ela)
Tanda-tanda
Padang permainan
hendaklah ditandakan
oleh garisan.
Garisan ini adalah
sebahagian dari
kawasan yang
diliputinya sebagai
sempadan.
Dua garisan sempadan
yang lebih panjang
adalah garisan tepi.
Dua garisan yang
pendek adalah
garisan gol.
Semua garisan tidak
melebihi 12
sentimeter ( 5 inci)
lebarnya.
Padang permainan
dibahagikan kepada
dua bahagian oleh
garisan tengah.
Pusat padang
hendaklah ditandakan
di pertengahan
garisan tengah. Satu
bulatan berjejari
9.15 meter (10 ela)
ditandakan
mengelilinginya.
Kawasan Gol
Satu kawasan gol
penalti dikenal
pasti pada kedua-dua
penghujung padang
seperti berikut :
Dua garisan
hendaklah ditanda
bersudut tepat
dengan garisan gol,
16.5 meter (18 ela)
dari bahagian dalam
tiang-tiang gol.
Garisan-garisan ini
hendaklah
dipanjangkan 16.5
meter (18 ela) ke
dalam padang
permainan dan
disambungkan dengan
satu garisan yang
selari dengan
garisan gol. Kawasan
yang disempadankan
oleh garisan-garisan
ini dan garisan gol
ialah kawasan
penalti.
Di dalam setiap
kawasan penalti satu
tanda penalti dibuat
11 meter (12 ela)
dari pertengahan
garisan gol di
antara tiang-tiang
gol dan sama jarak
darinya. Suatu
garisan lengkuk
berjejari 9.15 meter
(10 ela) ditandakan
dari setiap penalti
di luar kawasan
penalti
Tiang bendera
Satu tiang bendera,
tidak kurang dari
1.5 meter ( 5 kaki)
tingginya, bahagian
atasnya tidak
ditajamkan dan suatu
bendera diletakkan
pada setiap penjuru.
Tiang bendera boleh
juga diletakkan di
penghujung garisan
tengah, tidak kurang
daripada 1 meter (1
ela) di luar garisan
tepi.
Lengkuk Penjuru
Suatu suku bulatan
dengan jejari 1
meter(1 ela) dari
setiap tiang bendera
penjuru ditandakan
di dalam padang
permainan.
Tiang dan Palang Gol
Tiang-tiang gol
hendaklah di
pertengahan setiap
garisan gol.
Ia mengandungi dua
tiang tegak yang
sama jaraknya dari
tiang bendera
penjuru dan
disambungkan di
bahagian atasnya
oleh suatu oleh
palang melintang di
mana jarak di antara
kedua-dua tiang gol
ialah 7.32 meter (
8ela) dan jarak dari
bahagian bawah
palang gol ke tanah
ialah 2.44 meter ( 8
kaki).
Kedua-dua tiang gol
dan palang gol
mempunyai lebar dan
tebal yang sama
iaitu tidak melebihi
12sm (5 inci).
Garisan gol
hendaklah sama
lebarnya dengan
tiang dan palang gol.
Jaring boleh
dipasang kepada gol
dan bahagian tanah
di belakang gol,
dengan syarat ia
disokong dengan
betul dan tidak
mengganggu penjaga
gol.
Tiang dan palang gol
hendaklah berwarna
putih.
Keselamatan
Kedua-dua gol
hendaklah dipacakkan
dengan kukuh ke
tanah. Tiang-tiang
gol jenis bolehubah
boleh digunakan jika
ia memenuhi
keperluan ini.
Keputusan-keputusan
Yang Ditetapkan FIFA
Jika palang gol
terjatuh atau patah,
permainan hendaklah
diberhentikan
sehingga ia
diperbaiki atau
diletakkan semula.
Jika usaha
membaikinya tidak
dapat dilaksanakan,
perlawanan hendaklah
ditangguhkan.
Kegunaan tali
sebagai ganti palang
gol adalah tidak di
benarkan.
