KENALI SUKAN : HOKI

Hoki adalah sukan
yang popular bagi
lelaki dan wanita di
kebanyakkan negara
seluruh dunia.
Terdapat dua jenis
hoki, iaitu satu
jenis yang dimain di
atas padang rumput,
dan sejenis lagi
yang dimain di dalam
gelanggang ais. Di
sesetengah negara
hoki ais kurang
menonjol berbanding
dengan jenis hoki
yang bermain dalam
padang rumput.
Nama hoki berasal
daripada bahasa
perancis iaitu
“hoquet” yang
kemudiannya
diterjemahkan kepada
bahasa inggeris
menjadi “hockey”.
Sejarah
Terdapat catatan
yang telah kenal
pasti mengesahkan
bahawa permainan ini
menggunakan kayu dan
bola yang
kemudiannya di
katakan sebagai
permulaan bagi
permainan hoki
sekarang bermula
berabad yang lalu.
Menurut catatan yang
telah diperolehi, ia
dimainkan oleh
orang-orang Greek,
Parsi, dan Rom sejak
tahun 2000 s.m lagi.
Namun, permainan ini
kemudiannya lenyap,
sehinggalah pada
tahun 1365 apabila
ia diperkenalkan
semula di England.
Permainan ini pada
ketika itu begitu
mengujakan dan
menarik minat dan
semangat masyarakat
di negara tersebut
. oleh kerana
permainan ini masih
tidak mempunyai
sebarang
undang-undang dan
peraturan yang
khusus, maka
pelbagai teknik dan
kreografi di
hasilkan untuk
menjadikan permainan
inin lebih unik.
Bagaimanapun,
keadaan ini
menyebabkan sering
berlakunya kekecohan
dan pergaduhan
sehingga membawa
kepada pertumpahan
darah. Dengan erti
kata yang lain
permainan yang tidak
tersusun dan teratur
boleh mendatangkan
risiko yang
membahayakan kepada
para pemain. Setelah
meneliti kesan
daripada keadaan ini
maka pihak atasan
British telah pun
mengharamkan
permainan ini.
Dalam pada itu, hoki
mula mendapat tempat
oleh banyak negara
dunia setelah
undang-undang
permainan mula
direka khusus.
Meskipun usaha ini
memakan masa yang
lama, namun ia telah
memberikan peluang
yang besar untuk
permainanini menapak
bersaing dengan
permainan yang
lain. Dengan adanya
peraturan dan
undang-undang maka
permainan hoki dapat
dimainkan dengan
teratur dan
memudahkan lagi bagi
individu-individu
yang ingin
mengenalinya dan
mempelajarinya.
Dahulunya sukan ini
hanya dikenali
dengan pelbagai nama
dan panggilan.
Contohnya di Wales,
ia dikenali dengan
nama banty atau
bandy. Lain pula
apabila diPerancis nama
permainan ini di
panggil sebgai
hoquet. Akhirnya
difahamkan perkataan
hoki telah diambil
sempena perkataan
Perancis tersebut
dan telah pun di
inggeriskan menjadi
hockey.
Setelah itu
bermulanya satu era
baru bagi permainan
itu apabila hoki
mula diterima semula
oleh pihak Britain
malah ia bukan
sahaja di mainkan
oleh orang lelaki
sahaja tetapi kaun
wanita juga turut
mengambil bahagian.
Pasukan hoki yang
pertam telha pun
ditubuhkan dinegara
tersebut pada tahun
1840, dan Kelab
Blackheath di
Selatan London
dianggap pasukan
hoki pertama dan
tertua di dunia.
Kelab ini telah
menubuhkan pasukan
hokinya pada tahun
1861. Kelab ini
juga turut
memperkanalkan
undang-undang
permainan hoki
seperti cara bermain,
penggunaan pengadil,
kawasan permainan
yang terhad dan
menggenakan
hukumankepada pemain
yang melakukan
kesalahan.
Berikutan dengan itu,
undang-undang hoki
telah pun di gubal
serta diperkemaskan
dalam satu mesyuarat
di London pada tahun
1875. Lapan tahun
kemudian, Wimbledon
Hockey Club telah
merumuskan
undang-undang yang
lebih baik dan kemas
untuk permainan ini.
Pada tahun 1886,
sukan hoki mula
diiktiraf dan
menjadi sukan paling
diminati di dunia.
Dari England,
permainan ini mula
tersebar ke
negara-negara
seperti India,
Amerika Syarikat dan
beberapa negara
Eropah.
Permainan
Antarabangsa
Perkembangan sukan
hoki ini terus
menular ke setiap
pelusuk negara
dengan pesatnya.