Tiang dan palang gol
mestilah di perbuat
daripada kayu, logam
atau sebarang bahan
yang di luluskan. Ia
berbentuk empat segi
sama, segi empat
tepat, bulat atau
bulat bujur dan
tidak berbahaya
kepada pemain.
Sebarang bentuk
pengiklanan, sama
ada jelas atau
samar-samar yang ada
kaitan tidak
dibenarkan di atas
padang permainan dan
peralatan padang (termasuk
jaring gol dan
kawasan yang
diliputinya) dari
masa kedua-dua
pasukan masuk ke
dalam padang
sehingga tamat
perlawanan.
Penghasilan semula
logo atau lambang
FIFA, persekutuan,
persatuan kebangsaan,
liga kelab atau
badan-badan lain,
sama ada secara
jelas atau
samar-samar tidak
dibenarkan di atas
padang permainan,
peralatan padang (termasuk
jaring gol dan
kawasan meliputinya)
semasa masa
permainan.
BILANGAN PEMAIN

Perlawanan bolasepak
dimainkan oleh dua
pasukan, setiap
pasukan menurunkan
tidak lebih dari 11
pemain dan salah
seorang menjadi
penjaga gol.
Perlawanan tidak
boleh dimulakan jika
salah satu pasukan
menpunyai kurang
dari 7 pemain.
Perlawanan-Perlawanan
Rasmi
Tiga pengganti
maksimum boleh
digunakan di dalam
sebarang perlawanan
rasmi dikelolakan di
bawah naungan FIFA,
persekutuan atau
persatuan kebangsaan.
Peraturan
pertandingan mesti
menyatakan bilangan
pengganti yang
dinamakan, dari tiga
hingga tujuh
maksimumnya.
Perlawanan-Perlawanan
Lain
Di dalam perlawanan
lain, sehingga lima
pengganti boleh
digunakan, dengan
syarat
pasukan-pasukan
berkenaan mencapai
persetujuan mengenai
bilangan maksimumnya,
dan pengadil
diberitahu sebelum
permulaan perlawanan.
Jika pengadil tidak
diberitahu atau
tiada persetujuan
tercapai sebelum
permulaan perlawanan,
tidak lebih dari
tiga penggantian
dibenarkan.
Semua Perlawanan
Di dalam semua
perlawanan nama
pemain pengganti
mestilah diserahkan
kepada pengadil
sebelum permulaan
perlawanan.
Pengganti yang tidak
dinamakan tidak
boleh mengambil
bahagiandi dalam
perlawanan tersebut.
Prosedur Penggantian
Untuk mengganti
seseorang pemain
oleh pengganti,
keadaan berikut
mestilah
diperhatikan :
Pengadil diberitahu
sebelum sebarang
penggantian dibuat.
Pengganti hanya
masuk setelah pemain
yang digantinya
keluar, dan setelah
menerima isyarat
dari pengadil
Pengganti hanya
masuk padang di
garisan pertengahan
padang semasa
pemberhentian
permainan.
Suatu penggantian
telah lengkap
apabila pengganti
telah masuk padang
Pertukaran Penjaga
Gol
Mana-mana pemain
boleh bertukar
tempat dengan
penjaga gol, dengan
syarat pengadil
diberitahu sebelum
pertukaran itu
dibuat dan
pertukaran itu
dibuat semasa bola
di luar kawasan
permainan
Jika pengganti masuk
padang tanpa
kebenaran pengadil :
Permainan
diberhentikan
Pengganti diberi
amaran, dilayangkan
kad kuning, dan
diperlukan untuk
keluar dari padang
Permainan dimulakan
dengan jatuhan di
mana bola berada
semasa permainan
dihentikan.
PERALATAN PEMAIN
Seseorang pemain
tidak dibenarkan
menggunakan atau
memakai sebarang
peralatan berbahaya
kepada diri sendiri
atau pemain-pemain
lain (termasuk
barang kemas).
Peralatan Asas
Peralatan asas yang
diwajibkan untuk
seseorang pemain
adalah :
Jersi atau baju
Seluar pendek – jika
seluar pendek
thermal digunakan,
warnanya hendaklah
menyerupai warna
utama seluar
pendeknya.
Stoking
Shinguard
Alas kaki
Shinguard
Dilitupi
keseluruhannya oleh
stoking
Dibuat daripada
bahan yang sesuai (getah,
plastic, atau bahan
yang sesuai)
Memberikan
perlindungan pada
darjah yang
munasabah
Penjaga Gol
Setiap penjaga gol
hendaklah memakai
warna jersi yang
membezakan dirinya
dari pemain-pemain
lain, pengadil dan
penolong pengadil,
serta sepasang
sarung tangan.
JANGKAMASA PERMAINAN
Tempoh masa
permainan
Perlawanan hendaklah
mengandungi dua
bahagian masa yang
sama selama 45 minit,
kecuali jika ada
persetujuan bersama
di antara pengadil
dan kedua-dua
pasukan yang
mengambil bahagian.
Sebarang persetujuan
untuk mengubah
tempoh masa
permainan (contohnya
mengurangkan masa
permainan kepda 40
minit keranan
kekurangan cahaya)
mestilah dibuat
sebelum permulaan
permainan dan
mematuhi peraturan
pertandingan.
Rehat Separuh Masa
Pemain-pemain adalah
berhak untuk berehat
pada separuh masa.
Masa rehat tidak
boleh melebihi 15
minit
Tempoh masa rehat
hanya boleh diubah
dengan persetujuan
pengadil.
Peruntukan Masa
Kecederaan
Peruntukan hendaklah
dibuat pada setiap
separuh masa untuk
semua masa yang
terbuang akibat :
Penggantian
Meninjau kecederaan
pemain
Pengeluaran pemain
tercedera dari
padang permainan
untuk rawatan
Membuang masa
Sebab-sebab lain
Sepakan penalti
Masa tambahan
dibenarkan untu
sepakan penalty yang
diambil pada akhir
setiap separuh masa,
atau pada akhir masa
tambahan.
Masa Tambahan
Peraturan
pertandingan boleh
memperuntukkan dua
masa tambahan untuk
dimainkan
Penangguhan
Perlawanan
Sesuatu perlawanan
yang ditangguhkan
mestilah dimainkan
semual kecuali
peraturan
pertandingan
menyatakan
sebaliknya.
PERMULAAN DAN
PERMULAAN SEMULA
PERMAINAN
Syiling dilambungkan
dan pasukan yang
menang dalam
lambungan syiling
akan memilih
bahagian gol yang
akan diserang pada
separuh masa.
Pasukan pihak
lawannya pula akan
membuat sepak mula
untuk memulakan
permainan.
Pasukan yang menang
lambungan syiling
pula akan memulakan
separuh masa kedua.
Pada separuh masa
kedua, pertukaran
tempat untuk
menyerang ke gol
lawan akan dibuat.
Sepak Mula
Sepak mula ialah
suatu cara untuk
memulakan semula
permainan.
pada permulaan
permainan
selepas suatu gol
dijaringkan
pada permulaan
separuh masa kedua
Prosedur
Semua pemain berada
di kawasannya
sendiri.
Pihak lawan kepada
pasukan yang membuat
sepak mula berada
sekurang-kurangnya
9.15m (10 ela) dari
bola sehingga ia
berada dalam
permainan.
Bola berkeaddan
tetap di tanda
tengah
Pengadil memberikan
isyarat
Bola dikira dalam
permainan sebaik
saja ia disepak dan
bergerak ke hadapan
Penyepak tidak boleh
menyentuh bola buat
kali kedua
sehinggalah ia
disentuh oleh pemain
lain.
Selepas suatu
pasukan membuat
jaringan gol,
pasukan lawannya
akan membuat sepak
mula.