Maka, detik
bermulanya sebagai
permainan
antarabangsa apabila
sukan ini diteriam
sebagai salah satu
acara dalam Sukan
Olimpik pada tahun
1896. Meskipun
ditolak pada Sukan
Olimpik tahun 1924
tetapi telah
diterima semula pada
tahun berikutnya.
Kini sukan hoki
menjadi tidak asing
lagi dalam setiap
sukan terbesar yang
berlangsung.
Seperti permainan
yang lain hoki juga
turut mempunyai satu
badan khusus di
peringkat dunia bagi
menyelaraskan dan
menganjurkan setiap
pertandingan yang
melibatkan suka hoki.
Pada tahun 1924,
tertubuhlah
persatuan Hoki
Antarabngsa (FIH)
atas usaha
negara-negara Eropah
iaitu Austria,
Belgium,
Czechoslovakia,
Hungary, Perancis,
Sepanyol dan
Switzerland. Dengan
itu, permainan hoki
kini mempunyai badan
khusus yang menjadi
pengalola rasmi bagi
sukan ini di
peringkat
antarabangsa.
Antara usaha
terpenting badan ini
ialah memperkemaskan
undang-undang serta
peraturan permainan
ini agar semua
negara dapat bermain
dengan lebih teratur
dan menarik. Badan
ini juga turut
bertanggungjawab
menganjurkan
kejohanan dunia
seperti Piala Dunia,
Sukan Olimpik, Sukan
asia, Kejohanan
Antara Benua,
Kejohanan Antara
Juara-Juara,
Kejohanan Eropah dan
sebagainya.
Di peringkat dunia,
antara pasukan yang
sering menjadi
pancabar terkuat
termasuklah India
dan malaysia.
Negara dari Asia,
Malaysia, belanda,
Jerman Barat,
sepanyol dan England
yang mewakili Eropah
serta Australia dan
New Zealand.
Hoki Di malaysia
Sukan
hoki ini
diperkenalkan ke
negara kita oleh
askar dan kakitangan
Inggeris yang
bertugas di sini
pada tahun 1892.
Pada awal pengenalan,
sukan ini hanya
menarik minat
orang-orang inggeris
dan Eropah sahaja.
Walau bagaimanapun,
masa berubah dengan
pantas sehingga pada
tahun 1904 telah
berlangsungnya
perlawanan pertama
di negara kita iaitu
antara Selangor dan
s\Singapura.
Mulai tahun 1920
permainan ini mula
menular di kalangan
penduduk tempatan
dimana berlakunya
anjakan yang
memberangsangkan
apabila banyak
penyertaan yang
diterima untuk
mempelajari dan
bermain. Semua
perimgkat umur mula
meminati sukan ini
tidak mengira bangsa
dan jantina.
Pada tahun 1926
perlawanan
hoki
pertama melibatkan
penduduk tempatan ,
iaitu di antara
Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dengan
Negeri-negeri Selat.
Tidak berapa lama
kemudian, negara
kita berjaya
menubuhkan pasukan
hokinya sendiri. Ini
terjadi pada tahun
1923, iaitu sebagai
usaha mengadakan
perlawanan
persahabatan dengan
pasukan kebangsaan
India yang
mengadakan lawatan
ke negara kita.
Ketika itu pasukan
India baru sahaja
memenangi pingat
emas Sukan Olimpik.
Liga
hoki
dimulakan di negara
kita, iaitu pada
tahun 1946 di
Taiping kemudian di
Kuala Lumpur, Ipoh,
Singapura dan Pulau
Pinang. Pada tahun
1948 Persekutuan
Hoki
Tanah Melayu (MHF)
ditubuhkan sebagai
badan penyelaras
permainan ini di
negara kita. Pada
tahun 1953 FIH telah
menerima MHF sebagai
ahli gabungannya.
Kejohanan
hoki
pertama anjuran MHF
ialah pada tahun
1951 hingga kini .
Allahyarham Tun
Abdul Razak dilantik
sebagai Presiden MHF
(1957) beliau
menghadiahkan sebuah
piala sebagai
rebutan untuk
pertandingan antara
negeri ini. Piala
ini dinamakan Piala
Razak. Bagaimanapun
pada tahun 1963
barulah pertandingan
ini berjaya
dianjurkan.
Penekanan Permainan
Hoki
Beberapa penekanan
perlu diambil kira
oleh seseorang
jurulatih selaras
dengan matlamat dan
objektif permainan
untuk menghasilkan
pemain-pemain yang
berkaliber, mantap,
berwibawa,
berpengetahuan dan
seimbang dalam
menguasai kemahiran
permainan dengan
penerapan
nilai-nilai murni.