Kesalahan-kesalahan
/ Hukuman
Jika penyepak
menyentuh bola buat
kali kedua sebelum
ia disentuh pemain
lain, sepakan
percuma tidak terus
diberikan kepada
pihak lawan,
manakala untuk
kesalahan-kesalahan
lain dalam prosedur
sepak mula, sepak
mula dibuat semula.
Jatuhan Bola
Jatuhan bola adalah
suatu cara untuk
memulakan semula
selepas
pemberhentian
sementara yang
diperlukan, semasa
bola di dalam
permainan, untuk
sebab-sebab tidak
disebut di mana-mana
bahagian
undang-undang
permainan.
Prosedur
Pengadil menjatuhkan
bola di tempat bola
berada semasa
permainan
diberhentikan dengan
permainan dimulakan
semula sebaik sahaja
bola menyentuh tanah.
Bola dijatuhkan
semula jika ia
disentuh oleh pemain
sebelum ia menyentuh
tanah, ataupun bola
terkeluar dari
padang permainan
setelah ia menyentuh
tanah, tanpa
disentuh mana-mana
pemain.
BOLA DI DALAM DAN
LUAR PERMAINAN
Bola berada di luar
permainan apabila
keseluruhan bola
telah keluar dari
garisan gol atau
garisan tepi sama
ada di tanah atau di
udara, dan permainan
perlu dihentikan
pengadil.
Bola sentiasa berada
di dalam permainan,
termasuk apabila ia
melantun daripada
tiang gol, palang
gol atau tiang
bendera penjuru yang
berada di padang
permainan.
Bola juga dikira
berada dalam
permainan apabila Ia
melantun dari
pengadil atau
penolong pengadil
semasa mereka berada
di dalam padang
permainan.
CARA MENENTUKAN
JARINGAN

Suatu gol
dijaringkan apabila
keseluruhan bola
melintasi garisan
gol, di antar
kedua-dua tiang gold
an di bawah palang
gol, dengan syarat
tiada pelanggaran
undang-undang
permainan dilakukan
oleh pasukan yang
menjaringkan gol.
Pasukan Menang
Pasukan yang
menjaringkan
bilangan gol yang
lebih semasa
perlawanan ialah
pemenang. Jika
kedua-dua pasukan
menjaringkan
bilangan gol yang
sama, atau tiada gol
dijaringkan,
perlawanan dikira
seri.
Peraturan
Pertandingan
Untuk perlawanan
yang berkesudahan
seri, peraturan
pertandingan boleh
menyatakan tatacara
termasuk masa
tambahan, atau
prosedur-prosedur
lain yang diluluskan
oleh Lembaga
Antarabangsa
Persatuan Bolasepak
untuk menetukan
pemenang perlawanan.
OFFSAID
Tidak menjadi
kesalahan dengan
sendirnya jika
berada dalam
kedudukan offsaid.
Seseorang pemain
berada dalam
kedudukan offsaid
jika dia berada
lebih hampir dengan
kawasan gol pasukan
lawan daripada bola
dan pemain lawan
yang kedua akhir.
Seorang pemain tidak
berkedudukan offsaid
jika dia berada
dalam kawasan padang
permainannya sendiri,
separas dengan
pemain lawan yang
kedua akhir atau
berada separas
dengan dua pemain
lawan yang terakhir.
Offsaid tidak
berlaku jika pemain
menerima bola terus
daripada suatu
sepakan gol,
lontaran ke dalam
ataupun sepakan
penjuru.
Untuk sebarang
kesalahan offsaid,
pengadil akan
memberikan sepakan
percuma tidak terus
kepada pasukan lawan.
KESALAHAN-KESALAHAN
DAN KELAKUAN TIDAK
BERSOPAN

Kesalahan-kesalahan
dan kelakuan tidak
bersopan dihukum
seperti berikut :
Sepakan Percuma
Terus
Diberikan kepada
pasukan lawan jika
seseorang pemain
melakukan salah satu
dari kesalahan
berikut dengan cara
yang dianggap oleh
pengadil sebagai
cuai, gegabah atau
melibatkan daya yang
tidak berpatutan :
menendang atau cuba
menendang pemain
lawan
membentes pemain
lawan
melompat ke pemain
lawan
merempuh pemain
lawan
menolak pemain lawan
memukul atau cuba
memukul pemain lawan
memegang pemain
lawan
meludah pemain lawan
memegang bola dengan
sengaja (kecuali
penjaga gol di dalam
kawasan penaltinya)
melakukan bentesan
untuk mendapatkan
bola, tetapi
melakukan sentuhan
ke atas pemain lawan
terlebih dahulu
sebelum menyentuh
bola.
Sepakan Penalti
Diberikan apabila
kesemua kesalahan
yang disenaraikan di
atas dilakukan di
dalam kotak penalti,
tanpa mengambil kira
kedudukan bola,
dengan syarat bola
berada dalam
permainan.
Sepakan Percuma
Tidak Terus
Diberikan kepada
pasukan lawan jika
penjaga gol, di
dalam kawasan
penaltinya ,
melakukan
kesalahan-kesalahan
berikut :
mengambil lebih dari
empat langkah semasa
mengawal bola di
tangannya, sebelum
melepaskannya dari
kawalan.
Memegang bola semula
dengan tangannya
setelah bola
dilepaskan dari
kawalannya dan belum
disentuh pemain
lain.
Memegang bola dengan
tangan setelah ia
ditendang dengan
sengaja oleh
rakannya kepadanya.
Menerima bola dengan
tangannya setelah
menerimanya terus
dari lontaran ke
dalam rakan
sepasukan.
Membuang masa
Sepakan percuma
tidak terus juga
diberi sekiranya :
bermain dengan cara
berbahaya
menghalang gerakan
pemain lawan
menghalang penjaga
gol melepaskan bola
dari tangannya
Hukuman (Kad Kuning)

Seorang pemain
diberikan amaran dan
dilayangkan kad
kuning apabila dia
melakukan salah satu
dari kesalahan
berikut :
berkelakuan tidak
bersemangat
kesukanan
membantah keputusan
pengadil dengan
perkataan atau
perbuatan
sentiasa melanggar
undang-undang
permainan
melambat-lambatkan
permulaan semula
permainan
gagal menghormati
jarak yang
diperlukan semasa
permainan dimulakan
semula dengan
sepakan sudut atau
sepakan percuma.
Masuk atau masuk
semula ke padang
tanpa kebenaran
pengadil
Keluar dengan
sengaja dari padang
tanpa kebenaran
pengadil
Melakukan lakonan
dengan niat
memperngaruhi
pengadil.
Hukuman (Kad Merah)
Seseorang pemain
diperintahkan keluar
padang atau
dilayagkan kad merah
apabila melakukan
kesalahan berikut :
bermain dengan amat
kasar
berkelakuan ganas
meludah kepada
pemain lawan atau
orang lain
menafikan peluang
jaringan sesuatu
pasukan dengan
sengaja memegang
atau menampan bola
di dalam kotak
penalty / di atas
garisan gol.
Menerima kad kuning
kedua dalam
perlawanan sama
Menghalang pemain
lawan menjaringkan
gol dengan melakukan
bentesan keras di
dalam kotak penalty,
yang boleh diberi
sepakan penalty.
Menghina atau
menyinggung pengadil
dengan kata-kata
kesat.
JENIS-JENIS SEPAKAN
PERCUMA
Terdapat dua jenis
sepakan percuma,
sepakan percuma
terus atau tidak
terus di mana untuk
kedua-dua sepakan,
penyepak tidak boleh
menyentuh bola untuk
kali kedua sehingga
ia telah dimainkan
oleh pemain lain.
Sepakan Percuma
Terus
Jika gol dijaringkan
melalui bola yang
disepakkan terus ke
gol pasukan lawan,
gol itu dikira.
Sepakan Percuma
Tidak Terus
Pengadil
mengisyaratkan
sepakan percuma
tidak terus dengan
mengankat sebelah
tangan