Ini merangkumi
aspek-aspek :-
i.
penguasaan kemahiran
ii.
pengembangan
pengetahuan
iii.
pembentukan moral
Bilangan Pemain Dan
Cara Permainan
Seperti
permainan-permainan
padang yang lain,
umpamanya bola sepak
dan ragbi,
hoki juga
dimainkan oleh dua
pasukan yang
mengandungi 11 orang
pemain setiap
pasukan. Tujuan
utama permainan
permainan ini ialah
memasukkan bola ke
dalam gol lawan.
Bola hendaklah
dipukul dengan kayu
yang dibentuk khas
untuk permainan ini.
Pemain tidak
dibenarkan menyepak,
melontar atau
mengenakan bola
kepada mana-mana
bahagian badannya
kecuali penjaga gol
dengan mematuhi
undang-undang
tertentu.
Kawasan Permainan
Padang
hoki
berbentuk rata dan
saiznya memainkan
peranan utama dalam
permainan ini. Jika
ianya terlalu sempit,
pemain-pemain akan
penuh sesak dan
kemungkinan reka
tidak dapat
melakukan pergerakan
yang diperlukan
seperti melakukan
hantaran bola serta
memukul bola kedalam
gol. Sehubungan
dengan itu pemain
agak sukar untuk
melakukan
kemahiran-kemahiran
lain seperti
menggelecek dan
mencedok bola.
Sebaliknya jika
kawasan padang
permainan terlalu
luas, keselesaan
bermain dalam satu
kelompok akan
terbantut. Ini
mungkin disebabkan
oleh kesukaran
menghantar bola
kepada rakan
sepasukan kerana
kedudukan mereka
diantara satu sama
lain agak jauh.
Mengikut
undang-undang dan
peraturan-peraturan
permainan
hoki
antarabangsa, padang
hoki
hendaklah berbentuk
segiempat bujur yang
berukuran 91.4 meter
dan lebarnya 54.7
meter. Permukaannya
hendaklah berbentuk
rata dan mempunyai
tanda-tanda seperti
yang diperlukan
untuk permainan ini.
Permukaan padang
jenis rumput atau
lain-lain bahan yang
tidak membahayakan
boleh digunakan
untuk pertandingan.
Permainan
hoki yang
dijalankan di atas
padang jenis
berumput tiruan atau
astroturf adalah
lebih baik dari
padang berumput
biasa. Ini kerana
diatas padang jenis
tiruan bola boleh
bergerak dengan
lebih lancar tanpa
gangguan. Gangguan
yang biasa terdapat
terdiri daripada
takungan air atau
rumput, terutama
jika terdapat padang
yang berumput
panjang.
Kayu
Hoki
Kayu
hoki,
pada kebiasaannya
diperbuat daripada
ash atau mulberry.
Undang-undang
hoki
telah menyatakan
bahawa setiap pemain
hendaklah
menggunakan kayu
yang mempunyai
permukaan rata
dibahagian kiri.
Oleh itu kayu
hoki
mengiri, untuk
pemain kidal tidak
wujud dalam
permainan
hoki.
Permukaan kayu
hoki
serta bentuknya
digambarkan seperti
berikut:-
Panjang kayu
hoki
adalah bergantung
kepada bentuk badan
dan juga kedudukan
pemain dalam
permainan.
Sehubungan dengan
itu, panjang kayu
hoki
adalah tidak selaras
dengan ketinggian
seseorang pemain
dalam permainan.
Pada kebiasaannya
panjang kayu
hoki
adalah antara 0.89
meter hingga 0.94
meter dan beratnya
ialah antara 510g
hingga 624g untuk
wanita dan antara
510g hingga 794g
untuk lelaki.
Bagaimanapun
biasanya kayu yang
beratnya 510g- 624g
sering digunakan.
Kayu
hoki
hendaklah disimpan
di tempat yang
berhawa sederhana
serta kurang lembap.
Semasa menyimpan,
kayu
hoki
perlu digosok dengan
minyak untuk
menjauhkan daripada
pecah. Kayu
hoki yang
pecah pada mana-mana
bahagian tidak
digalakkan
menggunakannya,
kerana boleh
mendatangkan bahaya.
Jangkamasa Permainan
Jangkamasa permainan
sesebuah perlawanan
hoki adalah 70 minit,
dengan setiap
separuh masa
mengambil masa
sebanyak 35 minit.
Perlawanan akan
ditamatkan tepat 70
minit dan tiada masa
kecederaan diberikan,
berikutan masa
dihentikan setiap
kali bola keluar
atau pemain
mengalami kecederaan.